| pengurangan | perbuatan atau hal mengurangkan; penyusutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pengurangan | perihal atau perbuatan mengurangi (mengurangkan), penyusutan: ~ tentera tidak mungkin dapat dilakukan selagi keadaan belum aman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pengurangan data dalam talian(on-line data reduction) | Pemprosesan langsung data kasar sewaktu data tersebut tiba pada komputer untuk mengurangkan jumlah data yang perlu diproses, disimpan atau dikirimkan oleh komputer. | Kamus Komputer |
| pengurangan data(data reduction) | Penukaran data mentah yang banyak kepada bentuk yang sesuai yang lebih kecil, tersusun, berguna, atau yang lebih mudah. | Kamus Komputer |
| pengkernan(kerning) | Pengurangan ruang lebihan di antara dua pasang aksara. | Kamus Komputer |
| pemerosotan(attenuation) | Pengurangan kekuatan isyarat ketika melalui sistem penghantaran. | Kamus Komputer |
| pengecilan | perihal (perbuatan dsb) mengecilkan: pengurangan perbelanjaan awam akan melibatkan ~ peruntukan tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| disinflasi | (Eko) proses mengurangkan atau berlakunya pengurangan kadar inflasi yg tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penulenan data(data purification) | Penghapusan atau pengurangan ralat dalam data sebelum data digunakan dalam sistem pemprosesan data automatik. | Kamus Komputer |
| penyusutan | hal (perbuatan dsb) menyusut atau menyusutkan; pengurangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |