| penternakan | perbuatan atau hal menternak binatang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| penternakan | perihal memelihara dan mem-biakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakan binatang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penternakan | perbuatan atau hal menternakkan binatang. | Kamus Pelajar |
| akuakultur | penternakan atau pemeliharaan hidup-hidupan laut (baik haiwan mahupun tumbuhan) utk menjadi makanan manusia: memberi tumpuan kpd pembangunan ~ spt ternakan kerang (ikan dlm sangkar, udang dlm kolam dan kepah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| serikultur | (sérikultur) penternakan ulat sutera utk menghasilkan sutera mentah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| avikultur | pemeliharaan dan penternakan burung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pisikultur | (Tani) pembiakan dan penternakan ikan dlm persekitaran yg terkawal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kuda bibit | kuda jantan utk penternakan (pembiakan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| daya maju | keupayaan utk maju dan berkembang: ~ projek penternakan ikan air tawar itu semakin memberangsangkan; berdaya maju berkemampuan utk maju dan berkembang: seharusnya usahawan bumiputera perlu lebih ~ dan berdaya saing dlm menghadapi dunia perniagaan yg begitu kompetitif dan mencabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kultur | 1 penanaman tumbuh-tumbuhan terutamanya dgn kaedah saintifik utk memperbaik baka atau utk menghasilkan baka baru. 2 penternakan dan pembiakan binatang utk memperbaik baka: Sabah akan mengeluarkan udang ~. 3 sekumpulan sel tisu, bakteria dsb yg diperoleh drpd proses pembiakannya dlm bahan nutrien (di dlm makmal). mengkultur membiakkan sel tisu, bakteria dsb dlm bahan nutrien: Agar-agar digunakan sbg medium utk ~ bakteria dan kulat. pengkulturan proses atau perbuatan mengkultur: Serum merupakan suatu bahan penting dlm ~ sel. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |