Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menghambusbp pergi­lah, nyahlah: biarkan dia ~; pergi ~ dr sini; menghambuslah engkau cepat-cepat.Kamus Dewan Edisi Keempat
berhambus, menghambus bp pergi­lah, nyahlah: biarkan dia ~; pergi ~ dr sini; menghambuslah engkau cepat-cepat.Kamus Dewan Edisi Keempat
hambus; berhambus, menghambus bp pergi­lah, nyahlah: biarkan dia ~; pergi ~ dr sini; menghambuslah engkau cepat-cepat.Kamus Dewan Edisi Keempat
satni 1.Kd, Pl, bp sebentar lagi; ~lah aku pergi sekejap lagi aku pergi; 2. Kl, Tr baru sebentar; ~ sahaja dia pergi baru sebentar dia pergi.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyiasatmembuat penyelidikan ttg sesuatu perkara yg belum diketahui benar-benar; menyelidik: Beliau te­lah pergi ke Sarawak utk ~ cara-cara hidup orang Iban di rumah panjang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nyahbk pergi, berhambus, lari: sudahlah, ~lah kau semua balik; mengenyahkan 1. menghalau supaya pergi, menyuruh pergi (lari): penjarah ditembak, dinyahkan dan diikat di ekor kuda; syaitan di dunia ini dapat dinyahkan dr kampung kita; 2. menghilangkan, meng­hapuskan, me-lenyapkan: bahan peluntur itu ada kuasa ~ bau; ternyah telah disingkirkan (diketepikan, di­hapuskan dsb), terhapus: kanak-kanak di­dedahkan kpd watak-watak “hebat” yg ~ drpd kualiti yg hendak dihasilkan oleh proses pendidikan; pengenyahan perihal (proses, perbuatan) mengenyahkan, perihal menghilangkan (me­lenyapkan), penghapusan: proses ~ asid bertujuan membersihkan fiber kertas drpd unsur-unsur asid.Kamus Dewan Edisi Keempat
hincitnyah, pergi: sekarang ~lah kekanda dr sini; menghincitkan mengusir, menghalau: da­hu­lu kekanda ~ adinda, sekarang kekanda pergi dr sini!Kamus Dewan Edisi Keempat
O.K.bp ya, baiklah, akur, bersetuju: ~, kita pergi sekarang; ~lah yalah.Kamus Dewan Edisi Keempat
menambang1 menaiki kenderaan dgn membayar tambang; menyewa kenderaan: Maka ~lah kami pergi ke seberang. 2 membawa barang atau penumpang dgn kereta atau dgn perahu tambang. 3 bekerja sbg pembawa kereta tambang dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rela(réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; merelai memberikan (membiarkan, me­lepas­­­­kan, dll) dgn hati yg ikhlas, meng­izinkan, memperkenankan: jalan yg direlai Allah; merelakan 1. menerima (menderita dll) dgn hati yg ikhlas; 2. memberikan (melepaskan, menyerahkan, dll) dgn senang hati; 3. meng­izinkan, menyetujui; kerelaan keikhlasan (hati), keizinan, ke­su­di­­an, perkenanan, persetujuan: mencari ~ Allah; reda.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas