| kikir I | sj alat drpd keluli yg bergerigi halus pd permukaannya atau tepinya dan digunakan utk mengikis (melicinkan, mengasah, memotong dsb) besi dll; ~ belah rotan kikir yg satu permukaannya melengkung atau berbentuk separuh silinder; ~ pari a) kikir yg dibuat drpd kulit pari; b) orang yg kedekut; ~ parut sj kikir yg tajam-tajam geriginya (utk mengikis kayu, kulit, dll); ~ pari belulang kering direndam tujuh hari tak basah prb a) orangyg degil atau kedekut; b) orang yg kuat (berkuasa) yg tidak boleh dipengapakan; berkikir 1. telah dikikis (dilicinkan) dgn kikir; 2. tidak licin (bkn kulit), berkerut-kerut, berkedut-kedut; mengikir melicinkan (mengikis dll) dgn kikir: ~ kepingan keluli; kikiran serbuk sesuatu yg dikikir, tahi kikir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dataran tinggi | dataran yg permukaannya jauh dr permukaan laut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| paras II | 1 sama rata permukaannya; tidak tinggi rendah. 2 had yg menunjukkan dalam atau tingginya sesuatu; takat: Air sungai itu ~ lutut saja dalamnya. memaras membuat jadi rata; menjadikan rata; memotong dll supaya rata: ~ kayu. separas 1 sama paras atau sama tinggi dgn: Dia ~ bahu abangnya. 2 sama banyak dgn; sepadan: Hasilnya ~ usahanya | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| meja | /méja/ perkakas yg rata permukaannya serta diberi berkaki utk tempat makan, tempat menulis dll: ~ makan; ~ tulis. ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| galang rata | galang yg rata permukaannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| glob | benda bulat yg pd permukaannya dilukis peta dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| plat muka | plat yg berlubang-lubang permukaannya dan digunakan utk melarik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kikir I | alat drpd keluli yg permukaannya atau tepinya bergerigi halus (biasanya digunakan utk melincinkan besi dll): ~ belah rotan; ~ pari. mengikir melicinkan atau mengikis besi dll dgn kikir. kikiran serbuk yg keluar apabila mengikir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kertas karbon | kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kanta | kaca yg kedua-dua belah permukaannya melengkung ke luar atau ke dalam (biasanya digunakan dlm kamera, teropong dll). ~ cekung kanta yg tebal di tengah-tengahnya. ~ cembung kanta yg tebal tepinya. ~ mata kanta pd pangkal teleskop, mikroskop dsb yg melaluinya kita melihat benda yg diteropong. ~ pembesar kanta yg dpt menjadikan sesuatu yg dilihat menerusinya kelihatan besar. ~ sentuh kanta yg kecil dan nipis yg dilekapkan pd permukaan biji mata utk menjadikan penglihatan lebih jelas. ~ tangan kanta pembesar bertangkai yg dipegang ketika menggunakannya. ~ zum kanta kamera yg dpt dilaraskan supaya objek yg hendak diambil gambar fotonya kelihatan besar atau kecil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |