| prasunting(pre-edit) | Penyuntingan yang dilakukan sebelum pemprosesan sebenar dilakukan. | Kamus Komputer |
| prapenyunting(pre-editor) | 1. Orang yang menyemak dan membetulkan kandungan sesuatu dokumen yang akan diproses oleh komputer. 2. Orang yang menyunting bahan yang akan diproses sebelum pemprosesan sebenar dilakukan. 3. Atur cara komputer yang membolehkan manusia menyemak dan membetulkan kandungan bahan yang belum diproses oleh komputer. | Kamus Komputer |
| ketenteraman | 1 keadaan atau hal tenteram; keamanan; kesentosaan: Mereka menyanjung Presiden mereka yg telah memimpin negara ke arah ~. 2 ketenangan hati atau fikiran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tenteram | 1 tidak ada kekacauan atau rusuhan yg berlaku (ttg keadaan dlm negeri dll); aman; sentosa: Keadaan dlm negeri itu sangat ~. 2 ki tidak berasa gelisah atau tidak berasa runsing; tenang: Hatinya tidak ~. menenteramkan 1 menjadikan (keadaan dlm negeri dll) tenteram; mengamankan: Satu pasukan tentera telah dihantar utk ~ keadaan yg kacau di situ. 2 menjadikan tidak gelisah atau tidak runsing; menenangkan hati, fikiran dll: Beliau telah pergi ke tepi pantai utk ~ jiwanya. ketenteraman 1 keadaan atau hal tenteram; keamanan; kesentosaan: Mereka menyanjung Presiden mereka yg telah memimpin negara ke arah ~. 2 ketenangan hati atau fikiran. penenteraman perbuatan atau hal menenteramkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |