| lapisan persembahan(presentation layer) | Lapisan keenam model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini memberikan beberapa perkhidmatan yang boleh dipilih oleh lapisan penggunaan untuk membolehkan lapisan tersebut memahami data yang dipindahkan. Perkhidmatan dalam lapisan ini termasuk pengurusan pertukaran data input, paparan dan kawalan data berstruktur. Lapisan ini merupakan lapisan yang penting kerana ia membolehkan terminal dan perkakasan komputer yang berlainan saling berhubung. | Kamus Komputer |