| produk | sesuatu barang, perkhidmatan dsb yg dikeluarkan oleh kilang, atau yg ditawarkan oleh institusi dsb: ~ elektronik negara ini banyak dieksport. ~ kewangan Islam telah diterima ramai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| produk | sesuatu (barang, perkhidmatan dsb) yg dikeluarkan oleh kilang, atau ditawarkan oleh institusi dsb: eksport ~ elektronik Malaysia ke negara-negara Asia akan terus ditingkatkan; ~ kewangan Islam boleh diterima ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| stok | barang dagangan atau produk tertentu yg terdapat di kedai (stor dsb) dan sedia utk dijual atau utk diagih-agihkan. ~ akhir stok yg tinggal pd akhir sesuatu jangka masa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| telepemasaran | /télépemasaran/ kaedah memasarkan barang, produk dsb yg menggunakan sistem telekomunikasi, spt telefon, mesin faksimile. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| original | bp bukan tiruan (bkn karya, produk, idea dsb), asli, tulen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pemasar | pihak (orang, firma dsb) yg memasarkan sesuatu produk, perkhidmatan dsb: ~ utama benih kayu jati tempatan; ~ pakaian berjenama itu sanggup membiayai kos pengiklanan yg agak besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pempamer | pihak atau orang yg mempamerkan sesuatu produk, barang dsb: pameran ini mencatat sejarah dgn penyertaan lebih enam ribu ~ dr kira-kira dua ratus buah negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| stokis | orang atau syarikat yg menyimpan sejumlah stok barang atau produk tertentu utk dijual kpd pengguna atau diedarkan kpd penjual lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pengurus lini | pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| stokis | orang atau syarikat yg menyimpan sejumlah stok barang atau produk tertentu utk dijual atau diedarkan kpd penjual lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |