| kesibukan | 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau dibebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pulalah ~ yg menggila itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyembuhkan | menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): janganlah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sibuk I | 1. banyak yg dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu), hibuk: di rumah, ibu sedang ~ memasak, menyediakan makan tengah hari; 2. banyak kenderaan lalu-lalang (bkn jalan raya), banyak kapal (kapal terbang) keluar masuk (mendarat dan berlepas) (bkn pelabuhan, lapangan terbang): jalan raya itu ~ apabila pekerja-pekerja mulai pulang dr pejabat; kenderaan di Jalan Ampang ~ mundar-mandir; 3. suka mengambil tahu (mencampuri, mengganggu) hal (urusan) orang lain: dia ~ bertanya ke sana ke mari tentang skandal artis tersebut; bersibuk sedang sibuk (asyik) mengerjakan sesuatu: mereka berpura-pura ~ dgn benda-benda di atas meja; menyibukkan 1. menjadikan sibuk, menyebabkan sibuk, menghibukkan; 2. bersibuk tentang: apa yg kau sibukkan benar; kesibukan 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau dibebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pulalah ~ yg menggila itu; penyibuk orang yg suka mengambil tahu, mencampuri atau mengganggu hal orang lain: jangan suka jadi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sembuh | menjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (drpd sakit, penyakit), baik, betah: orang-orang yg sakit itu akan ~ semula dgn segera; maka apabila ~ lukanya, maka baliklah ia ke Pagar Ruyung; menyembuhkan menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): janganlah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; kesembuhan perihal sembuh; penyembuhan perihal menyembuhkan, pemu-lihan; penyembuh (sesuatu) yg menyembuhkan: tiada ubat ~ utk penyakit AIDS. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| usahkan | 1. jangankan: wahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar namanya baru ini-lah; 2. bukannya, jangankan, tidak pula: makin lama ~ makin pandai, makin pula bodoh; 3. daripada, dari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| usah | 1. mustahak, perlu: tak ~lah bimbang, kami datang hanya menyampaikan perintah menyuruh kakak datang ke balai polis; 2. jangan: ~ menangis, bawalah bertenang; ~ dibimbangkan hal itu; usahkan 1. jangankan: wahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar namanya baru ini-lah; 2. bukannya, jangankan, tidak pula: makin lama ~ makin pandai, makin pula bodoh; 3. daripada, dari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| selayaknya | sepatutnya, sepantasnya: ~lah Pak Sudin dilantik menjadi Ketua Kampung pula; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mulai | 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sederhana | 1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; sedang: Pakaiannya ~ sekali. 2 tidak banyak selok-beloknya; tidak sulit; mudah: Gunakanlah ayat-ayat yg ~ saja supaya mudah difahami orang. menyederhanakan menjadikan sederhana (tidak keterlaluan). kesederhanaan hal atau keadaan sederhana. penyederhanaan perbuatan atau hal menyederhanakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tambah | 1. sesuatu yg ditokok pd sesuatu yg lain supaya menjadi lebih banyak, tokok, imbuh: berapa ~nya ukuran dada apabila dikembangkan?; minta ~ minta lebih banyak, minta dilebihkan; tukar ~ menukar barang dgn wang; 2. bp = bertambah menjadi lebih banyak (besar, luas, dll): maka tentulah aku ~ gembira lagi; 3. bp = ditambah dijadikan lebih banyak (besar, luas, dll), ditokok, dijumlahkan: jika tawar ~lah gula lagi; tanda ~ tanda campur; 4. = bertambah semakin: lama diperhatikan Hitam tingkah laku wanita itu, ~ teranglah bahawa ia adalah seorang wanita yg kasar dan garang; ~ sentara yg ditambah utk keperluan sementara (bkn pekerja); bertambah 1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dll): makin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu; 2. diberi tokok (tambah) supaya menjadi lebih banyak, mendapat tambah (tokok): pendapatannya ~ lima puluh ringgit; 3. semakin: hujan ~ lebat; ~ kurang semakin kurang, berkurangan; ~ pula apa lagi, lebih-lebih lagi: imam khatib lagi berdosa, ~ pula kita yg jahil; ~ semakin kurang prb perihal kawan yg datang bukan utk membantu melainkan menambahkan kesusahan; bertambah-tambah 1. sentiasa bertambah, bertambah dgn beransur-ansur: diberi Allah ~ kebesarannya dan kemuliaannya; 2. semakin (banyak, besar, kuat, dll): lelaki bermuka cengkung itu menjadi ~ khuatir; ~ lagi = ~ pula tambahan lagi (pula), lebih-lebih lagi, apalagi, terutama pula: maka ~ pula picik pengetahuanku dlm ilmu mengarang; menambah 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll): garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; menerima ini bererti ~ beban; 2. memberi tambah, menokok: memang ada peluang ~ jenis barang yg dikeluarkan; 3. menjumlahkan dgn, mencampur: gajinya ditambah dgn gaji isterinya menjadikan gaji mereka berganda; 4. = ~ kata melanjutkan kata: beliau ~, tidak seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjukkan minat dlm lumba kuda; menambahi memberi tambah pd, menokok (mengimbuh, menambah) pd: ~ apa yg kurang; menambahkan menambah sesuatu pd yg sudah ada supaya jadi besar (banyak dll): bunga wang itu ditambahkan pd pokoknya; mempertambah menjadikan bertambah (besar), memperbanyak, memperbesar, memperluas: adanya jalan itu ~ lagi hasil negeri; tambahan 1. sesuatu yg ditambahkan pd, imbuh, tokok: peraturan-peraturan dan ~-~ peraturan; 2. sesuatu (surat, keterangan, dll) yg dilampirkan, lampiran, pelengkap; ~ pula = ~ lagi lebih-lebih lagi, apalagi; kata ~ kata yg menerangkan kata kerja atau kata sifat; pertambahan perihal bertambah: penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar; penambahan 1. perihal menambah (menambahi, menambahkan), perihal memberi tambahan pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok; penambah 1. sesuatu yg menambah; 2. imbuhan (yg ditambah pd kata pokok); 3. angka yg bercampur dgn angka lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |