Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.tu.san] | ڤوتوسن

Definisi : 1. barang apa yg sudah putus: ~ tali; 2. = keputusan: aku buat ~, aku tinggalkan masyarakatku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata putusan

Peribahasa

Putus gayung di belebas,
     putus kata di pangkalnya (= di mulutnya).

Bermaksud :

Putusan yang berdasarkan kepada pokok pembicaraan. belebas = bilah daripada kayu dipakai sebagai perisai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keputusan1. kesudahan, akhir, penghabisan: sampai mana ~ sungai ini? 2. putusan, ketentuan, ketetapan: ia mengambil ~ meninggalkan rumah itu; semua ~ parlimen diambil dgn suara yg lebih drpd separuh; 3. = putusan kesudahan pendapat, ikhtisar, kesimpulan: drpd kejadian yg berlaku baru-baru ini dapat diambil ~ bahawa masih banyak lagi usaha yg mesti dijalankan; 4. = putusan pertimbangan atau ketentuan (yg dijatuhkan oleh hakim): mengikut ~ mahkamah ia berhak tinggal di atas tanah itu dan mengambil faedah daripadanya; 5. = putusan kesudahan (pemeriksaan dll), hasil: ~ pilihan raya itu sungguh mengejutkan; ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dapat diketahui pd bulan Mac; 6. mengalami kekurangan atau tidak ada (makanan, wang, dll), kehabisan: jentera yg kehilangan tenaga disebabkan ~ minyak; ia minta dijualkan cincinnya kerana ~ belanja; ~ asa perihal menderita putus asa; ~ benar sangat kekurangan (wang dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
putusan1. barang apa yg sudah putus: ~ tali; 2. = keputusan: aku buat ~, aku tinggalkan masyarakatku;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyangka1 membuat sesuatu ke­­putusan dgn mengagak-agak saja; menduga: Orang ~ dialah yg menembak harimau itu. 2 menaruh syak atau ragu-ragu; mencurigai: Biarlah orang lain ~ aku ini jahat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sisihan(Mat) perbezaan antara nilai ke­putusan sesuatu uji kaji dengan nilai keputusan min beberapa uji kaji;Kamus Dewan Edisi Keempat
optimistikpenuh harapan baik dlm meng­hadapi sesuatu: dia berasa ~ tentang ke­putusan itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpucuk1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
bala tenterapasukan yg terdiri drpd orang-orang yg melakukan pe­rang; askar: Baginda pun mengambil ke­­putusan hendak membawa ~nya pergi menyerang negeri itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tentera1 = bala ~ pasukan yg terdiri drpd orang-orang yg melakukan pe­rang; askar: Baginda pun mengambil ke­­putusan hendak membawa ~nya pergi menyerang negeri itu. 2 pasukan yg terdiri drpd askar dll yg dilatih utk berperang atau utk menjaga keamanan; pasukan keselamatan. 3 = anggota ~ orang yg menjadi anggota dlm angkatan perang. ~ darat bahagian atau pasukan angkatan perang yg bertugas di darat. ~ laut bahagian atau pasukan angkatan perang yg bertugas di laut. ~ payung terjun pasukan tentera yg dilatih utk membuat serangan terhadap barisan musuh (digugurkan dr kapal terbang dgn menggunakan payung terjun). ~ sukarela pasukan tentera yg ber­khidmat secara sukarela. ~ udara baha­gian atau pasukan angkatan perang yg dilengkapi kapal terbang dll. ~ wataniah pasukan tentera sukarela yg ditubuhkan utk menjaga dan mem­pertahankan negara dlm masa darurat. ketenteraan hal mengenai tentera.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyenangkan1 membuat supaya menjadi senang; memudahkan: Sebuah dispensari bergerak telah diadakan utk ~ orang-orang kampung mengambil ubat. 2 memberi kepuasan; memuaskan hati; menyukakan: Ke­putusan yg dibuat oleh pihak majikan tidak ~ pekerja-pekerja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mudik1. (pergi, belayar) ke hulu sungai, (pergi, belayar) ke udik: marilah kita ~ ke hulu sungai ini; 2. Jk pulang ke kampung (dusun dll); sehilir se~ setuju, sepakat; belum tentu hilir ~nya prb belum tentu ke­putusan atau kesudahan sesuatu perkara; di ~ sebulakan, di hilir semuara prb persatuan yg kukuh; ke ~ tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya prb sesuatu maksud atau niat hen­daklah tentu tujuannya; tiada dibawa orang sehilir se~ prb dipulaukan drpd masyarakat; bermudik belayar ke hulu sungai: di sungai Sarawak inilah tempat ~ kapal wap Royalist milik Brooke; memudiki belayar mudik (sesuatu sungai): kapal boleh ~ Sungai Irrawadi hingga ke Bhamo; memudikkan menjalankan perahu ke hulu sungai: kerana arus yg deras, ia tidak dapat ~ perahunya; termudikkan dapat dimudiki: jikalau tidak ~ oleh sahaya, bukanlah sahaya putera mar-hum yg mangkat di Buantan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas