Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,

Puisi
 

Banyak lintah di paya dalam,
     Ramai orang menangguk udang;
Nanti titah adik di dalam,
     Rasa tak sabar masuk seorang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sebagai anak-anai bubus.

Bermaksud :

Keluar beramai-ramai, berduyun-duyun. bubus = keluar banyak bersama-sama.

 

Lihat selanjutnya...(3)

99

Every cloud has a silver lining

Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya.

Ada rahmat yang tersembunyi

She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But every cloud has a silver lining. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank!

Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi ada rahmat yang tersembunyi. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkejaranberlari bera­mai-ramai (banyak-banyak), berlari hambat­menghambat (buru-memburu): dua tiga ekor ayam ~ apabila Majid menaburkan padi; beberapa orang kanak-kanak riuh berkejar-kejaran di halaman rumah;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkejar-kejaranberlari bera­mai-ramai (banyak-banyak), berlari hambat­menghambat (buru-memburu): dua tiga ekor ayam ~ apabila Majid menaburkan padi; beberapa orang kanak-kanak riuh berkejar-kejaran di halaman rumah;Kamus Dewan Edisi Keempat
kejarhambat, buru; main ~-~ main hambat­-menghambat (sj permainan kanak-kanak); berkejar pergi dgn terburu-buru (ke sesuatu tempat), meluru (ke sesuatu tempat), berlari cepat (utk mendapatkan seseorang): dua buah kereta bomba telah ~ ke tempat kebakaran itu; berkejaran, berkejar-kejaran berlari bera­mai-ramai (banyak-banyak), berlari hambat­menghambat (buru-memburu): dua tiga ekor ayam ~ apabila Majid menaburkan padi; beberapa orang kanak-kanak riuh berkejar-kejaran di halaman rumah; mengejar 1. berlari dll utk mengikuti (men­dapatkan, menangkap) seseorang atau se­suatu, memburu, menghambat: polis sedang ~ penyamun-penyamun yg melarikan diri itu; 2. ki sangat kuat menginginkan, ber­sungguh-sungguh dan bersusah payah hendak memperoleh (mencapai): dia sekarang ~ wang; ~ kehormatan; ~ pangkat; putih di-kejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat prb keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang; mengejarkan 1. menghantar atau mem­bawa dgn seberapa segera (dgn terburu-buru): dia telah dikejarkan ke rumah sakit dlm keadaan luka parah; 2. membuat supaya me­ngejar (seseorang atau sesuatu); terkejar dapat mengikuti atau menghampiri (seseorang atau sesuatu yg lari dll), terhambat, tersusul; tidak ~ tidak terikut (tersusul); terkejar-kejar terlari-lari, terburu-buru, ter­gesa-gesa: pemuda itu datang ~ hendak menari dgn Jasmah; kejaran perihal berkejar, gerakan mengejar, hambatan: lari dr ~ musuh; seorang puteri telah dirampas dan dibawa lari, satu ~ berlangsung; pengejaran perihal (perbuatan) mengejar, pemburuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berhurungberkerumun, ber­kum­pul ramai-ramai atau banyak-banyak;Kamus Dewan Edisi Keempat
berceratukanduduk (ramai-ramai), nampak spt beratur banyak­-banyak: beberapa orang ~ di dlm bilik itu; tengok ~ cawan-cawannya di situ; kira-kira tiga belas buah rumah limas ~ di lereng anak bukit.Kamus Dewan Edisi Keempat
berceratukduduk (ramai-ramai), nampak spt beratur banyak­-banyak: beberapa orang ~ di dlm bilik itu; tengok ~ cawan-cawannya di situ; kira-kira tiga belas buah rumah limas ~ di lereng anak bukit.Kamus Dewan Edisi Keempat
hurung II; berhurung berkerumun, ber­kum­pul ramai-ramai atau banyak-banyak; menghurung mengerubungi, mengerumuni: semut ~ manisan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ceratuk; berceratuk, berceratukan duduk (ramai-ramai), nampak spt beratur banyak­-banyak: beberapa orang ~ di dlm bilik itu; tengok ~ cawan-cawannya di situ; kira-kira tiga belas buah rumah limas ~ di lereng anak bukit.Kamus Dewan Edisi Keempat
ikut1. turut serta, turut sama, bersama-sama: kalau diundang pun dia tidak akan ~ hadir; dia tidak percaya adiknya telah ~ melakukan kejahatan itu; 2. bp dengan (kenderaan): awak nak ke sana pergi ~ apa? ~ angin = ~ arus mengikut pendapat orang ramai; ~ banyak (Eko) (bkn upah) dihitung menurut banyaknya hasil yg diperolehi; ~ masa (Eko) (bkn upah) dihitung menurut lamanya bekerja; ~ suka ikut kehendak sendiri; ~ telunjuk mengikut segala perintah orang (tidak berani membantah); ~ hati mati, ~ rasa binasa, ~ mata leta prb orang yg mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa; ~ hukum memiat daging, sakit di awak sakitlah di orang prb hendaklah berlaku adil apabila menjalankan sesuatu perintah; ikut-ikut 1. mencontohi (perbuatan orang dll), meniru; 2. turut campur; ikut-ikutan mengikut-ikut (fikiran, perbuatan, dll) orang lain, tidak mempunyai pendirian sendiri: seni lahir drpd jiwa raga sendiri dan bukan drpd ~ atau tiru-tiruan; berikut 1. berserta, beriring: kebebasan mestilah digunakan dgn berhemat-hemat dan tidak ~ dgn niat jahat; 2. yg tersebut di bawah ini, (yg) datang selepas ini, seterusnya: buku-buku yg mustahak dibeli segera adalah spt ~; sambungan cerita tersebut akan disiarkan dlm majalah ini keluaran yg ~; 3. bersama dgn: meja itu dijual ~ kerusinya; berikut-ikut berturut-turut, yg satu selepas yg lain: mereka bersaing-saing, ~ dan berdahulu kemudian; berikutan ekoran drpd, akibat drpd, kemudian dr, sesudah: ~ itu ia meneruskan pengembaraannya; rombongan itu dikirim ke mari ~ pertemuan Perdana Menteri dgn Presiden Johnson; kota itu menjadi sunyi sepi ~ mogok; mengikut 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); mengikut-ikut meniru-niru: negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yg ~ kepentingan orang lain; mengikuti 1. turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi atau ada: ia ~ aku keluar; sidang di Pulau Pinang tahun 1960 diikuti oleh sidang di KL tahun 1961; 2. turut sbg yg telah dilakukan orang, mencontohi apa yg dibuat orang sebelumnya: inilah jalan yg diikuti oleh umat Islam; 3. turut hadir (dlm pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dll): dia pernah ~ kuliah Hamka mengenai tasawuf; 4. memerhatikan (mendengarkan, membaca, melihat, dll) dgn bersungguh-sungguh: telah lama aku ~ perkembangan politik negeri ini; dgn matanya, dia ~ suaminya meninggalkan rumah; mengikutkan, memperikutkan menjadikan berikut, menyertakan, menyaingkan; memperikut ark mengejar, mengikut: orang-orang Siam itu diperikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura; terikut-ikut mengikut (sesuatu) dgn tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yg ~ dgn struktur tatabahasa lain; ikutan 1. contoh, teladan: kerajinannya bekerja menjadi ~ kpd pegawai-pegawai di pejabatnya; 2. sesuatu yg diikuti: segala perbuatan guru agama itu menjadi ~ penduduk kampung; 3. yg mengikut; pengikut 1. penganut: ~ agama Buddha tidak berapa ramai di negeri ini; 2. pengiring, peserta: beberapa orang ~nya mati tertembak.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerumun; berkerumun berkumpul atau ber­himpun beramai-ramai atau banyak-banyak (berhampiran atau di sekeliling seseorang atau sesuatu), berkerubung: anak-anak muda datang ~ spt semut mendatangi gula; lalat yg ~ di tempat yg kotor; mengerumuni datang beramai-ramai (ba­nyak-banyak) mengelilingi seseorang atau se­suatu, mengerubungi: setibanya di rumah, dia dikerumuni anak-anaknya; semut ~ gula; mengerumunkan = memperkerumunkan ark mengerumuni: maka dikerumunkanlah oleh perahu-perahu Siak itu; kerumunan kumpulan orang yg berkeru­mun: dlm beberapa saat itu, aku hilang dlm ~ mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas