| hingar rawak(random noise) | Hingar yang berpunca daripada pelbagai gangguan, yang boleh terjadi pada bila-bila masa, dan boleh menyebabkan ralat pada data atau mengganggu kelicinan penghantaran data komputer. | Kamus Komputer |
| capaian rawak(random access) | Kaedah pencapaian data yang mempunyai masa capaian yang sama untuk semua kedudukan ingatan. Pencapaian ini dilakukan tanpa memeriksa semua ruang ingatan, dan tidak pula bergantung pada kedudukan jasmani ingatan atau kedudukan ingatan yang dicapai sebelumnya. | Kamus Komputer |
| RAM | ist singkatan bagi random access memory (ingatan capaian rawak). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |