| masa pemulihan(recovery time) | Jeda masa yang diperlukan untuk menukarkan ingatan daripada ragam tulis kepada ragam baca dan untuk mengeluarkan isyarat data sah. | Kamus Komputer |
| pemulihan automatik(automatic recovery) | Sifat sistem yang dapat memulihkan dirinya secara automatik selepas terjadinya kegagalan. | Kamus Komputer |
| rancangan pemulihan bencana(disaster recovery plan) | Pelan yang digunakan sebagai pedoman tindakan untuk memulihkan sistem apabila bencana menimpa pusat, kakitangan, perkakasan dan/atau perisian komputer. | Kamus Komputer |
| atur cara pemulihan aben(abend recovery program) | Atur cara yang membolehkan taraf dan keadaan sebelum pengakhiran abnormal (aben) berlaku dimuatkan semula ke dalam sistem. Atur cara ini membolehkan proses yang telah gagal memulakan kerjanya semula. | Kamus Komputer |