| tidak nilai | sangat tinggi nilainya hingga tidak mungkin dapat dikira: utk mendapatkan keampunan-Nya, keredaan-Nya, dan rahmat-Nya yg tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| reda | 1. mulai berkurang, hampir berhenti (angin ribut, hujan, dll): sebentar sahaja angin dan hujan pun ~; ledakan peluru dan bom boleh dikatakan ~; 2. semakin kurang (kemarahan, kerusuhan, panas, penyakit, dll), berkurang, tidak menghebat lagi (hawa nafsu dll), mulai tenang kembali: kebisingan masih belum ~; kemarahannya sudah mulai ~; tangisannya masih belum ~-~ lagi; perbincangan mengenai soal itu belum juga ~; demamnya sudah mulai ~; 3. hampir habis, hampir hilang, kurang: kereta-kereta sudah ~ melintasi jalan; maka dgn hal yg demikian, ~lah sedikit tikus itu; bereda Mn berlindung, bernaung, berteduh; mereda menjadi reda: tangisannya agak ~ sedikit; pd masa ~nya gelora peperangan, kami berusaha membangun; meredakan menjadikan atau menyebabkan reda, menenangkan, mengamankan, mengurangkan (kemarahan dll): mereka berjaya ~ ketegangan-ketegangan dlm parti; ia ~ sedikit ketawanya; keredaan perihal reda, ketenangan, keamanan, kekurangan: rasa hormat yg demikian itu dgn sendirinya membawa ketenangan suasana, ~ suara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mereda | menjadi reda: tangisannya agak ~ sedikit; pd masa ~nya gelora peperangan, kami berusaha membangun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| teduh | 1. sudah beransur kurang, tidak kencang lagi, reda (angin, ribut, ombak, dll): maka ribut itu pun ~lah; 2. sudah beransur kurang, sudah berhenti, sidang (hujan): teman-temannya sedang berbual-bual sambil menunggu hujan ~; 3. terlindung drpd panas matahari, tidak kena panas matahari, lindap: jika kita berdiri di tempat yg ~ kita tidak dapat melihat matahari dan tidak dapat merasa habanya; 4. tidak hujan (cuaca), muram (matahari), redup, suram: matahari sudah mulai ~; 5. ki aman, tenang; Lautan T~ Lautan Pasifik; lagi ~ lagi berkajang, lagi terang lagi bersuluh prb memilih yg sebaik-baiknya (memilih menantu dll); berteduh 1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) menjauhkan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku; hujan tempat ~, panas tempat berlindung prb orang yg selalu mem-berikan pertolongan kpd orang banyak dlm segala hal; meneduh Jk berteduh; meneduhi melindungi, menaungi: anjung yg terbuka diteduhi oleh bidai putih hijau; meneduhkan 1. meredakan, menghentikan, menenangkan (hujan, ribut, dll); 2. menjadikan terlindung drpd panas matahari: dia ~ basikalnya di bawah pokok yg rendang itu; 3. membawa ke tempat yg teduh;keteduhan 1. perihal teduh, keredaan, ke-tenangan, kelindungan; 2. terlindung drpd hujan atau panas matahari: sudah hampir pukul lima, bangku tempat mereka duduk ~ pula; peneduh sesuatu yg boleh menyebabkan terlindung drpd panas matahari, hujan dsb: sekitar masjid dihiasi dgn pokok ~ dan bunga-bungaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nilai | 1. taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham. bernilai mempunyai nilai; menilai 1. menentukan nilai, mentaksirkan, menghargai: kesucian saya tidak boleh dinilai dgn wang ringgit; Haji Kasim ~ baik-baik stok perniagaannya; 2. Id memberi markah; ternilai dapat dinilai; tidak ~ sangat tinggi nilainya hingga tidak mungkin dapat dikira: utk mendapatkan keampunan-Nya, keredaan-Nya, dan rahmat-Nya yg tidak ~; nilaian harga, taksiran: jika tuan tanah tidak bersetuju dgn ~ yg dibuat oleh Pemungut Hasil Tanah itu, bolehlah ia meminta supaya Pemungut Hasil Tanah tadi membentangkan hal itu ke Mahkamah Tinggi; penilaian perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya, cerpennya yg terbaharu lebih berjaya; penilai orang yg menilai, pentaksir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| turun I | 1. dr tempat yg lebih tinggi ke tempat yg lebih rendah, dr atas ke bawah, lwn naik; 2. (datang) dr hulu ke hilir atau dr daerah atas angin ke bawah angin: ia baru ~ dr merotan; maka iaitu ~ dr Yaman ke bawah angin, maka singgahlah ia di Tanah Keling; 3. (pergi) dr pedalaman (kampung dll) ke bandar: terpaksa juga saya ~ ke bandar hari ini; 4. mengendap ke bawah (keladak dlm air dll): hampas kopi itu telah ~; 5. surut (air); 6. hampir terbenam (matahari, bulan, dll), jatuh: matahari ~ matahari sudah hampir terbenam; (matahari) tengah ~ waktu petang (lebih kurang pukul 3.30); 7. ki telah berkurang (marah, nafsu, dll), reda: kemarahannya tidak juga ~-~ lagi; 8. keluar atau meninggalkan kenderaan ke bawah, keluar dr perahu dll dan naik ke darat: maka ~lah orang sekoci pergi mengambil air; maka lalu ~lah sahaya berjalan-jalan melihat-lihat kampung dan pasar di situ; 9. dr darat pergi naik ke kapal (perahu dll), menaiki kapal (perahu dll): maka ~lah ia ke sampannya lalu berkayuh; 10. keluar dr rumah, pergi atau pulang (tetamu): lebih kurang pukul sebelas malam barulah kami ~ dr rumahnya; 11. menjadi kurang atau rendah drpd biasa (harga dll), jatuh, merosot, susut (hasil dll): naik dan ~nya jualan tuan pd tiap-tiap bulan, terpulanglah kpd ke-cekapan tuan menguruskan perniagaan; 12. datang dr sesuatu yg dianggap tinggi (di atas): semua sekali ayat yg terhimpun di dlm Quran sekarang ini ~nya dlm waktu dua puluh tiga tahun; 13. mewarisi sesuatu (perangai dll) drpd datuk nenek dll; 14. memasuki (roh, orang halus, dll); 15. datang jatuh (hujan, salji), datang bertiup (angin ribut): tiba-tiba ~lah hujan rintik-rintik; pd pagi itu ~lah pula ribut serta dgn hujannya; 16. hilang warnanya (kain dll), luntur (warna kain dll): corak yg tidak ~, iaitu warnanya tidak berubah apabila dibasuh; ~ darah a) keluar darah dgn banyaknya (perempuan yg telah bersalin atau keguguran); b) sudah reda (berkurangan) marahnya; ~ haji kembali selepas mengerjakan haji (di Mekah); ~ harga menjadi lebih rendah harganya; ~ ke sawah pergi bekerja di sawah; ~ main Jk berehat (bagi kanak-kanak sekolah) separuh waktu; ~ makan Jk berhenti bekerja utk makan (pekerja); ~ mandi = ~ ke air upacara memandikan bayi utk pertama kali; ~ merek Id a) mendapat nama buruk; b) sudah tidak megah lagi; ~ minum Jk berhenti bermain utk minum (pemain bola sepak dll); ~ minyak menjadi berang atau ganas (binatang spt gajah dll); ~ naik = naik ~ a) tidak sama atau tidak rata (jalan dll), tinggi rendah; b) sekejap turun sekejap naik (nafas dll), sentiasa bergerak-gerak; c) sentiasa berubah-ubah, tidak tetap (ekonomi sesebuah negara dll); ~ padang pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu keadaan, masalah dsb; ~ ranjang Jk mengahwini saudara atau sanak isteri yg telah meninggal; ~ takhta = ~ dr takhta kerajaan = ~ dr kebesaran meninggalkan takhta (tidak menjadi raja lagi), makzul; ~ tangan a) turut mencampuri sesuatu hal dll; b) turut menyiapkan sesuatu pekerjaan dll; c) turut memberikan pertolongan (kpd orang miskin dll); ~ tangga a) turun melalui tangga; b) bertingkat-tingkat (pangkat, tinggi, umur, dll) dan hanya sedikit sahaja bezanya; c) Sr istiadat membawa pengantin laki-laki turun dan naik tangga sebanyak tiga atau tujuh kali (oleh pihak pengantin perempuan); ~-temu-run = ~-menurun berpindah-pindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya, drpd nenek moyang turun kpd anak cucu dll; sama ~ dgn malim prb perempuan yg dlm tempoh sebulan sahaja sesudah kahwin di-ceraikan oleh suaminya; berturun turut mengeluarkan wang sbg derma (yuran, sokongan, dll): mereka ~ lima ringgit seorang utk menolong mangsa banjir di Kelantan; menurun 1. agak miring (tanah, pantai, dll), landai ke bawah: gunung itu ~ dgn curam-nya arah ke timur; 2. pergi dr atas ke bawah (bukit dll), pergi melalui lereng bukit dll ke bawah: ia bergegas melangkah ~ bukit yg curam menjunam itu; 3. menjadi kurang drpd biasa, beransur-ansur turun, menjadi reda (kemarahan dll), berkurang, surut, susut: debar darahku ~ dan dadaku terasa lapang; mereka ditangkap kerana dituduh menjalankan sabotaj yg menyebabkan peng-hasilan kilang itu ~; 4. berpindah kpd (drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu, dll), turun kpd: ia benar-benar ~ kelakuan bapanya; 5. kemasukan roh halus ke dlm tubuh (pawang, bomoh, dll), berada dlm keadaan tidak sedar dan seterusnya dapat menghubungi makhluk-makhluk halus (bkn bomoh, pawang, dll), bersawai: cara mengubat penyakit kadang-kadang dilakukan dgn cara ~; saya dapat menyaksikan bagaimana gayanya orang berpawang dan pawang ~ hantu; ~ hujan mendatangkan hujan; menuruni 1. turun melalui (tangga, lereng bukit, dll): kemudian dia berlari-lari ~ tangga hotel itu; 2. turun utk mengambil dll sesuatu, turun ke; ~ telaga turun ke dlm telaga; 3. keluar dr rumah utk menghadap (menangkap, mengejar), turun utk menyambut (kedatangan orang dll): jikalau anak raja datang, tiada dituruninya, melainkan anak raja yg akan ganti kerajaan maka dituruninya; menurunkan 1. membawa turun (ke bawah), menarik turun, menjatuhkan, merendahkan: dilihat orang layang-layang Raja Ahmad sudah naik, maka segala orang banyak ~ layang-layangnya; maka sekalian baris itu ~ senapangnya memberi hormat; 2. menge-luarkan dr kenderaan (kereta, perahu, dll), menyuruh turun: setelah ~ kami di masjid besar, maka drebar itu pun membawa balik motokar itu ke Yan; 3. menjadikan rendah (pangkat, kedudukan, dll), memakzulkan (raja dll): setelah Abdullah menjadi sultan memanglah sukar hendak ~nya balik; 4. menjadikan kurang (harga dll), mengurang-kan, menyusutkan (hasil dll), memerosotkan: ia boleh membuat undang-undang baru, menukar undang-undang lama, menaikkan atau ~ cukai; 5. menjadikan perlahan (suara), merendahkan; 6. memindahkan sesuatu kpd (anak, cucu, dll), mewariskan sesuatu kpd, meninggalkan (harta, ilmu, dll) kpd: harta si mati itu mesti diturunkan kpd warisnya; dia akan ~ ilmunya kpd orang yg hanya betul-betul hendak belajar sahaja; ~ baka memindahkan baka; ~ kuasa memindahkan kuasa (kepada orang bawahan dll); 7. menternakkan, menggembalakan (lembu dsb); 8. men-datangkan (wahyu dll) kpd, menyampaikan (ilham dll) kpd, mewahyukan, mengilham-kan: wajib kita percaya kpd kitab-kitab yg diturunkan oleh Allah kpd rasul-rasul; 9. memulakan menanam (padi dll): maka bertitah baginda suruh Bujang Selamat panggil Tuk Bidan Raja datang menugal dan ~ benih; 10. menyebabkan turun, meng-gugurkan, menjatuhkan: kebanyakan hujan di Semenanjung adalah hujan ribut yg ~ sampai 30 cm dlm sehari; 11. menjadikan turun (warna kain dll), melunturkan (warna), memudarkan: serbuk pencuci itu akan ~ warna dan merosakkan corak kain itu; 12. Id membentuk kata terbitan drpd kata pokok yg diberi imbuhan (awalan, sisipan, atau akhiran): dgn bersisipkan em, kata gerlap diturunkan menjadi gemerlap; 13. memilih atau meletakkan pemain dlm pertandingan (bola sepak dll), memilih pemain utk mewakili sesuatu pasukan (dan seterusnya bermain dlm sesuatu perlawanan): mereka telah ~ pemain-pemain yg handal utk menentang pasukan dr luar negara itu; memperturun; ~ hari mendatangkan hujan dgn doa dll; turunan 1. = keturunan anak cucu, baka, zuriat: betapa senang dan gembira hati Pak Long Karim melihat usahanya dan jasanya utk anak dan ~nya masa akan datang; 2. peranakan, kacukan: dekat baginda kelihatan perajurit pilihan, iaitu perajurit Daengan dan Bugisan ~ Mengkasar dan Bugis; 3. sesuatu yg dipusakai drpd nenek moyang, sesuatu yg turun-temurun: ayahnya sendiri seorang tua model lama, amat kukuh meme-gang kebiasaan ~, tetapi tidak pandai men-jaga anaknya; 4. = kata ~ Id (Lin) kata yg dibentuk drpd kata pokok, kata terbitan, kata bersambungan; 5. bp penurunan; keturunan 1. yg diturunkan drpd, anak cucu kpd, turunan, zuriat: dlm bahasa Melayu klasik kata putera semata-mata diperuntukkan bagi anak laki-laki ~ raja; 2. sesuatu yg diwarisi: dia memang orang biasa yg tidak mempunyai gelar ~ apa-apa; 3. menderita (sakit dll) yg turun-temurun, mendapat sesuatu yg menurun; 4. perihal dimasuki roh halus, kemasukan roh halus; berketurunan mempunyai keturunan (zuriat);penurunan 1. bahagian bukit (lereng, jalan, dll) yg menurun, | Kamus Dewan Edisi Keempat |