| sambutan suara(voice response) | Output komputer dalam bentuk suara. | Kamus Komputer |
| sambutan dinamik(dynamic response) | Kelakuan ciri output bagi peranti yang dikira sebagai fungsi pada input dan fungsi masa. | Kamus Komputer |
| unit sambutan audio(audio response unit) | Peranti yang boleh mengeluarkan suara untuk komputer. Suara ini mungkin merupakan ungkapan atau perkataan yang telah dirakamkan atau disintesis daripada data. | Kamus Komputer |
| masa sambutan perakam(recorder response time) | Masa bagi pena alat perakam x-y bergerak dari satu titik mula ke satu titik hujung skala penuh. | Kamus Komputer |