| muncah | banyak, berlimpah-limpah: rezekinya ~ bagai ditabur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| murah | 1. banyak, berlebih-lebih, limpah: mereka yg mempunyai sifat kegembiraan ini selalu ~ rezekinya dan disukai ramai; 2. rendah harganya, tidak mahal: makanan yg ~ dan senang sekali didapati ialah karbohidrat; 3. tidak kedekut, suka memberi (sedekah dll): setelah Sultan Muzaffar Shah di atas keraja-an, terlalulah baik fiil baginda dgn adilnya dan ~ nya; 4. tidak susah atau tidak payah, mudah, senang; ~ hati a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang; ~ mulut ramah mesra (tamah); ~ rezeki banyak rezeki; ~ tangan suka memberi; ~ di mulut, mahal di timbangan prb banyak membuat janji tetapi tidak menepatinya; makin ~ makin menawar prb seseorang yg telah diturut orang sesuatu kehendaknya, ia berkehendak lebih lagi (telah memperoleh kesenangan ia berkehendakkan kesenangan yg lebih); bermurah; ~ hati tidak segan (memberi sedekah dll), bersifat murah: beliau telah ~ hati memberikan tempat menumpang kpd kami; memurahkan menjadikan murah (harga dll), menyebabkan jadi murah, menurunkan harga: kerana persaingan yg hebat terpaksa ia ~ harga dagangannya; mempermurahkan ki menganggap mudah (senang dll): kalau suami bukan bangsa penyabar dan suka ~ hidup diceraikannya isteri itu dgn tidak semena-mena; murahan rendah nilai diri, tidak bermutu, rendah nilainya: mereka selalu dianggap sbg gadis ~; hanya bahan-bahan ~; hiburan ~; kemurahan 1. perihal murah, kelimpahan: sangat-sangatlah ampun periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung kpd keadilan dan ~mu; 2. = ~ hati kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati eng-kau itu; pemurah (orang yg) suka memberi, tidak kedekut: dia ialah sahabat yg ~ dan sangat takut akan kemurkaan Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pengupah | orang yg memberi upah: maka kuranglah ~ di dalam negeri itu dan jadi piciklah rezekinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyandarkan | 1. meletakkan (membiarkan dll) bersandar pd: seorang laki-laki berdiri ~ badannya ke daun pintu; 2. mengharapkan atau menggantungkan (pertolongan, nasib, dll) pd: ~ rezekinya pd orang yg dermawan; 3. meletakkan (mengasaskan) pd sesuatu yg digunakan sbg dasar (alasan, bukti, dll), mendasarkan: dlm soal perkahwinan, engkau ~ pendapat engkau pd agama; dia tidak ~ tulisannya pd karya-karya sasterawan tanah air; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lebih-lebih | tambahan pula (lagi), apa lagi, lagi pula, teristimewa pula: betapa senangnya hati anak negeri, ~ lagi hati mereka berdua jika padi itu berbuahkan beras kelak; mereka yg mempunyai sifat kegembiraan ini selalu murah rezekinya, ~ lagi mereka yg peramah dan berbudi bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lebih-lebih lagi | tambahan pula (lagi), apa lagi, lagi pula, teristimewa pula: betapa senangnya hati anak negeri, ~ lagi hati mereka berdua jika padi itu berbuahkan beras kelak; mereka yg mempunyai sifat kegembiraan ini selalu murah rezekinya, ~ lagi mereka yg peramah dan berbudi bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sandar I | ; bersandar 1. = menyandar me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke, atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri; bersandarkan bersandar pd: baginda men-jalankan pemerintahan dgn bersandarkan apa yg telah dipelajarinya; sandar-menyandar saling bersandar, tolong-menolong, bantu-membantu: kerjasama dan bantu-membantu dlm masyarakat orang yg beriman itu, samalah spt hubungan yg rapat dan ~ yg erat sesebuah bangunan; menyandari mengadakan (memasang, me-ngenakan) tempat utk bersandar, memberi tempat bersandar, menopang (menyangga, menyokong, dll): maka Sultan Mahmud Shah pun minta sandari pd Seri Nara Diraja; menyandarkan 1. meletakkan (membiarkan dll) bersandar pd: seorang laki-laki berdiri ~ badannya ke daun pintu; 2. mengharapkan atau menggantungkan (pertolongan, nasib, dll) pd: ~ rezekinya pd orang yg dermawan; 3. meletakkan (mengasaskan) pd sesuatu yg digunakan sbg dasar (alasan, bukti, dll), mendasarkan: dlm soal perkahwinan, engkau ~ pendapat engkau pd agama; dia tidak ~ tulisannya pd karya-karya sasterawan tanah air; sandaran 1. = persandaran, penyandar tempat bersandar atau utk menyandarkan sesuatu: akhirnya orang muda itu mengampai ke ~ kerusinya; 2. bantuan, sokong-an: mereka berdoa memohon ~ drpd Tuhan; ini semua hanya prasangka buruk dan tidak mempunyai ~ sejarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lebih | 1. melampaui had yg sepatutnya, bertambah (dr dahulu): harga gula sekarang ~ mahal drpd harganya tiga tahun dahulu; kedudukannya sekarang ~ terjamin; ~ baik duduk diam drpd berkata yg sia-sia; 2. baki, sisa: tiga dibahagi dgn dua, ~ satu; 3. bertambah sedikit (drpd angka yg dinyatakan): ia bekerja di pejabat itu lima tahun ~; 4. semakin, kian bertambah: makin lama menjadi ~ berani ia; ~ jauh selanjutnya, seterusnya; ~ kurang kira-kira, agak-agak; ~ masa yg dilakukan (berkaitan dgn kerja) di luar waktu kerja yg telah ditetapkan; ~ umur melewati umur (yg dikehendaki), tua; ~ lagi = lebih-lebih; selebihnya baki drpd sesuatu, lebihnya, kelebihannya; lebih-lebih = ~ lagi tambahan pula (lagi), apa lagi, lagi pula, teristimewa pula: betapa senangnya hati anak negeri, ~ lagi hati mereka berdua jika padi itu berbuahkan beras kelak; mereka yg mempunyai sifat kegembiraan ini selalu murah rezekinya, ~ lagi mereka yg peramah dan berbudi bahasa; selebih-lebihnya paling banyak (ramai): anggota jawatankuasa sekurang-kurangnya tujuh orang dan ~ dua belas orang; lebih-lebihnya paling lebih: tugas seseorang diplomat bukan utk menggubah matlamat kerajaannya, tetapi ~ utk menjelaskannya di negara luar; berlebih 1. ada lebihnya, berbaki, bersisa: pendapatannya ~ drpd perbelanjaannya; 2. terlalu banyak, banyak sangat: menempatkan semula penduduk yg ~ di Pulau Jawa; ~ kurang bertolak ansur (dgn kawan dll); berlebih-lebih 1. terlalu banyak lebihnya (makanan dll): pakaian yg dibelinya itu ~; 2. melewati (bertambah) dr yg sebenarnya: kebesaran raja-raja pd zaman dahulu biasanya diceritakan dgn cara yg ~; berlebihan terlalu sangat (banyak, lebih, dll): beras ada juga yg dieksport kerana ~ drpd keperluan tempatan; berlebih-lebihan 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya): dlm hikayat-hikayat lama itu ada bahagian yg agak ~ sehingga tidak dapat diterima akal; pernahkah saya bersikap ~ terhadap gadis itu? 2. berlumba utk beratas-atasan (atas-mengatasi): mereka saling ~ memakai barang kemas; melebih, melebih-lebih berbuat lebih drpd yg sepatutnya (drpd orang lain), menambah supaya lebih: kamu janganlah ~ sangat; melebihi 1. lebih drpd, melewati, melampaui, mengatasi: darjah hidup kaum pekerja sekarang betul-betul sudah ~ darjah hidup mereka sebelum perang; 2. membuat supaya jadi lebih: mereka mesti berusaha dan memeras tenaga untuk ~ jangka yg ditentukan itu; ~ ancak-ancak, mengurangi sia-sia prb sesuatu pekerjaan atau perbuatan janganlah lebih atau kurang drpd yg sepatutnya tetapi hendaklah pertengahan jua; melebih-lebihi menambah menjadi terlampau banyak, menjadikan terlalu banyak; melebihkan 1. menjadikan lebih, membanyakkan: pengetahuan itu boleh didapat dgn ~ membaca buku, majalah dan akhbar yg bernilai; 2. memandang lebih penting (mustahak, berguna, dll): ~ agama drpd adat; melebih-lebihkan menokok tambah hingga lebih drpd yg sebenarnya: kadang-kadang kegemparan itu dilebih-lebihkan drpd keadaan yg sebenarnya; terlebih 1. yg paling lebih (cerdik, penting, besar, dll), tersangat: kpd hatinya, ~ baik keris itu drpd golok, kerana Hang Tuah terlalu tahu melihat keris; ~ dahulu pertamatama; 2. = terlebih-lebih = ~ pula (lagi) terutama (teristimewa) pula, lebih-lebih lagi; lebihan jumlah atau banyaknya sesuatu melebihi sesuatu had atau sesuatu jumlah yg lain: ~ imbangan perdagangan dijangka meningkat; kelebihan 1. sesuatu sifat yg lebih drpd kebiasaan, keistimewaan: Sayidina Ali ialah sahabat Rasulullah yg mempunyai banyak ~ dan sifat-sifat yg teristimewa; 2. bilangan yg berlebih, bilangan yg lebih banyak: beliau telah menang dlm pilihan raya itu dgn mendapat ~ undi; 3. = lebihan yg berlebih, bakinya, sisanya; berkelebihan 1. berlebih, bersisa; 2. terlalu banyak (lebihnya, sisanya, dll); 3. mempunyai kelebihan (keistimewaan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| upah | wang dll yg diberikan kpd orang yg disuruh mengerjakan sesuatu, bayaran sbg pembalas jasa, ganjaran utk tenaga orang yg telah diguna-kan: aku diberi ~ seringgit utk mengangkat beg; ~ bidan upah yg diberikan kpd bidan; makan (mengambil) ~ a) bekerja dgn mendapat upah; b) menerima upah kerana mengerjakan sesuatu; c) ki menerima rasuah, makan suap; berupah (melakukan sesuatu) dgn mendapat upah, menerima upah, dgn upah: dia sendiri juga membawa makanan dan segala per-kakas itu dgn tiada ~; mengupah menyuruh membuat sesuatu pekerjaan dgn membayar upah, menyuruh bekerja dgn memberi upah: maka datanglah mereka itu ke rumah nenekku ~ menulis Quran; mengupahi membayar upah kpd: mereka telah diupahi membakar rumah itu; mengupahkan menyuruh orang mengerja-kan sesuatu dgn membayar upah: kpd siapa engkau upahkan menjahit baju engkau? upahan 1. = orang ~ orang yg bekerja dgn mendapat upah, orang gaji; 2. orang yg diupah; askar (tentera) ~ askar yg berkhidmat kerana upah; 3. upah; pengupah orang yg memberi upah: maka kuranglah ~ di dalam negeri itu dan jadi piciklah rezekinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |