| jalanan(run) | Pelaksanaan atur cara berdasarkan set suruhan terhadap set data. | Kamus Komputer |
| jalan(run) | 1. Tindakan yang mengarahkan komputer melaksanakan atur cara. 2. Suruhan yang perlu digunakan untuk mengarahkan komputer melaksanakan atur cara. | Kamus Komputer |
| tempoh jalanan(run duration) | Tempoh masa yang diambil untuk menjalankan atur cara yang sudah disusun dari mula hingga akhir. | Kamus Komputer |
| mod jalanan(run mode) | Mod pengendalian komputer yang berada pada peringkat atur cara sedang dijalankan. | Kamus Komputer |
| masa jalanan(run time) | 1. Masa yang digunakan untuk melaksanakan atur cara secara berterusan. 2. Masa yang digunakan oleh unit kawalan untuk mengambil data dari ingatan dan memprosesnya. | Kamus Komputer |
| manual jalanan(run manual) | Dokumen, seperti kenyataan masalah, carta alir, senarai kod atur cara, suruhan pengendalian, dan longgokan taraf yang digunakan sebagai rujukan pelaksanaan sesuatu atur cara komputer. | Kamus Komputer |
| jadual jalanan(run schedule) | Jadual yang menyenaraikan tugas yang perlu dijalankan oleh komputer pada masa-masa tertentu. | Kamus Komputer |
| fasa jalanan(run phase) | Fasa pengendalian komputer yang berada pada peringkat atur cara yang dijalankan selepas penyusunan atur cara selesai. | Kamus Komputer |
| carta larian(run chart) | Carta alir yang menunjukkan cara larian komputer yang digunakan. | Kamus Komputer |
| carta jalanan(run chart) | Carta yang menerangkan pelaksanaan satu atau lebih atur cara komputer. | Kamus Komputer |