Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sampai jumlahnya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cukup1. tidak kurang (bilangan, banyak, besar, dll), sampai jumlahnya (besarnya dll), pada: pinggan mangkuk kita tidak ~, orang yg datang terlalu banyak; 2. sampai betul, genap (masa, usia, dll): hari Rabu ini ~lah empat puluh empat hari ia meninggal; ~ bulan a) genap sembilan bulan (mengandung); b) akhir bulan (hari gaji); ~ umur sudah akil baligh, sudah dewasa; 3. lengkap, sempurna (tidak ada kurangnya): putera kita ini sudahlah besar, dan ~ berakal; rumah itu ~ dgn perabotnya sekali; 4. sudah pd dgn itu (begitu) sahaja: kesukaan anaknya kpd Mariah telah ~ buat menundukkan hati nyonya itu; 5. sangat, lebih drpd yg memadai atau yg dijangka: badanku terasa ~ penat; mukanya ~ masam; 6. tidak kurang atau tidak lebih, lumayan, sedang: hasil yg diperolehnya boleh dikatakan ~lah buat mereka berdua; ~ keperluan sendiri tidak perlu apa-apa dr luar (segala keperluan dikeluarkan sendiri); 7. bp tidak kekurangan, agak kaya, berada: ayahnya orang yg ~; secukup; ~ hidup cukup utk membiayai perbelanjaan hidup sahaja; mencukupi 1. memadai, lengkap (keperlu­an, keinginan, dll): binatang itu memerlukan makanan yg ~; apabila sudah diperolehnya habuan-habuan yg ~, tinggallah mereka setahun dua di darat; 2. tidak kurang (utk sesuatu hal, keperluan, dll): buku kecil ini tentulah tidak ~ utk menerangkan segala-galanya; pendapatannya tidak ~ utk keperluan hidup diri dan keluarga; 3. bagi menjawab atau membalas (biasanya bkn jawaban dlm surat-menyurat): ~ surat tuan; mencukupkan menjadikan (memandang) cukup, melengkapkan, memadakan, menam­bah supaya cukup: utk ~ pendapatannya, ia perlu bekerja dgn lebih keras lagi; kerana hendak ~ belanja itu, terpaksalah ia mencari wang lagi; kecukupan ada apa yg diperlukan, tidak ke­kurangan: orang datang begitu banyak sehingga meja dlm restoran itu tidak ~; orang boros tentu saja tidak ~ belanja; berkecukupan tidak kekurangan, cukup segala yg diperlukan; ketidakcukupan perihal tidak cukup: alasan ~ peruntukan wang juga boleh diatasi.Kamus Dewan Edisi Keempat
bilang I1. bp hitung(an), kira(an) jumlah (banyak) barang; tidak masuk ~ tidak masuk kira; 2. = sebilang setiap, tiap-tiap; ~ bulan tiap-tiap bulan; 3. = berbilang; berbilang 1. lebih drpd satu banyaknya; masyarakat ~ bangsa (kaum) masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa atau kaum (spt Melayu, Cina, India, dll di Malaysia); ~ ringgit banyak ringgit; 2. dihitung atau dikira jumlahnya: barang-barang itu belum ~ jumlahnya lagi; ~ dr esa, mengaji dr alif prb mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dr pangkalnya; membilang 1. menghitung (mengira) satu demi satu: bibirnya bergerak-gerak bagai lebai ~ tasbih; 2. memperhitungkan, memperkirakan, memerhatikan: tiada pula sunyi orang ~ harapan kalau-kalau ia masih hidup; apabila ia melompat, maka sekalian kami lihat spt gunung api, tiada ~ lawannya; kadang-kadang Nordin termenung membilang-bilang nasibnya; membilangkan membilang (menghitung, mengira) utk; terbilang 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyaknya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang;bilangan 1. jumlah (banyak) barang dll: orang yg mengasihi kau lebih ramai ~nya drpd manusia yg membenci kau; hasil darab ini ialah suatu ~ genap; 2. lingkungan, golongan: ia termasuk ~ orang pandai-pandai; 3. nasib yg sudah tertentu, waktu yg sudah tertentu; itu memang sudah ~nya itu memang sudah nasibnya; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya; sebilangan sejumlah, sebanyak: ~ besar kuli itu datang dr negeri China; kebilangan termasuk bilangan, terkenal dll: mereka pergi ke sebuah restoran yg ~ dlm kota Betawi; pembilangan perbuatan membilang, pengiraan, penghitungan: ~ undi dilakukan pd sebelah petang; pembilang 1. orang yg kerjanya membilang; 2. Id bilangan yg di atas pd suatu pecahan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas