| buta | 1 tidak dpt melihat kerana rosak matanya: Abangnya mengajar di sekolah orang-orang ~. 2 ki tidak tahu atau tidak ingat. ~ ayam a. pandangan menjadi kabur pd waktu senja. b. waktu senja. ~ belalang (celik) tidak dpt melihat tetapi matanya celik. ~ bular buta kerana biji matanya berselaput. ~ hati a. tidak berperasaan belas kasihan. b. tidak dpt menerima pengajaran orang. ~ huruf (kayu) tidak tahu menulis atau membaca. ~ kesip (pecah) buta kerana pecah biji matanya atau kerana tiada biji mata. ~ larangan tidak dpt melihat dgn jelas. ~ malam tidak dpt melihat pd waktu malam. ~ warna tidak dpt membezakan warna. membuta 1 melakukan diri seolah-olah buta; berpura-pura buta. 2 = ~ tuli tidak mempedulikan apa-apa pun; berbuat sekehendak hati saja. 3 bk tidur. membutakan menyebabkan menjadi buta. | Kamus Pelajar |
| pahat I | alat besi yg berbentuk bilah yg tajam hujungnya (utk menebuk lubang, mengukir kayu, dll); jenis-jenisnya: ~ caku, ~ kuku, ~ mata bulat, ~ mata lintang, ~ putar, dll; ~ kuku pahat yg matanya melengkung, digunakan utk membuat lurah dan ukiran biasa; ~ pating sj pahat yg tidak tajam; ~ pelubang pahat yg khusus digunakan utk menebuk lubang; bagai ~, tidak ditukul tidak makan = laksana ~ dgn penukul prb orang yg hanya bekerja apabila diperintah (disuruh); menciritkan ~ prb sudah tua sangat (orang); berpahat 1. sudah dipahat; 2. berukir; yg berbaris yg ~, yg bertakuk yg bertebang prb Mn pekerjaan dilakukan mengikut adatnya (aturannya) yg biasa; memahat 1. menebuk lubang dll dgn pahat; 2. mengukir, membuat patung dgn pahat: di atas tugu itu semua nama pejuang yg gugur turut dipahat; ~ di dlm baris, berkata dlm pusaka prb Mn mengerjakan sesuatu dgn aturannya (supaya selamat); terpahat 1. telah diukir dgn pahat, terukir: ukiran yg ~ di atasnya melambangkan kepercayaan animisme; tulisan yg ~ pd batu nisan itu mengandungi dua rangkap puisi; 2. ki terlekat, tercatat atau terakam seolah-olah telah dipahat pd sesuatu: hasrat utk menulis novel tetap ~ di tangkai hatinya; bagi kaki pancing, nama Pulau Sembilan pasti ~ dlm ingatan mereka; pahatan sesuatu yg dipahat, hasil memahat, ukiran: di sekolah seni ini kami menikmati lukisan dan ~ ramai seniman; pemahatan perbuatan (proses) memahat; pemahat orang yg memahat (mengukir), pengukir, ahli seni pahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |