Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senyum an nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
senyum1. gerak bibir yg ternaik pd hujungnya yg membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara: perempuan muda itu kelihatan memberikan ~ manisnya kpd laki-laki itu; 2. menggerakkan bibir hingga ternaik sedikit hujungnya bagi mem-bayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara: “~, ~,” kata ayah sebelum memetik kamera; ~(-senyum) kambing senyum yg dibuat-buat utk mengejek; ~ kanyur senyum yg dibuat-buat (ketika marah); ~ kucing Kl senyum yg mengandungi sesuatu muslihat; ~ manis senyum yg menarik sekali (menampakkan kejelitaan seseorang); ~ mesra a) senyum yg menunjukkan rasa mesra; b) sj kuih drpd tepung yg dicampur dgn berbagai-bagai ramuan; ~ raja senyum yg dibuat-buat (tidak mengan-dungi apa-apa makna); ~ serong-serong bahasa senyum sedikit sahaja; ~ simpul senyum yg menandakan gembira (geli hati, dll); ~ sinis senyum yg dibuat-buat kerana mengejek (me-nyindir); ~ sumbing senyum sedikit sahaja; ~ tawar senyum yg dibuat-buat ketika berduka-cita (dlm kecewa dll); senyum-menyenyum saling tersenyum: sudah luput segala tunduk-menunduk, ~ serta tegur-menegur; menyenyumi melahirkan senyuman kpd: dia ~ si pelacur tua secara sinis; tersenyum melahirkan senyum: Wan Intan ~ berkulum melihat temasya yg berlaku di hadapannya itu; tersenyum-senyum mengeluarkan senyum yg berulang-ulang dan agak berpanjangan, tersenyum berulang-ulang atau dgn agak ber-panjangan: beberapa orang mahasiswa ke-lihatan ~ memandang gelagat kami; dia ~ mendengar segala janjiku itu; senyuman hasil tersenyum: ~nya menyejuk-kan hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
sembarisambil, serta: Anuar berkata dgn senyum dibuat-buat ~ memandang kpd abang-nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tersengih-sengihtersenyum-senyum dgn terbuka mulut dan menampakkan gigi sedikit: Noorain ~ melihat gelagat Kamarul; dilihat-nya Azman ~ kesukaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyimpul1. mengikat (hingga menjadi simpul): ~ tali kasut; 2. merupakan simpul; senyum ~ di bibir tersenyum; 3. ki memberi pendapat secara ringkas (dr apa yg telah di­bicarakan), menggulung: ketika ~ pendapat­nya ia menegaskan bahawa masa depan Islam tidak banyak berbeza drpd keadaan­nya sekarang;Kamus Dewan Edisi Keempat
sengih; menyengih tersenyum dgn mulut terbuka sedikit (sehingga menampakkan gigi); menyengihkan = ~ gigi membuka mulut sedikit dan menampakkan gigi: ~ gigi putih-nya yg panjang-panjang; tersengih tersenyum dgn mulut terbuka sedikit (dan menampakkan gigi): anak-anak-nya ~ kegelian melihat telatah emak mereka; tersengih-sengih tersenyum-senyum dgn terbuka mulut dan menampakkan gigi sedikit: Noorain ~ melihat gelagat Kamarul; dilihat-nya Azman ~ kesukaan; sengihan hasil perbuatan menyengih.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertaut1. menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang, bercerai, luka, dll), berkatup rapat-rapat: kemudian bibir mereka ~ beberapa detik; 2. bercantum, berpaut (pd, dgn): sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangan-nya diramas; 3. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pd, dgn): corong asap dr rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yg kelabu ~ dgn kabut pekat di udara; 4. berpusat (pd, pandangan, dll), bertumpu (pd): fikirannya ~ pd soal pelajaran; 5. bertemu (sungai dgn sungai dll): mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing me-lebar; 6. berhu­bungan (dgn), bertalian (dgn), berkaitan (dgn): kesihatan badan ~ rapat dgn kebahagiaan hidupKamus Dewan Edisi Keempat
taut Ibertaut 1. menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang, bercerai, luka, dll), berkatup rapat-rapat: kemudian bibir mereka ~ beberapa detik; 2. bercantum, berpaut (pd, dgn): sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangan-nya diramas; ~ tangan berjabat (berpegangan) tangan; 3. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pd, dgn): corong asap dr rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yg kelabu ~ dgn kabut pekat di udara; 4. berpusat (pd, pandangan, dll), ber-tumpu (pd): fikirannya ~ pd soal pelajaran; 5. bertemu (sungai dgn sungai dll): mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing me-lebar; 6. berhu­bungan (dgn), bertalian (dgn), berkaitan (dgn): kesihatan badan ~ rapat dgn kebahagiaan hidup;menautkan, mempertautkan 1. men­jadi­kan bertaut kembali; kaca dgn sekali banting dapat dihancurkan, tetapi memper­taut­kannya kembali: tidak semudah itu; 2. mem-perhubungkan (dgn), mempertalikan (dgn), mempertemukan: bilakah akan dapat diper-tautkan dan diperdekatkan perhu­bungan Amerika dgn Eropah; 3. memusatkan (dgn), menyatukan (dgn): perintah itu ber­tujuan utk ~ golongan-golongan antara manusia; 4. menumpukan (memusatkan, mengarahkan) pd; tautan hasil bertaut, hubungan, kaitan, cantuman: kesan yg negatif ini mungkin ada ~nya dgn kejadian yg lalu; pertautan perihal bertaut, perhubungan, per-talian: puisi adalah hasil ~ jiwa penyair dan alam di sekitar; taup.Kamus Dewan Edisi Keempat
simpul, = simpulan ikatan yg dibuat dgn tali dll. ~ hidup ikatan yg mudah diuraikan. ~ mati ikatan yg susah diuraikan. ~ pulih ikatan yg dibuat utk memendekkan tali. ~ sentak ikatan yg dpt diuraikan dgn menyentak puncanya. menyimpul 1 merupakan simpul; spt simpul: Senyum ~ di bibir. 2 mengikat supaya tidak terurai: ~ tali kasut; ~ beg plastik. menyimpulkan 1 mengikatkan tali dsb hingga men­jadi simpul. 2 memberikan isi se­suatu perbincangan dgn ringkas; menggulung sesuatu perbincangan dll. simpulan sesuatu yg disimpulkan; ikatan: Bungkusan itu terburai kerana ~nya tidak kuat. ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. kesimpulan ringkasan drpd yg telah dibicarakan; kesudahan pendapat; keputusan: Mereka telah mengambil ~ mengecam orang-orang yg menyeleweng drpd perjuangan parti.Kamus Pelajar Edisi Kedua
manis Imanis I 1. rasa spt rasa gula atau madu: kuih ini ~ spt gula; 2. sangat menarik (muka, per­cakapan, perawakan, senyuman, dll), lemah lembut serta peramah: gadis itu tidak cantik tetapi ~; tutur bahasanya ~; senyum ~; 3. cantik, elok, molek, mongel (gadis, benda, dll): gadis itu memang ~; 4. panggilan utk gadis (wanita) yg cantik manis: ia mendekati si ~ itu tanpa segan-segan lagi; 5. sopan, beradab (kelakuan, gerak-geri, dll): jangan buat begitu, nanti tak ~ dipandang orang; 6. ki dlm berbagai-bagai erti bermaksud nya­man (senang, mewah, dll): bagaimana pula dapat aku hidup ~ dgn orang yg demikian? ~ bangun Kl sedap dipandang mata, cantik, segak; ~-~ buah rasa yg tidak berapa manis (kuih dll); ~ budi (bahasa) pandai berbudi dan berbahasa, sopan-santun; ~ leting Kl, Tr tersangat manis; ~ madu rasa spt rasa madu; ~ muka muka yg periang (menarik hati); ~ mulut pandai berkata-kata; ~ spt gula derawa = ~ laksana gula sarawak = ~ spt gula jawa prb bersesuaian dlm semua hal (spt suami isteri yg sama elok dll); habis ~ sepah dibuang prb seseorang atau sesuatu yg dihargai hanya ketika berguna sahaja dan sesudah tidak berguna lagi lalu dibuang (atau ditinggalkan); lemak ~ jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb yg nampaknya baik itu jangan lekas diterima dan yg nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus diper­timbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima atau ditolak); rindu akan jadi batasnya, maka ~ tidak jadi cuka prb jangan terlalu mesra bergaul dgn orang kerana nanti akan menimbulkan dendam kesumat; bermanis; ~ muka tersenyum utk menun­jukkan rasa hormat, mesra, disenangi dsb; ~ mulut bercakap dgn kata-kata manis; bermanis-manis bercakap dgn kata-kata manis, bercakap dgn lemah lembut; memanis 1. menjadi manis; 2. = memanis-manis membuat sesuatu supaya elok dilihat atau didengar; memaniskan menjadikan manis; lewat di-maniskan, masam, lewat diharumkan, busuk prb perihal orang yg mula-mula berkasih­kasihan tetapi kemudian selalu berselisih; mempermanis membuat supaya bertambah manis: dia melembutkan suaranya ~ muka-nya ketika menyatakan maksudnya itu; manisan, manis-manisan 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasa­nya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa; kemanisan 1. rasa yg manis: ~ nanas jenis itu memang diketahui orang; 2. kecantikan, kemolekan, kemongelan: ia yakin ~nya akan kembali jika ia pulih kembali; 3. kese­ronokan, kesukaan: ~ hidup bagai madu dgn isteri muda itu tidaklah akan lama; 4. bp terlalu manis, manis sangat: kopi ini ~ kerana terlalu banyak gula; pemanisan perihal (proses, perbuatan dsb) memaniskan; pemanis 1. sesuatu yg menyebabkan sesuatu yg lain menjadi manis atau bertambah manis (elok, cantik, dll); 2. = ~ muka guna-guna utk memikat hati orang (dgn menjadikan seseorang sentiasa kelihatan manis): diberi makan pula oleh kawannya sekapur sirih ~; mencarikan Ramlah ubat memperelok dan ~ rupa kembali.Kamus Dewan Edisi Keempat
mesra1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat atau karib benar (ber­sahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dgn amat ~nya; perhubungan yg ~; 3. muluk­-muluk (janji dll), indah-indah, sedap (bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi; ~ alam tidak memudaratkan atau menjejas­kan kualiti alam sekitar: kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir: komputer ~ pengguna; bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbu­cumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu; bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk ber-musuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan, bercengkerama; bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesra­an: lalu wujudlah perasaan suka bekerja-sama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~; memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula; memesrakan 1. memadukan (mencampur­kan) sungguh-sungguh; 2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persaha­batan, diri, dsb) lebih rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya dgn Tuhan; termesra sudah berpadu benar; kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas