Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nombortanda yg menyatakan bilangan, angka; ~ asas nombor dr 0 hingga 9; ~ atom (Kim) nombor yg menunjukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral; ~ Avogadro (Kim) bilangan molekul, atom, ion, atau elektron dlm satu mol bahan; ~ bercampur nombor yg mengandungi nombor penuh dgn angka pecahan; ~ bulat = ~ penuh nombor yg tidak ada angka pecahan; ~ ganjil nombor yg berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ genap nombor yg tidak berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ induk = ~ pokok Id bilangan daftar dlm buku daftar; ~ lepas Id eceran (surat khabar, majalah); ~ neutron (Kim) bilangan neutron dlm sesuatu nukleus atom; ~ pendaftaran satu siri huruf dan nombor yg terdaftar dgn pihak yg berwajib, mis bagi kereta dan syarikat; ~ pengenalan diri nombor rahsia yg di­per­untukkan kpd seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dgn kad bank utk me­ngeluarkan wang tunai melalui ATM: ~ peng­oksidaan (Kim) bilangan elektron yg perlu ditambah kpd kation atau disingkirkan drpd anion utk memperoleh atom neutral; ~ perduaan (Mat) nombor yg menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1; ~ perenambelasan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F; ~ perlapanan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7; ~ plat nombor pendaftaran pd kenderaan bermotor; ~ satu a) angka satu; b) = ~ wahid bp yg terbaik atau terdahulu; ~ siri nombor yg menandakan satu-satu item atau butiran dlm sesuatu siri, mis pd wang kertas; ~ tunggal nombor yg hanya boleh dibahagi oleh nombor itu sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih); bernombor mempunyai nombor atau telah dinomborkan; menombori memberi bernombor, mem­berikan nombor (bilangan) kpd; penomboran perihal (perbuatan dsb) me­nombori (sesuatu): ~ bab dibuat berdasarkan jenis dan kategori buku.Kamus Dewan Edisi Keempat
liar1. tidak dipelihara (binatang), tidak jinak, buas, tidak dijaga (tumbuh-tumbuhan), terbiar: binatang-binatang ~ di dlm hutannya termasuk gajah, harimau, beruk, mawas, dll; 2. tidak tetap, gelisah (pandangan dll), buas, ganas (perangai manusia): dgn ~ ia meman­dang ke sekelilingnya; ~ mata selalu mengalih­alih pandangan; 3. tidak sopan-santun (perbualan, permainan, dll), tidak beradab: ia masih tertawa ~; peguam itu menyifatkan tuduhan tersebut sbg tuduhan yg ~; matanya merayap-rayap di atas ruangan siri cerita wanita ~ yg biasa menjadi siaran akhbar itu; orang ~ orang biadab; 4. tidak teratur, tidak mempunyai aturan; pasukan ~ Id pasukan yg tidak teratur (bukan tentera rasmi); rumah ~ Id rumah haram; sekolah ~ Id sekolah persendirian (tidak menurut syarat­-syarat yg ditentukan oleh kerajaan); berliar-liar selalu berlaku liar: Daim budak peliharaannya itu sudah pun pandai ~; meliar menjadi liar (kelakuan, tumbuh­-tumbuhan dll): misai dan janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya; matanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan; meliarkan menjadikan liar: falsafah pendidikan Barat yg semakin menjauhkan dan ~ generasi Islam drpd roh dan keperi­badiannya sendiri; keliaran perihal (sifat, keadaan, dsb) liar: dia tidak pernah berfikir tentang ~ anak-­anak kota dgn hidup yg tidak menentu; Alias Ali hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak muda; berkeliaran berjalan (terbang dll) ke merata tempat, merayau; ®keliar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas