| sorok | ; menyorok 1 masuk dgn merangkak atau dgn membongkok; menyusup: Ketika berburu, kami ~ dlm semak dan belukar. 2 menyembunyikan diri; bersembunyi: Pijat-pijat biasanya ~ di celah-celah tilam atau di celah-celah katil. menyorokkan 1 memasukkan di bawah atau di balik sesuatu; menyusupkan: Dia telah ~ kepalanya di bawah bantal. 2 menyimpan atau menaruh sesuatu supaya tidak kelihatan; menyembunyikan: Siapa yg ~ kasut saya? tersorok 1 tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; tersembunyi. 2 jauh dr yg lain; terpencil: Kampung itu ~ di hujung tanjung. penyorokan perbuatan (hal dsb) menyorok atau menyorokkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sorok; menyorok | 1 tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; tersembunyi. | Kamus Pelajar |
| sorok; menyorok | 1 memasukkan di bawah atau di balik sesuatu; menyusupkan: Dia telah ~ kepalanya di bawah bantal. | Kamus Pelajar |
| sorok; menyorok | 1 masuk dgn merangkak atau dgn membongkok; menyusup: Ketika berburu kami ~ dlm semak dan belukar. | Kamus Pelajar |
| sorok I | ; sorok-sorokan, bersorok-sorokan bermain sembunyi, bermain cari-carian; menyorok 1. masuk ke dlm sesuatu dgn merangkak (membongkok), menyusup atau menyelodok dgn membongkok; 2. ki menyembunyikan diri, bersembunyi; ~ di balik lumbung prb menyembunyikan sesuatu hal yg mudah atau sudah diketahui orang; ~ hilang-hilang, memakan habis-habis prb jika mengerjakan sesuatu pekerjaan rahsia hendaklah pandai-pandai benar menyimpannya; sementara ~, ekor habis prb perihal seseorang yg malang nasibnya; menyoroki menyusup (menyelodok) ke, menyorok ke; menyorokkan 1. memasukkan ke bawah (ke dlm, ke belakang) sesuatu, menyusupkan (menyelodokkan): ia masih lagi ~ mukanya di bawah bantal; 2. ki menyimpan (menutup dll) supaya tidak kelihatan, menyembunyikan: tak usahlah engkau ~ perkara yg seharusnya ibu tahu itu; tersorok 1. tersembunyi: buku itu kuletakkan di atas rak kopiah ~ ke sebelah dalam; 2. ki jauh dr yg lain, terpencil: tentera Jepun dan Siam selalu sahaja sampai ke kampung yg ~ spt Kampung Sulung itu; sorokan 1. sesuatu yg disembunyikan atau disorokkan; 2. tempat bersembunyi (menyembunyikan), persembunyian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sembunyi | ; main ~ sj permainan menyorok dan mencari, main cari-carian; ~ tuma kepala tersorok ekor kelihatan prb menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; lempar batu ~ tangan prb berbuat se-suatu kejahatan dan kemudian berpura-pura tidak tahu-menahu; sembunyi-sembunyi dgn tidak diketahui orang, (secara) diam-diam, (secara) senyap-senyap: dia masuk pertandingan nyanyian secara ~ kerana tidak direstui oleh keluarganya; dgn ~ dgn diam-diam: mereka meninggalkan tempat itu dgn ~; ~ puyuh prb a) menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; b) tidak mahu tahu akan perkara yg benar-benar berlaku; sembunyi-sembunyian, bersembunyi-sembunyian bermain menyorok dan mencari-cari; bersembunyi 1. berlindung (diri) supaya tidak kelihatan, menyorok: mereka masuk ~ di dlm rumah Menteri Besar yg telah kosong itu; 2. tidak mengatakan (memberitahukan) dgn sebenarnya, berahsia: jangan kamu ~ lagi, katakan sahaja dgn terus terang; menyembunyikan 1. melindungkan (menutup dll) supaya tidak kelihatan, menyorok-kan: maka Pak Lebai pun sampailah di tempat anjing itu ~ dirinya; di situlah tempat ia ~ hartanya yg baik-baik; 2. tidak mencerita-kan (sesuatu), merahsiakan: ia tidak dapat ~ perasaan hatinya; kerani itu juga mungkin bersubahat ~ rahsia ini; spt harimau ~ kuku-nya prb orang yg hendak menyorok-nyorok-kan kelebihan dirinya; tersembunyi tidak kelihatan, terlindung, dirahsiakan: apakah yg ~ di sebalik kebaikan hatinya itu?; tujuan yg ~ dan kemahuan nafsu yg terpendam; tersembunyi-sembunyi dgn diam-diam (berse-lindung), tersorok-sorok; persembunyian tempat bersembunyi (menyembunyikan): lima bilah pedang telah dijumpai di tempat ~ samseng-samseng di Lorong Pudu; penyembunyian perbuatan menyembunyikan; penyembunyi orang yg menyembunyikan sesuatu: ~ harta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sembunyi | tidak dpt dilihat kerana terlindung. sembunyi-sembunyi secara tidak dpt dilihat atau tidak diketahui orang: Dia membuat kerja itu ~. bersembunyi berlindung diri supaya tidak dpt dilihat; menyorok: Dia ~ di balik pintu. menyembunyikan 1 menaruh sesuatu supaya tidak dilihat orang; melindungkan; menyorokkan: Budak-budak nakal telah ~ kasutnya. 2 tidak memberitahukan sesuatu; merahsiakan: Janganlah kamu semua hendak ~ perkara itu drpd kami. tersembunyi tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; terlindung; tersorok: Mereka menggunakan tongkat besi yg tajam utk mencari telur yg ~ itu. persembunyian 1 tempat menyembunyikan sesuatu; tempat bersembunyi. 2 perbuatan atau hal bersembunyi. penyembunyian perbuatan atau hal menyembunyikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |