| sosial demokrasi | faham atau ajaran yg bertujuan membangunkan masyarakat secara damai utk mencapai masyarakat sosialis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| demokrasi | (démokrasi) 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas; berdemokrasi mengamalkan atau berasaskan prinsip-prinsip demokrasi; mendemokrasikan menjadikan berdemokrasi, menjadikan sesuatu berasaskan demokrasi; pendemokrasian perihal (tindakan, proses, dsb) mendemokrasikan: ~ pilihan raya; ~ pendidikan peluang mendapat pendidikan bermutu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mencita-citakan | 1. mengangankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan: dia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yg dicita-citakan itu akan musnah; 2. membayangkan dlm fikiran, menggambarkan (melukiskan) kpd: dlm ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yg akan dibentuk utk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mencita-cita | 1. mengangankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan: dia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yg dicita-citakan itu akan musnah; 2. membayangkan dlm fikiran, menggambarkan (melukiskan) kpd: dlm ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yg akan dibentuk utk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sosial | 1. segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan: kedudukan ekonomi dan ~nya pd masa ini belum begitu kuat; 2. berkaitan dgn persahabatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang: kelab ~; aktiviti ~; 3. suka bergaul dan bermesra: gadis yg ~; 4. bkn hal-hal kemasyarakatan: pemimpin yg ~; perjumpaan ~ keramaian; ~ demokrasi faham atau ajaran yg bertujuan membangunkan masyarakat secara damai utk mencapai masyarakat sosialis; ~ demokrat penganut atau penganjur faham sosial demokrasi; bersosial bercampur gaul (biasanya dimaksudkan antara lelaki dgn perempuan): pemuda pemudi yg pandai ~ dan menyesuaikan diri dgn kehendak-kehendak zaman; kesosialan perihal sosial: kerana perasaan ~nya, beliau selalu disukai orang dlm pergaulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cita I | 1. rasa, perasaan; 2. keinginan, hasrat; 3. gagasan, idea; 4. sl cipta, angan-angan, fikiran: kecil hati rupanya nyata, diangkanya kakang berubah ~; 5. cinta, rindu (akan): jikalau anakanda sesak sukar sesuatu hal, bakarlah kemenyan mandung jati itu, ~lah nama ayahanda, nescaya datanglah ayahanda; cita-cita 1. harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur; bercita-cita 1. ada cita-citanya, mempunyai cita-cita: kita bukan hidup sbg haiwan yg tidak ~; 2. berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan): sbg pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yg bebas dan aman makmur; mencita sl menciptakan, mewujudkan sesuatu dgn kuasa batin (sakti): masing-masing pun ~ saktinya pula lalu menjadi naga turun ke dlm laut; pucuk dicita ulam mendatang prb yg diperoleh lebih drpd yg dikehendaki; mencita-cita, mencita-citakan 1. mengangankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan: dia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yg dicita-citakan itu akan musnah; 2. membayangkan dlm fikiran, menggambarkan (melukiskan) kpd: dlm ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yg akan dibentuk utk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| parti | 1. = ~ politik satu golongan (kumpulan) orang yg bergerak utk tujuan (dasar dll) yg sama dlm politik: ~ Perikatan; ~ Rakyat; ~ pemerintah; ~ pembangkang parti politik yg menjadi penentang parti(-parti) politik lain yg memegang teraju kerajaan; ~ pemerintah parti politik yg menjadi pemerintah atau menubuhkan kerajaan sesebuah negara; 2. perjumpaan sosial utk bersuka-sukaan: mengadakan ~ di rumahnya; berparti 1. mengikut (menjadi ahli) sesuatu parti politik; 2. menurut (berdasarkan) parti politik: pemerintahan secara ~ sudah tidak dapat dielakkan terutama di negeri-negeri demokrasi; kepartian perihal parti (politik), yg berasaskan atau mengenai parti: julukan kanan dan kiri digunakan utk membezakan jenis aliran ~; maka dlm konteks ini politik ~ begitu dominan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |