| spektroskop /spéktroskop/ | alat utk menguraikan cahaya putih dan utk memeriksa cahaya berwarna yg terurai. | Kamus Pelajar |
| spektroskop | /spéktroskop/ alat utk menguraikan cahaya putih dan utk memeriksa cahaya berwarna yg terurai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| spektroskop | (spéktroskop) (Fiz) alat optik utk menghasilkan dan memeriksa spektrum cahaya atau sinaran drpd sebarang sumber. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| spektrograf | (spéktrograf) (Fiz) spektrometer atau spektroskop yg menghasilkan rakaman fotograf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| spektroskopi jisim | kaedah analisis utk menentukan jisim atom atau molekul dgn menggunakan spektroskop. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| spektroskopi | (spéktroskopi) kajian tentang spektrum, terutamanya aspek penghasilan, penyukatan, dan pentafsiran spektrum; ~ inframerah kaedah analisis yg mengukur julat panjang gelombang inframerah yg diserap oleh sesuatu bahan sampel utk membolehkan atom atau kumpulan atom dlm molekul sampel dikenal pasti; ~ jisim kaedah analisis utk menentukan jisim atom atau molekul dgn menggunakan spektroskop. | Kamus Dewan Edisi Keempat |