| keadaan tunggu(wait state) | 1. Keadaan proses yang terpaksa menunggu sehingga capaian atau carian selesai untuk mendapatkan data sebelum pemprosesan diteruskan. 2. Keadaan ketika unit pemprosesan pusat melahu (iaitu tidak melakukan sebarang tugas berfaedah) dan menunggu tindakan lanjut pengguna. | Kamus Komputer |
| keadaan output(output state) | 1. Sifat atau status bahagian output peranti atau saluran pada sesuatu ketika. 2. Sifat data atau maklumat selepas pemprosesan selesai. | Kamus Komputer |
| mesin keadaan terhingga(finite state machine) | Peranti pengkomputeran yang dimodelkan pada struktur yang terdiri daripada nod dan lengkung yang menyambungkan satu nod ke nod lain. Bermula dari nod mula, pemprosesan akan berpindah ke salah satu nod terhingga jika wujud keadaan tertentu, dan jika terdapat lebih daripada satu nod, peranti ini boleh ditentukan sebagai nod akhir. | Kamus Komputer |
| gambar rajah keadaan terhingga(finite state diagram) | Gambar rajah yang terdiri daripada nod keadaan dan lengkung yang menyambungkan satu nod dengan nod lain. Bermula dari nod mula, pemprosesan berpindah ke salah satu nod terhingga, jika keadaannya wujud. Lebih daripada satu nod boleh ditentukan sebagai nod akhir. | Kamus Komputer |