| penyata sepunya(common statement) | 1. Kenyataan atau ayat yang digunakan pada lebih daripada satu pengguna atau atur cara. 2. Kenyataan yang menetapkan suatu sumber supaya dapat digunakan secara sepunya oleh beberapa proses. | Kamus Komputer |
| kenyataan umpukan(assignment statement) | Kenyataan yang digunakan dalam bahasa pengaturcaraan untuk memberi nilai kepada pemboleh ubah atau fungsi. | Kamus Komputer |
| kenyataan tutup(close statement) | Kenyataan atau suruhan yang digunakan dalam atur cara sebagai penutup subrutin atau tatacara atur cara. | Kamus Komputer |
| kenyataan tindakan(action statement) | Kenyataan yang memberitahu komputer tentang tindakan yang perlu diambil. | Kamus Komputer |
| kenyataan tertutup(closed statement) | Kenyataan dalam atur cara yang sudah ditutup dan tidak boleh dikembangkan lagi. | Kamus Komputer |
| kenyataan pengisytiharan(declarative statement) | Kenyataan yang terdiri daripada suruhan atur cara dalam bentuk simbolik yang digunakan untuk menentukan nilai, ciri, atau fungsi pemboleh ubah, pemalar, atau proses dalam atur cara. | Kamus Komputer |
| kenyataan kawalan(control statement) | Kenyataan yang mengandungi maklumat bagi menentukan cara atau arah aliran pelaksanaan atur cara atau arahan pengawalan bagi CPU. Kenyataan ini boleh diberikan oleh pengguna secara langsung atau dimasukkan ke dalam atur cara. | Kamus Komputer |
| kenyataan bersyarat(conditional statement) | Kumpulan suruhan atur cara yang akan hanya dilakukan jika syarat yang ditetapkan dipenuhi. | Kamus Komputer |