Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suk


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lompat Iperbuatan bergerak dgn cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki dr tanah terus ke atas atau ke depan, loncat: ~nya jauh; ~ (ber)galah (Suk) acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lombol bergalah; ~ gagak terjengket-jengket (berjalan); ~ jauh (Suk) acara loncat jauh; ~ kangkang lompat sambil membuka kedua-dua kaki; ~ katak sj permain­an kanak-kanak (meloncat, melampaui belakang orang); ~ kijang (Suk) a) acara meloncat, melangkah, dan meloncat; b) loncat dgn melangkaui satu loncatan; ~ pagang loncat melampaui gawang; ~ pagar (Suk) perlumbaan melompat pagar oleh pelari, kuda, dll; ~ parti keluar drpd keanggotaan sesebuah parti politik utk menyokong atau menganggotai parti politik yg lain; ~ sehari (dua hari) selang sehari (dua hari), lat sehari (dua hari); ~ tali a) meloncat ke kiri ke kanan tali yg direntang; b) meloncat tali yg diayun dan dipusing (permainan kanak-kanak); ~ tinggi (Suk) acara meloncat melampaui suatu rin­tangan yg dapat ditinggikan atau direndah­kan; se~ hidup, se~ mati prb perihal orang sakit yg hampir maut (entah hidup entah mati); berlompatan, berlompat-lompatan me­loncat beramai-ramai, meloncat ke sana sini: budak-budak itu ~ keluar apabila mendengar bunyi kereta; mereka ~ dan saling mengejar; melompat mengangkat kedua-dua kaki drtanah dsb terus ke atas atau ke depan, me­loncat: ia ~ turun ke tanah; melompati 1. melompat melampaui, meloncati: ia lari keluar dgn ~ pagar; 2. melompat (keatas) kpd seseorang atau ke sesuatu, mener­kam, menerpa: dgn geram, ia ~ musuhnya; melompatkan menyebabkan (membawa) melompat, meloncatkan: ia ~ kudanya ke dlm parit; terlompat 1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat: tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2. terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia itu ~ drpd mulut­nya, walau dlm berhandai-handai sekalipun; perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan; terlompat-lompat sl melompat-lompat: maka dua ekor kijang itu datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari; lompatan 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan, dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam kaki; 4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di temasya olahraga itu; pelompat orang yg melompat (dlm sukan); sepelompat, sepelompatan jarak satu lompat, sejauh orang dapat melompat.Kamus Dewan Edisi Keempat
voli(Suk) tendangan atau pukulan balik (dlm bola sepak, tenis dsb) yg dilakukan sebelum bola menyentuh tanah: seseorang pemain dikira membuat ~ jika ia memukulnya sebelum bola itu menyentuh gelanggangnya setelah dipukul oleh pihak lawan.Kamus Dewan Edisi Keempat
triatlon(Suk) pertandingan olahraga yg menghendaki setiap peserta menyertai tiga acara yg berlainan, iaitu renang, lumba basikal dan larian jarak jauh.Kamus Dewan Edisi Keempat
ofsaid(Suk) berada di luar kawasan yg dibenar­kan bermain sehingga menjadi suatu kesalah­an (bkn pemain bola sepak, hoki dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
lombol(Suk) salah satu acara dlm gimnastik; ~ bergalah acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn meng­gunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lompat (ber)galah.Kamus Dewan Edisi Keempat
ining(Suk) (dlm kriket atau besbol) giliran seseorang pemain atau sesuatu pasukan membuat pukulan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hatrik(Suk) penjaringan tiga gol oleh pemain yg sama dlm satu perlawanan bola sepak: beliau hampir memperoleh ~ tetapi sepakan percumanya pd minit-minit terakhir terkena palang.Kamus Dewan Edisi Keempat
futsal(Suk) sj permainan bola sepak yg terdiri drpd lima orang pemain sepasukan, yg gelanggangnya sebesar gelanggang bola keranjang.Kamus Dewan Edisi Keempat
forwad(Suk) pemain atau kedudukan barisan penyerang (bkn permainan bola sepak, hoki dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
pentatlon(péntatlon) (Suk) pertandingan olahraga yg menghendaki setiap pesertanya mengambil bahagian dlm lima acara yg berlainan.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas