| banyak | 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak;~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ lemak a) mempunyai atau diselaputi lemak yg banyak (bkn bahagian tubuh): alat itu digerakkan di bahagian yg ~ lemak selama kira-kira 15 minit; b) ki berkelakuan yg keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (bkn perilaku seseorang): “Sekarang kau dah ~ lemak.”; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;sebanyak sama banyak: tidak ada wangku ~ itu; sedikit ~ sekurang-kurangnya;banyak-banyak 1. dlm jumlah yg banyak: pagi-pagi buta dia akan pergi ke pasar membeli sayur ~; 2. sungguh-sungguh, amat sangat: terima kasih ~;sebanyak-banyaknya sebanyak mungkin: ~ dapat diberi hanyalah sepuluh ringgit; berbanyak-banyak beramai-ramai, bersama-sama dlm bilangan yg banyak: mereka menyerbu ~;membanyaki 1. memperbanyaki; 2. menyerang (mengerjakan, mendatangi dsb) beramai-ramai, memperamaikan;memperbanyaki menjadikan banyak, menambah agar menjadi banyak: ~ ahli agar parti menjadi kuat;membanyakkan 1. menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak, menambah banyak: dia meminta supaya kerajaan ~ lagi bantuan kpd sekolah-sekolah Melayu; 2. = memperbanyakkan mendarabkan, mengalikan, menggandakan: ~ 25 dgn 4;memperbanyak menjadikan lebih banyak, membuat supaya menjadi lebih banyak;terbanyak paling banyak, terlampau banyak: parti itu mempunyai suara yg ~ dlm parlimen;banyakan Jk barangkali, mungkin sekali;kebanyakan 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak;perbanyakan pergandaan, perkalian; melakukan ~ mendarab;pembanyakan perihal (perbuatan, tindakan dsb) membanyakkan: salah satu syor yg terkandung dlm penyata itu ialah ~ sekolah pertukangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyukacitakan | menyebabkan jadi sukacita, menjadikan sukacita, menggirangkan, menggembirakan: Rasulullah sentiasa mencari jalan yg ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sukacita | senang hati, suka hati, kegembiraan, kegirangan: kanak-kanak yg pandai akan berasa ~; mereka dgn ~ mengambil peluang ini; bersukacita bergirang (bersenang) hati, beriang hati, bergembira: sampaikan aku ke karang cinta, di sanalah tempat ~; menyukacitakan menyebabkan jadi sukacita, menjadikan sukacita, menggirangkan, menggembirakan: Rasulullah sentiasa mencari jalan yg ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sukacita | 1 perasaan senang hati; kegirangan: Dgn ~nya dimaklumkan bahawa anakanda telah pun lulus dlm peperiksaan yg lalu. 2 girang hati; gembira; senang hati: Tatkala Taj-ul-Muluk dilahirkan, ayahandanya sangatlah ~. bersukacita berasa sukacita; beriang hati; bergirang hati. menyukacitakan menjadikan sukacita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| taruh | 1. wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: tidaklah berani orang Kemboja me-lawan ayam Raja Chulan sebab ayamnya sangat bertuah konon, lagipun ~nya terlalu besar; 2. cagaran utk barang yg digadai dll, sandaran, tanggungan: diberikannya gelang emasnya sbg ~; 3. bp = menaruh menempatkan, meletakkan, membubuh: tempat ~ basikal; 4. bp = menaruh menyimpan: saya ada ~ satu bungkusan surat kepunyaan saudara saya; ~ beras dlm padi prb menyimpan rahsia baik-baik; ~ mata melihat, memerhatikan, meng-awasi; ada beras ~ dlm padi, ada ingat ~ dlm hati prb kalau ada sesuatu cita-cita yg diingin-kan tidak perlulah dikhabarkan kpd orang sebelum dikerjakan; tidak dapat ~ muka malu melihat (dilihat) orang;bertaruh 1. memasang taruh (dlm perjudian), bertagan: adakah orang hendak menyabung ~ begitu kecil? 2. memastikan (menjamin) dgn membubuh taruh: saya berani ~ mereka itu masih bersekolah; ~ sirih menghantar sirih utk menempah bidan; bertaruhan saling memasang taruh (dlm perjudian), saling bertagan: mereka secara berkelakar ~ seorang dua puluh lima ringgit; bertaruhkan 1. bertaruh (bertagan) dgn, me-masang taruh dgn: mereka ~ wang; 2. sl menyerahkan supaya dididik, menyuruh me-melihara, mengamanahkan, menitipkan: maka Bendahara pun ~ anak raja itu kpd saudagar itu; menaruh 1. meletakkan, menempatkan: ada sebuah rumah batu tempat ~ barang dagangan; 2. membubuh, menambah: lemang itu lebih sedap rasanya jikalau ditaruh banyak santan kelapa; 3. memberi atau membubuh (nama dll): maka ditaruhnya nama anaknya itu Syeikh Abdul Kadir utk mengambil berkat nama bapanya; 4. menentukan atau meletak-kan (harga): harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi; 5. memasang taruh, bertaruh: dia ~ lima ringgit dgn kawannya dlm perlawanan tinju itu; 6. menyuruh simpan (bela, pelihara), mengamanahkan, menitip: murid-murid boleh ~ basikal mereka di sini; 7. menyimpan (wang dll), menabung (wang), menanam (modal): mereka digalakkan supaya ~ wang di dlm bank tersebut; 8. memelihara (binatang dll), membela: adalah Raja Iskandar Shah itu ~ seorang gundik; 9. memiliki, mempunyai: anakanda hendak mencari orang yg ~ burung borak; 10. menyimpan (dlm hati), merahsiakan sesuatu: dia itu tidak boleh dipercayai kerana tidak pandai ~ rahsia; 11. mempunyai perasaan (kasih, sayang, cinta, dendam, benci, dll), mempunyai (minat, kepercayaan, dll): ada juga seorang dua yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya ini; 12. tidak menggunakan (barang-barang), menyimpan: bagaimana datuk ini bagai pak si Bendul, diberi raja usungan ditaruh?~ bimbang berasa bimbang; ~ dendam ber-perasaan dendam; ~ fikiran mempertimbangkan; ~ hati mencintai, suka kpd; ~ kasihan berasa kasihan; ~ keberatan berasa enggan; ~ mata melihat, memerhatikan; ~ perhatian memberi perhatian; ~ syak berasa syak (curiga, waswas);menaruhi 1. menaruh (meletakkan, me-nyimpan, dll) di; 2. memasang taruh pd: dia ~ ayam putih itu;menaruhkan menaruh atau menyimpan utk orang lain;mempertaruhkan 1. menyuruh orang lain menyimpan (menyelenggarakan, menjaga, dll), mengamanahkan (kpd), menitipkan: ia hendak ~ anak cucunya kpd aku; 2. menye-rahkan (jabatan, pekerjaan, dll) kpd: sudah tiba masanya utk ~ jawatan itu kpd seorang yg lebih muda; 3. mencagarkan, meng-gadaikan: kerismu itu cukup utk dipertaruh-kan dgn rialku seratus ini; 4. memasang sbg taruhan (dlm perjudian): raja itu ~ negerinya dlm persabungan; 5. menyabung nyawa, mengorbankan (nyawa dll): dia sanggup ~ jiwanya utk menjaga nama baik keluarga-nya; 6. = menaruh menanam modal (dlm pasaran saham): dgn ~ RM2000 dlm stok, kamu boleh mendapat mendapat keuntungan yg banyak; taruhan 1. = pertaruh, petaruhan wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: 50 sen sahaja ~ saya pd nombor 21; 2. sesuatu yg disuruh simpan (selenggara dll), titipan; 3. cagaran, gadaian: adat orang berhutang, tiada ~ ditangguh, tiada tangguhan cagaran, tiada cagaran ikutkan; 4. simpanan: wang ~; 5. (barang) yg hanya dipakai utk sesuatu upacara (spt pesta, majlis perkahwinan, dll): ayuhai Kembang, inilah kain ~ beta; 6. pengorbanan (nyawa dll), sabungan nyawa: termakan budi besar celakanya, kadang-kadang nyawa dan badan jadi ~nya; 7. (anak) yg dicintai (dikasihi): segala anak-anak dara ~ sekaliannya ber-terpaan hendak melihat Raja Zainal; anak ~; gadis ~ gadis pingitan; 8. hadiah yg ditawar-kan (kpd orang yg menangkap pengganas dll); pertaruhan 1. perihal bertaruh; 2. = pena-ruhan tempat menaruh, tabungan: bertahun-tahun kemudian, barulah wang itu keluar drpd ~, kadang-kadang utk belanja ke sekolah; 3. simpanan, titipan; berpenaruhan ark berada, berharta, kaya; pertaruh 1. sesuatu yg dipertaruhkan (cagaran, tanggungan, dll); 2. titipan: adapun ~ akulah anak kita Hussain kpd Bendahara; 3. nasihat (ajaran) yg baik; 4. amanat, pesanan, wasiat: segala ~nya itu dijalankan; petaruh orang yg bertaruh; berpetaruh 1. memberi petaruh, menasihat; 2. berpesan, berwasiat: dia ~ benar melarang orang menyentuh barang itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ada | 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menyebabkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; b) selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!”; seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada: hidangan ~ sudah sedia; adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk; adalah 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~; ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga; adapun mengenai, perihal: dapat dikemukakan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga; berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain; mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan kelakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkatakan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau? mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; mengada-adakan mengadakan atau menimbulkan dsb sesuatu (spt cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya; keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di sesebuah negara semasa berlaku peperangan; ~ hidup kaum nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan; ~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi; berkeadaan (berada) dlm keadaan (kedudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu petang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| senyum | 1. gerak bibir yg ternaik pd hujungnya yg membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara: perempuan muda itu kelihatan memberikan ~ manisnya kpd laki-laki itu; 2. menggerakkan bibir hingga ternaik sedikit hujungnya bagi mem-bayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara: “~, ~,” kata ayah sebelum memetik kamera; ~(-senyum) kambing senyum yg dibuat-buat utk mengejek; ~ kanyur senyum yg dibuat-buat (ketika marah); ~ kucing Kl senyum yg mengandungi sesuatu muslihat; ~ manis senyum yg menarik sekali (menampakkan kejelitaan seseorang); ~ mesra a) senyum yg menunjukkan rasa mesra; b) sj kuih drpd tepung yg dicampur dgn berbagai-bagai ramuan; ~ raja senyum yg dibuat-buat (tidak mengan-dungi apa-apa makna); ~ serong-serong bahasa senyum sedikit sahaja; ~ simpul senyum yg menandakan gembira (geli hati, dll); ~ sinis senyum yg dibuat-buat kerana mengejek (me-nyindir); ~ sumbing senyum sedikit sahaja; ~ tawar senyum yg dibuat-buat ketika berduka-cita (dlm kecewa dll); senyum-menyenyum saling tersenyum: sudah luput segala tunduk-menunduk, ~ serta tegur-menegur; menyenyumi melahirkan senyuman kpd: dia ~ si pelacur tua secara sinis; tersenyum melahirkan senyum: Wan Intan ~ berkulum melihat temasya yg berlaku di hadapannya itu; tersenyum-senyum mengeluarkan senyum yg berulang-ulang dan agak berpanjangan, tersenyum berulang-ulang atau dgn agak ber-panjangan: beberapa orang mahasiswa ke-lihatan ~ memandang gelagat kami; dia ~ mendengar segala janjiku itu; senyuman hasil tersenyum: ~nya menyejuk-kan hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cacat | kekurangan atau keadaan kurang sempurna (lengkap, baik) pd badan (benda, perbuatan, akhlak, batin, dll), cela; barang ini ~ sedikit rosak (kurang elok) sedikit; apa ~nya kalau kita menjemput dia apa buruknya (malunya, ruginya, celanya) kalau menjemput dia; ~nya sedikit, lampu di situ agak terang sayang lampu di situ agak terang; ~ akal tidak waras; ~ anggota cacat pd anggota (spt tidak bertangan dll); ~ cedera (cela, cida) bermacam-macam cacat; bercacat mempunyai cacat, bercela; mencacat mengatakan keburukan seseorang atau sesuatu, mencela: bangsa Melayu tidak dicacat dan dibencinya; mencacati 1. menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dsb): jangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu; 2. mencabul, menodai: ~ nama baiknya sendiri; ~ undang-undang melanggar undang-undang; mencacatkan menjadikan atau menyebabkan cacat: rokok juga boleh ~ bayi; tercacat tercela; cacatan celaan, kecaman, kritik: jika mendapati apa-apa perkara yg tidak munasabah dlm cerita ini, janganlah hendaknya menjadi ~; kecacatan perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll; pencacat orang yg suka mencacat(i), pencela, pencerca. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jalan | 1. tempat lalu lintas (utk orang, kenderaan, dll): belanja membuat ~; 2. tempat yg harus dilalui atau dilintasi supaya sampai ke tempat (ruang) tertentu, laluan: tolong tunjukkan ~ ke rumah datuk penghulu; ~ laut laluan yg diikuti di laut utk pergi ke sesuatu tempat; 3. gerakan (kereta, enjin, dll): kereta itu sangat laju ~nya; jam itu cepat ~nya; 4. perkembangan sesuatu peristiwa (cerita, perundingan, dll): ~ cerita; 5. cara, ikhtiar, usaha: semua ~ utk mencapai perdamaian telah pun difikirkan; itulah ~ yg baik sekali utk kamu; mencari ~ berikhtiar, berusaha; 6. bp dapat diterima (atau dipakai), laku, berhasil: temberang engkau itu tak ~ di sini; 7. Id perangai, tingkah laku; 8. bp berangkat, pergi (meninggalkan sesuatu tempat): selamat ~; ~ bahasa cara penggunaan bahasa yg khas dlm sesuatu bahasa; ~ belakang a) jalan masuk melalui pintu belakang; b) ki cara melakukan sesuatu dgn tidak mengikut peraturan yg telah ditentukan; ~ buntu a) jalan yg tidak bersambung lagi; b) = menemui ~ buntu terhenti (mesyuarat dll) kerana tidak ada kata sepakat, kandas; ~ cagak (tiga, empat, dll) jalan yg bercabang (tiga, empat, dll); ~ damai cara (ikhtiar) mencapai perdamaian; ~ enam tahun belum genap enam tahun; ~ fikiran cara pemikiran; ~ jajahan Id jalan kecil, lorong; ~ keluar a) jalan utk keluar (dr sesuatu tempat); b) cara utk menyelesaikan sesuatu perkara (masalah dll); ~ kereta api landasan kereta api; ~ masuk jalan utk masuk ke sesuatu tempat atau kawasan; ~ mati jalan yg tidak digunakan lagi; ~ memintas = ~ rentas jalan potong (yg lebih pendek) yg merentasi atau memintas sesuatu kawasan; ~ nafas rongga tempat nafas keluar masuk; ~ pengajaran cara menyusun dan memberikan pelajaran; ~ raya jalan besar; ~ samping a) jalan kecil yg selari dgn jalan besar; b) jalan di tepi rumah; ~ sehala jalan yg boleh dilalui kenderaan yg bergerak satu hala sahaja; ~ serap jalan kecil yg hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap dilalui); ~ serong a) jalan bengkok; b) niat jahat; c) perbuatan yg tidak baik; ~ simpangan jalan yg menyimpang dr jalan besar; ~ simpang tiga (empat) jalan yg bersimpang tiga (empat); ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kompleks, kedai dsb; ~ tengah a) jalan yg terletak di tengah; b) keputusan (pendapat) yg diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yg berbeza; ~ tikus jalan yg kecil (yg terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan); ~ umum jalan utk semua orang dan kenderaan; ~ diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas prb adat istiadat dlm suatu negeri diubah oleh orang asing yg menempat di situ (suatu keaiban); ~ di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak prb kalau merantau di negeri orang hendaklah bersopan santun; ~ mati lagi dicuba, inikan pula ~ binasa prb orang yg berani itu tidak membilang lawan atau memilih perbuatan; ~ raya titian batu prb adat atau aturan yg telah lazim dr dahulu dan belum berubah-ubah; ~ spt orang berak di tengah ~ prb sindiran kpd orang yg pemalu; sedepa ~ ke muka, setelempap ~ ke belakang prb hal orang yg maju ke muka utk mencapai cita-citanya; seiring bertukar ~ prb mempunyai haluan (tujuan) yg berbeza; sekali ~ terkena, dua kali ~ tahu prb seorang hanya boleh ditipu sekali sahaja; sesat di hujung ~ balik ke pangkal ~ prb kalau berbuat salah pd peringkat akhir hendaklah disusul kembali kpd asalnya; sejalan 1. sama arah (tujuan, pemikiran, dll): hujah mereka ~ dgn hujah kami; 2. bkn garisan selari, sejajar; dua garisan ~ dua garisan yg sejajar; saudara ~ jadi saudara seibu; berjalan 1. bergerak (ke depan dll) dgn kaki: setelah diberi isyarat kanak-kanak itu pun mulai ~; 2. bergerak dr satu tempat ke tempat lain: kereta api itu ~ dgn lajunya menuju ke pelabuhan; 3. berangkat, pergi (menuju) ke: ... baiklah engkau bawa sedikit bekalan sebab engkau hendak ~ jauh; 4. berlangsung, berlaku, terjadi: persidangan itu ~ dgn lancarnya; peraduan itu akan ~ selama tiga bulan; ~ darat pergi ikut jalan darat (tidak ikut jalan laut atau udara); ~ kaki berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan dll; ~ serong (bersikap) tidak jujur; ~ dr pintu belakang prb tidak mengikut peraturan yg ditentukan, tidak jujur; ~ jauh banyak dilihat prb orang yg banyak merantau akan mendapat banyak pengalaman; ~ peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah = ~ selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan prb dlm melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah senantiasa berhati-hati; ~ sampai ke batas, belayar sampai ke pulau prb hendaklah mengerjakan sesuatu pekerjaan itu hingga selesai; berjalan-jalan 1. bersiar-siar makan angin dgn berjalan kaki: Ali pergi ~ bersama isterinya di tepi pantai itu; 2. melancong: setiap musim cuti, mereka pergi ~; menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan; menjalankan 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan, dll): dia cuba ~ kereta itu tetapi tidak berjaya; sesudah ayahnya meninggal, Alilah yg ~ perusahaan itu; 2. mengerjakan (tugas dll), melaksanakan: Pak Leman tidak berasa susah atau berat utk ~ tugasnya sbg seorang penarik beca; terjalan dapat berjalan: dia keletihan dan tidak ~ lagi; jalanan bp 1. jalan, lorong; 2. dlm perjalanan; perjalanan 1. perihal berjalan (bergerak), gerakan: dia bertanggungjawab atas ~ pejabat; bertanggungjawab mentadbir ~ koperasi; 2. = kejalanan ark perihal berpergian (kepergian): ibunya meninggal dlm ~ ke Mekah; 3. pengaliran: kotoran menghalang ~ minyak itu; penjalan ark 1. (orang) yg menjalankan (kereta, perintah, dll): ~ kereta kuda itu ialah seorang tua yg berjanggut; 2. orang yg suka berjalan; pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki (di jalan raya dsb): masih banyak ~ kaki yg tidak mematuhi peraturan ketika menyeberangi jalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tipis | 1. tidak tebal, nipis (barang pipih spt kertas, kaca, dll): bajunya drpd kain ~; 2. kurang tebal lapisannya (bkn cat dll): ia memakai bedak sedikit, ~, hampir tidak kelihatan; 3. kurang padat (bkn asap, awan, dll): cuaca petang amat baik, awan putih ~ melindungi matahari; 4. kurang terang (tulisan): tulisannya ~; 5. sedikit sahaja (tidak besar), hampir tidak ada: harapan kita utk melahirkan penulis-penulis yg agung dgn karya-karya yg besar agak ~; kemungkinan tercapainya keamanan yg berkekalan sangat ~; 6. sangat sedikit, tinggal sedikit: tidak sedar duit ~ di saku kerana asyik berjoli; mendapat keuntungan ~ mendapat keuntungan yg sangat sedikit;~ bibirnya = bibirnya ~ ki a) pandai (suka) berkata-kata; b) mudah berkata yg bukan-bukan, lancang mul t, cerewet; ~ telinga lekas naik radang (oleh kata-kata yg membangkitkan kemarahan); menipis 1. menjadi tipis; 2. makin berkurang (menjadi sedikit, menghilang, dll): harapannya mencapai cita-citanya makin ~; kabus di puncak bukit di kampung itu kian ~; menipiskan menjadikan tipis (berkurang, hampir habis, dll): ~ getah dgn mesin; per-buatan curangnya ~ kepercayaan orang ter-hadapnya; ketipisan perihal atau keadaan tipis, perihal sedikit sahaja terdapatnya sesuatu: ~ minat; penipisan (proses atau perbuatan) menipis atau menipiskan: tetroflurokarbon menyebabkan ~ lapisan ozon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |