Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lukah Isj alat utk menangkap ikan (yg mem­bolehkan ikan masuk tetapi tidak boleh keluar), bubu: dilihatnya orang mengambil ikan drpd ~nya; ~nya mengena ki tipu muslihatnya berhasil; menahan ~ memasang lukah; bagai ~, tak penuh oleh air prb perihal budak yg tidak berasa kenyang (selalu hendak makan sahaja); bagai menyandang ~ tiga prb men­jalankan (melakukan) pekerjaan yg sukar sungguhpun tidak berat; memasang (menahan) ~ di penggentingan prb mencari keuntungan dr kesempitan (kesukaran) orang; melukah menangkap ikan dgn lukah.Kamus Dewan Edisi Keempat
sukar1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah: perkara yg ~; sangat ~ membuat pekerjaan ini; 2. sl serba kekurangan, daif, miskin: mereka hidup dlm ~; 3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk: penyakitnya terlalu ~; 4. tidak mudah mendapat, jarang ada: wang ~ pd masa ini; mahal dibeli, ~ dicari prb sesuatu yg terlalu sukar diperoleh; orang ~ baharu kaya prb orang yg hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan); menyukarkan menjadikan sukar, menyulit­kan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; mempersukar menjadikan lebih sukar; kesukaran 1. perihal sukar, kesulitan, ke­susahan: ~nya makin bertambah; 2. men­derita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tangguh II1. sukar ditewaskan, kuat: tentera­nya yg ~ serta berani; 2. teguh (pendirian), tabah dan tahan (menderita dll), kukuh: pe­mim­pin yg ~;ketangguhan kekuatan, kekukuhan, kete­guh­an, keuletan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesukaran1. perihal sukar, kesulitan, ke­susahan: ~nya makin bertambah; 2. men­derita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerita1 pertuturan atau tulisan yg menerangkan sesuatu perkara (peristiwa dll); kisah: Mereka ternganga mendengar ~ bagaimana aku terselamat drpd perompak itu. 2 karangan (yg benar ataupun rekaan) yg mengisahkan sesuatu per­kara: ~ Abu Nawas. 3 lakonan (sandiwara atau wayang) yg dipertunjukkan atau ditayangkan: Lakonan dan teknik filem itu boleh dikatakan baik tetapi ~nya sukar difahami. 4 apa-apa yg dituturkan bohong belaka; omong kosong; dongeng; jangan banyak ~ jangan banyak bercakap yg tidak-tidak; itu ~ saja itu bohong belaka. ~ berbingkai sesuatu cerita yg di dlmnya banyak terdapat cerita lain (spt Hikayat 1001 Malam). ~ jenaka cerita-cerita yg menggelikan hati. ~ pendek cerita yg pendek saja tetapi lengkap; cerpen. ~ rakyat cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dlm se­suatu masyarakat, yg masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. ~ rekaan cerita ttg sesuatu perkara yg terhasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya; cereka. bercerita menuturkan sesuatu cerita: Ketika guru ~, murid-murid semuanya diam. menceritai bercerita kpd: Nenek ~ aku kisah kehidupan pd zaman Jepun. menceritakan 1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. pencerita­an hal atau perbuatan menceritakan. pencerita orang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepantasan1 hal cepat membuat sesuatu; kecepatan; kelajuan: Tina dpt menaip dgn ~ 40 patah perkataan seminit. 2 keadaan pantas: ~nya membuat kerja sukar ditandingi. 3 perihal mahir melakukan sesuatu; kemahiran; kecekapan: Amin menunjukkan ~nya menari di tempat yg licin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketagihan1 dlm keadaan ketagih; menderita ketagih: Dia ~ dadah. 2 keadaan atau rasa ketagih akan sesuatu: Terlalu sukar utk mengatasi ~nya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepantasan1 hal cepat membuat sesuatu; kecepatan; kelajuan: Tina dpt menaip dgn ~ 40 patah perkataan seminit. 2 keadaan pantas: ~nya membuat kerja sukar ditandingi. 3 perihal mahir melakukan sesuatu; kemahiran; kecekapan: Amin menunjukkan ~nya menari di tempat yg licin. Kamus Pelajar
mudah I1. tidak susah atau sukar, gampang, senang: sajak baru, bukanlah satu hasil seni yg ~ difahami; dgn takdir Allah Taala, Manjung pun alah dgn ~nya; 2. cepat atau lekas sekali (menjadi dll): ada setengah-se-tengah orang yg ~ menganggap bahawa pengarang itu seorang manusia yg luar biasa; kalau angin kencang, mungkin api yg meliuk-liuk lemah itu padam dgn ~nya; 3. bp senang diperdaya (perempuan), tidak kuat imannya; ~ jua pd yg ada, sukar jua pd yg tidak prb orang kaya dapat memenuhi adat apa pun jua sedangkan orang miskin se­galanya susah; bermudah-mudah menganggap senang sa­haja sesuatu pekerjaan, mengerjakan dgn tidak bersungguh-sungguh; memudahkan 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll), menyenangkan: utk ~ men-dapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka; 2. memandang atau meng­anggap tidak penting (mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat; memudah-mudahkan menganggap atau memandang ringan; mempermudah menjadikan lebih mudah: tujuan logaritma ialah hendak ~ kerja kiramengira biasa; mudah-mudahan; bukan ~ bukan perkara (hal dll) yg mudah; kemudahan 1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya se­suatu); 2. kesenangan, keselesaan: pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~ rakyat; 3. sesuatu yg memu­dahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~ awam perkhidmatan dan infra­struktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dsb; pemudahan perihal (perbuatan dsb) memu­dahkan; pemudah (orang) yg suka kpd perkara yg senang-senang sahaja; ~ cara orang (pihak) yg memudahkan sesuatu tindakan atau proses (spt pemindahan ilmu): sektor awam akan bertindak sbg ~ cara kpd perkembangan sektor swasta.Kamus Dewan Edisi Keempat
pahit I1. rasa spt rasa hempedu: terasa ~ sedikit minuman keras itu; mendapat kopi ~ a) mendapat kopi yg tidak bergula; b) kena marah; 2. ki menyakitkan hati, menyusahkan hati (perasaan): semua perkataannya ~ dan melukakan hati belaka; kenyataan yg ~; 3. ki tidak senang, susah, sukar, payah: betapa ~nya kehidupan orang-orang kampung; 4. sukar utk ditanggung atau diterima: peristiwa ~ yg diharungi mereka; ~(-pahit) darah panjang umur; ~ getir = ~ maung = ~ pahang kesulitan atau kesusahan yg bermacam-macam; ~ lepang Kl pahit benar; ~ meninggal (peninggal) a) bagai melekat di tekak (rasa pahit); b) sesudah di­makan baru terasa pahit; c) kemudiannya baru ternampak (terbukti) ketidakjujurannya; ~ peria Kl buruk (keji) tetapi berfaedah atau disukai; ~ dahulu, manis kemudian prb yg rumit (sulit dll) hendaklah dijelaskan atau dibincangkan dahulu (dlm perjanjian) supaya senang kemudiannya; sepahit; ~ semanis bersama-sama menderita dan bersuka; ~-pahit mambu, kelatnya menjadi ubat prb perkataan yg keras tetapi me­ngandungi pengajaran itu mendatangkan ke­baikan; berpahit-pahit 1. bersusah payah, bersusah-susah, berpayah-payah: ~ dahulu bermanis-manis kemudian; 2. berterus terang me­nyatakan sesuatu (yg buruk dan yg baik); memahitkan menyebabkan pahit, menjadi­kan pahit; kepahitan 1. perihal pahit; 2. ki kesusahan, kegetiran, penderitaan: sama-sama kami mengalami ~ hidup.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas