| gunjingan | umpat-mengumpat, perbualan (percakapan) memfitnah atau mengata-ngatai orang: masing-masing adalah spt ~ rendahan seorang suri rumah dgn suri rumah jirannya mengenai kejelikan seorang suri rumah lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gunjing | Mn fitnah, umpat; ~ gujirak (gujirat) berbagai-bagai fitnah; menggunjing memfitnah, mengumpat, mengata-mengatai (orang dsb); menggunjingkan memfitnahkan, mencaci (orang), memperkatakan keburukan (orang dsb); gunjingan umpat-mengumpat, perbualan (percakapan) memfitnah atau mengata-ngatai orang: masing-masing adalah spt ~ rendahan seorang suri rumah dgn suri rumah jirannya mengenai kejelikan seorang suri rumah lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| suri rumah tangga | isteri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| suri rumah (tangga) | isteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menstereotaipkan | membuat tanggapan stereotaip tentang seseorang atau sesuatu: bahasa yg ~ golongan wanita sbg golongan lemah, sbg suri rumah dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berpenghujung | ada penamatnya (kesudahannya, penghabisannya dsb): hari demi hari dia menanti bagaikan suatu penantian yg tidak ~; tugasnya sbg suri rumah memang tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| peranan | 1 watak (yg dilakonkan oleh peran). 2 tugas (bahagian, pekerjaan) yg dilakukan utk menjayakan sesuatu: Suri rumah tangga harus memainkan ~ yg penting dlm usaha menyemai dan memupuk minat membaca di kalangan murid. | Kamus Pelajar |
| limpapas rumah nan gedang | ki puji-pujian bagi perempuan yg menjadi suri rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| limpapas | Mn sj kupu-kupu yg besar; ~ rumah nan gedang ki puji-pujian bagi perempuan yg menjadi suri rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| stereotaip | (stéréotaip) tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dsb yg baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yg sering kali kedapatan (kedengaran dsb): pendekatan dan kaedah pengajaran amat ~, terkongkong, dan konvensional; temanya ~ tetapi perutusannya itu dipentingkan; menstereotaipkan membuat tanggapan stereotaip tentang seseorang atau sesuatu: bahasa yg ~ golongan wanita sbg golongan lemah, sbg suri rumah dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |