Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
senang1. (serba) mudah, tidak ada kesulitan (perkara yg susah-susah), tidak ada yg me-nyusahkan: kerja mereka ~ dan mudah; makanan yg murah dan ~ mendapatnya utk memberikan tenaga ialah karbohidrat; 2. suka, mesra: kalau begitu, saya tidak ~ kpd engkau lagi; 3. berasa puas (enak, nyaman, gembira, dll), rehat: sehari-hari disuruhnya belajar tak satu, satu, tidak boleh ~; belum pernah dia tidur tengah hari, atau berbaring-baring dgn ~nya melainkan sentiasa dlm pekerjaannya; 4. bahagia (hidupnya), tidak susah atau melarat: susah dan ~ kehidupan keluarga mereka, tidaklah menjadi peng-halang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. ki bersahaja (percakapan dll), tenang: Lili meneruskan kata-katanya dgn tenang dan ~;~ cakap mudah memperkatakan sesuatu tetapi mengerjakannya (mengusahakannya) belum tentu; ~ hati berasa puas (gembira); ~-lenang berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang; ~ sentosa sentiasa dlm aman bahagia; bersenang; ~ diri = bersenang-senang ber-buat sesuatu dgn senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka: kasihan, sepatut-nya engkau duduk ~-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; kita pun tualah sedikit, kita hendak ~-senang sentiasa; bersenangkan, bersenang-senangkan; ~ diri bersenang-senang; ~ lelah sl melepaskan lelah, berehat; menyenangi berasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai: dlm memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi oleh pihak kiri dan pihak kanan; saya lebih ~ teater; tidak ada suatu pun yg kusenangi; menyenangkan 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (per­jalanan): utk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. meng-gembirakan, menyuka­kan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesung-guhnya ~; 3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll), memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~; 4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang (bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga; kesenangan perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
merintang-rintangberbuat se­­­­suatu utk menyenangkan hati (meng­hilang­kan susah, menghabiskan waktu, dll): mujur ada pekerjaan penting yg ~ dia drpd fikiran kacau itu; dgn bekerja berat, kesusahan dlm rumah dapat jua dirintang-rintang;Kamus Dewan Edisi Keempat
merintang, merintang-rintang berbuat se­­­­suatu utk menyenangkan hati (meng­hilang­kan susah, menghabiskan waktu, dll): mujur ada pekerjaan penting yg ~ dia drpd fikiran kacau itu; dgn bekerja berat, kesusahan dlm rumah dapat jua dirintang-rintang;Kamus Dewan Edisi Keempat
rintang II1. sedang melakukan sesuatu, asyik atau sibuk (melakukan sesuatu): sekalian orang telah ~ dgn pekerjaan masing-masing; 2. sangat suka (melakukan sesuatu, bermain, dll): ~ main; ~ madat; merintang, merintang-rintang berbuat se­­­­suatu utk menyenangkan hati (meng­hilang­kan susah, menghabiskan waktu, dll): mujur ada pekerjaan penting yg ~ dia drpd fikiran kacau itu; dgn bekerja berat, kesusahan dlm rumah dapat jua dirintang-rintang; ~ anak menghiburkan anak supaya jangan menangis dll; ~(-rintang) fikiran meng­hilangkan rasa susah (dgn mengalih fikirannya kpd perkara lain spt bekerja, bermain, dll); ~(-rintang) hati menghiburkan hati; ~(-rintang) lelah (payah, penat) menghilangkan lelah (dgn berbuat sesuatu); ~ (-rintang) mata menjamu mata (dgn melihat benda yg indah-indah dll); ~(-rintang) waktu mengisi waktu lapang dgn berbuat sesuatu; perintang, perintang-rintang sesuatu yg di­­lakukan bagi merintang-rintang (hati, fikir­an, dll): mari kita menyanyi utk ~; ~ fikiran; ~ hati; ~ waktu (masa).Kamus Dewan Edisi Keempat
susah1. perasaan tidak puas hati (kerana sukar, sulit, dll), perasaan tidak senang: pekerjaan makan gaji itu memang ~ pd mulanya, tetapi kalau sudah biasa kelak menjadi senang; 2. tidak mudah (mendapat, mencari, dll sesuatu), sukar, sulit: masa itu memang ~ hendak membeli kain baju, kalau adapun harganya mahal-mahal; 3. = ~ hati tidak senang hati, sedih hati, dukacita: jangan ~, nanti ia akan kembali lagi; 4. serba kekurangan, miskin, papa: ~ dan senang kehidupan kaum ke­luarga, tidaklah menjadi penghalang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. kesukaran, kesulitan: adalah suatu ~ kepadaku sebab tidak tahu bahasa Hindustan itu; bersusah 1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dgn susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar mem­beritahu dunia luar bahawa dunia Arab ber­satu dlm hal itu; 2. = ~ hati berasa susah hati, berdukacita: dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi; menyusahi menjadikan (mendatangkan) su­sah, mengganggui: tak usah disusahi aku, bukannya apa-apa, aku cuma pening sahaja sedikit; menyusahkan 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. men­jadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacita­kan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan; mempersusah menjadikan lebih susah: jangan dibiarkan hati tersandung duka, jangan fikiran dipersusah; kesusahan 1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan: separuh drpd ~ yg dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan; 2. menanggung susah, kepayahan: janganlah kamu biarkan pd masa ia dlm ~ atau keuzuran.Kamus Dewan Edisi Keempat
sedih II1. = ~ hati berasa pilu (susah, hiba) dlm hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih; 2. menyebabkan rasa pilu (susah, hiba): Rosita menekan dadanya menahan gelora ~ pilu sukmanya; berita ~; cerita ~; bersedih = ~ hati berasa susah (pilu, hiba), berdukacita: dia ~ apakala anaknya dihukum bunuh; menyedihkan 1. menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati, memilukan, men­dukacita-kan: apa yg ~ hati adik? 2. berasa sedih kerana sesuatu: tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara itu; kesedihan perihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~; penyedih orang yg mudah berasa sedih (selalu berasa sedih).Kamus Dewan Edisi Keempat
merintihime­­­­­­­lahir­kan pe­­­­­­­­­­­­­­rasaan susah (sedih, kesal, kecewa, dsb) terhadap sesuatu: ~ nasib malang yg me­nimpanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyusahkan1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. men­jadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacita­kan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
meleraikan1. menceraikan, memisahkan (orang berkelahi dll): Cikgu Majid berkejar keluar hendak ~ budak yg sedang ber­tumbuk; penyakit jiwa susah hendak dilerai­kan drpd batin seseorang; 2. ki menjauhkan, menghindarkan (penyakit dll): ubat ini akan ~ penyakit selesema;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengubat1. memberi (mem-bubuh dsb) ubat supaya sembuh, menyembuh-kan dgn ubat: penyakit batuk kering ini sangat susah hendak ~nya; kalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi saya; ~ orang sakit; 2. menghibur, menyenangkan: cuma ini yg akan ~ hatiku apabila maut menjemput; 3. membetul-kan, memperbaik: kepincangan dlm masyarakat yg perlu diubati; bagi menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman ke atas penjenayah; 4. memulihkan: utk ~ keraguanku;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas