| menghebahkan | 1. menyiarkan, memberitahukan kpd orang ramai (melalui akhbar, televisyen, dll): pemimpin-pemimpin negara ~ rancangan pembangunan luar bandar kpd tamu-tamu luar negeri; 2. menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan (agama, fahaman politik, dll): Nabi Muhammad SAW ialah orang yg mula-mula ~ ajaran Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hebah | (hébah) Ar berita, pengumuman, siaran; menghebahkan 1. menyiarkan, memberitahukan kpd orang ramai (melalui akhbar, televisyen, dll): pemimpin-pemimpin negara ~ rancangan pembangunan luar bandar kpd tamu-tamu luar negeri; 2. menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan (agama, fahaman politik, dll): Nabi Muhammad SAW ialah orang yg mula-mula ~ ajaran Islam; terhebah dihebahkan, dimaklumkan: kegiatan lain pula tidak begitu ~ kpd umum; hebahan sesuatu yg dihebahkan; penghebahan perbuatan atau hal menghebahkan, penyiaran, penyebaran, pengumuman: ~ berita itu dibuat melalui RTM; penghebah 1. orang yg menghebahkan (menyiarkan), penyiar; 2. orang yg menghebahkan (menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan), penyebar, pendiayah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tahu I | 1. maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti: entah kapal perang atau perompak tiadalah saya ~; kita sudah ~ dahulu bahawa kacang soya yg bertunas atau bercambah itu banyak mengandungi vitamin C; 2. kenal (akan, pd), mengenal: dia tidak ~ saudara-maranya; 3. cekap lagi pandai melakukan sesuatu), bijak: maka sekalian orang pun hairan melihat ~ Seri Dewa Raja naik gajah itu; 4. mengambil peduli, mempedulikan, mengendahkan: itu urusan engkau, aku tidak mahu ~; 5. sedar akan keadaan sebenarnya, insaf: anak yg tidak ~ diuntung; 6. pernah (melakukan sesuatu), biasa, selalu: dlm seratus orang tiada sepuluh yg ~ memakan daging; 7. menganggap sudah semestinya: gurunya ~ siap sahaja segala kerja yg dibekalkannya; ~ adab beradab; ~ adat mengerti sopan santun; ~ bahasa berbudi bahasa; ~ balas mahu membalas budi; ~ diri = ~ di untung sedar akan kedudukan dirinya; ~ senang mahukan segala-galanya senang; ~ timun sl pandai menawar minuman yg beracun (mabuk dll); (tidak) ~ malu (tidak) ada perasaan malu; ~ sama ~ a) saling mengerti; b) saling tidak mengganggu; ambil (mengambil) ~ a) mengetahui (mendapati); b) mempedulikan; banyak ~nya banyak pengalamannya; bawa (mem-bawa) ~nya sendiri menurut fikirannya sahaja; cari (mencari) ~ hendak mengetahui; terlalu ~ sangat pandai; ~ makan ~ simpan prb merahsiakan sesuatu hendaklah dgn sempurnanya; setahu 1. sepanjang (sebanyak) yg dimaklumi: maka kujawablah dgn ~ku; 2. dgn dimaklumi atau disaksikan oleh: dgn tidak ~nya aku sering pergi ke rumah abangnya; 3. bp saya tidak tahu, entah; tahu-tahu 1. dgn tidak disedari, akhirnya barulah diketahui bahawa, tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu; 2. sl pandai, bijak: ada suatu perbuatan hikmat, patik peroleh drpd perajurit yg ~; bertahu; unjuk ~ = bertahukan Jk memberitahukan kpd; bertahu-tahu 1. berpura-pura (berlagak) tahu; 2. Mn (dgn) setahu; bertahuan sl berkenalan (dgn); tahu-menahu; tidak ~ a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persilakan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa; mempertahukan ark mempermaklumkan, memberitahukan; tertahu sl terkenal, termasyhur: maka dua puluh hulubalang yg tertahu-tahu mati; mengetahui 1. tahu akan, memaklumi: Mak Konah sendiri masih belum ~ akan hal ini; baru aku ~ akan sebabnya aku dipanggil; 2. tahu setelah melihat tanda-tanda atau buktinya, mengenali: tidak sulit bagi kita utk ~ binatang jenis mamalia ini; 3. mendapati, menginsafi, menyedari (akan): waktu konsert itu habis dan Pri hendak bertepuk kerana gembiranya, barulah diketahuinya bahawa tangan kirinya sudah terkalung oleh tangan kanan Wati; 4. mengerti akan, memahami: kata-katanya masih belum diketahui sepenuhnya oleh masyarakat bahasa Indonesia; ketahuan 1. (sudah) diketahui, dikenali: sejak mula sudah ~ bahawa kau bukan kuli kontrak sembarangan; 2. telah didapati, kedapatan, terbukti: apabila diperiksa ~ pula bahawa si Bidin itu ialah anak Allahyarham Haji Hamdan; 3. terang, nyata, jelas: tidak ~ apa hendak dibuatnya; tak ~ Kd tidak siuman; berketahuan tahu (mengerti) benar, tidak syak lagi, sahih: tiada hambamu tahu kerana tempat Sita Dewi belum ada ~; tidak ~ tidak keruan (menentu), kacau sekali; pengetahuan 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui: kisah serong yg dilakukan oleh Datuk ini sedikit sebanyak sampai juga ke ~ orang kampung; 2. perihal tahu, kepandaian, kebijakan: biasanya orang yg ada ~ dlm ilmu sains kurang pula ~nya dlm bahasa Melayu; 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatu: telah kukuasai ~ tentang falsafah dgn mudah; ~ umum pengetahuan mengenai berbagai-bagai hal; berpengetahuan (banyak) mempunyai pengetahuan, berilmu, terpelajar: ~ luas dan peka terhadap alam sekeliling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tahu-menahu | tidak ~ a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persilakan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tidak tahu -menahu | a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persilakan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| selamba | 1. pd lahirnya macam biasa (sedangkan sebenarnya telah berlaku sesuatu), ber-lagak seolah-olah tidak tahu, berpura-pura: kami pun turunlah buat muka ~ macam orang ada tiket kelas satu; 2. kurang ajar, tebal muka, tidak tahu malu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bertenung | 1. membaca tenung, meramalkan, menelah: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu ~ menentukan di mana tempat kerbau itu berada; 2. = ~ kpd meminta supaya diramalkan nasibnya pd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sama | 1. tidak berbeza atau berlainan (rupa, keadaan, dll), serupa: bajunya ~ dgn baju saya; dua kali dua ~ dgn empat; pangkatnya ~ tinggi dgn pangkat saya; 2. (turut) serta, bersaing (dgn orang lain) melakukan sesuatu: penjaga kedai turut ketawa ~ apabila men-dengar cerita itu; 3. yg setanding (setaraf dsb) dgn, setanding, seimbang, setara, setaraf: jikalau seorang raja tiada menaruh malu sopan akan ~nya raja, bukanlah dia itu raja namanya; 4. = sama-sama semua sekali, kesemuanya: mereka sama-sama ketawa; 5. = sama-sama kata yg menunjukkan per-buatan dsb yg berbalas-balasan, saling: memang laki bini itu ~ tidak suka; tahu ~ tahu sama-sama tahu; 6. bp akan, kepada: aku mulai sebal ~ perempuan itu; mengapa engkau mesti marah ~ dia? 7. bp dengan, berserta: Ahmad sekarang sudah jarang bermain ~ kami; 8. sl sambil, seraya: maka kata Raja Muhammad, “Cih! Jatuh destar kita oleh Tun Besar,” ~ ia memandang penjawat-nya; ~ ada apakah, ataukah; ~ ada ... atau baik ... mahupun; ~ bina mempunyai nilai (kadar, keadaan, dll) yg sama; ~ dengan serupa dengan; ~ kita antara kita sahaja; ~ nilai (mempunyai) sama nilaian (ukuran dll); ~ sahaja tidak berbeza (berubah); ~ sahaja (juga halnya) dgn tidak ubahnya spt; ~ segi (mem-punyai) segi yg sama; ~ sekali seluruhnya, segenapnya; ~ sendap Kl berpadanan dan sesuai, cocok; ~ sendiri = satu ~ lain antara mereka itu sendiri; ~ tengah a) betul-betul di tengah; b) tidak memihak ke mana-mana, berkecuali; ~ ukur kesamaan dlm bentuk (saiz dll) antara dua bahagian; ~ unsur (unsur-unsur yg) sama sifat kimia nya tetapi berlainan berat atomnya, isotop; air ~ air, sampah ke tepi juga prb jangan ikut campur perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali kita akan tersisih juga; burung pipit ~ enggang prb jodoh yg tidak sepadan; tak ~ getah batang dgn getah daun prb kasih kpd anak sendiri itu tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; telentang ~ menadah embun, tertiarap ~ memakan pasir = tertungkup ~ termakan tanah, tertelentang ~ terminum embun prb orang yg seia sekata dlm pergaulan; sesama antara (mereka itu) sendiri: mereka pun asyik berbicara ~ mereka; ~ manusia; sama-sama 1. semua sekali, kesemuanya (secara serentak atau sbg satu kumpulan); 2. serta, bertepatan (dgn); 3. turut serta, bersaing (melakukan sesuatu) dgn orang lain: saya mengajak saudara saudari ~ melihat bahasa dlm konteksnya; 4. ungkapan yg lazim di-gunakan utk membalas ucapan “terima kasih” drpd orang lain, terima kasih kembali; bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat perun-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; bersamaan 1. bertepatan dgn, berbetulan dgn: hari Khamis ~ 20 September; ada dua orang ahli Tasawuf yg ~ waktunya di Acheh; 2. hampir sama, hampir serupa; 3. ber-bandingan (dgn), berimbangan (dgn): 30 sentimeter salji ~ dgn 2.5 sentimeter hujan; skalanya 2 sentimeter ~ 1 kilometer; 4. berpadanan, sesuai: ~ dgn teori tadi, kita buatlah suatu rumusan; 5. setara, sebanding, setingkat: profesor madya di Amerika Syarikat ~ dgn pensyarah kanan di sini; kebersamaan keadaan atau hal bersama: rasa ~ dgn anggota masyarakat; menyama-nyama membuat diri spt, berlaku spt: tidak usahlah kita hendak ~ orang kaya; menyamai sama dgn, setaraf dgn, setanding dgn: pd zaman itu sebuah negeri pun tiada ~ Melaka, melainkan Pasai dan Haru; kuasa Mahkamah Tertinggi Persekutuan sekarang ini tidaklah pula ~ kuasa Mahkamah Ter-tinggi di Amerika; menyamakan 1. menjadikan sama (serupa, selaras, dll): arnab dapat ~ warna dirinya dgn warna tanah; kerajaan Persekutuan boleh ~ undang-undang antara sebuah negeri dgn negeri yg lain; 2. menganggap (meman-dang) sama sahaja (dgn sesuatu), menganggap tidak berbeza drpd, menganggap serupa (setara, setanding, dll): pendekatan forma-listik sering disamakan dgn pendekatan struktur; gadis Melayu tidak boleh disama-kan dgn gadis Barat; 3. mengumpamakan, mengibaratkan, menganggap sama atau seolah-olah spt: manusia tidak boleh disamakan dgn jentera; perbuatan serupa itu dapat disama-kan dgn mengusik anjing tidur; mempersamakan menjadikan bersama-sama, memperikutkan, mengembarkan, menyerta-kan; mempersama-samakan melakukan sesuatu bersama-sama (dgn orang banyak): tidak pernah kerja berat dilakukan oleh seorang sahaja, melainkan sentiasa dipersama-samakan; kesamaan perihal (sifat, keadaan) sama: manusia sangat sukar utk memelihara ~ dan kesatuan dlm soal bahasa; ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama: ~ antara gambaran dan hakikat; persamaan 1. perihal sama (sifat-sifatnya dll), persesuaian: yg membentuk bangsa ialah ~ bahasa, ~ sejarah, dan ~ kebudayaan; ada ~ antara orang asli di Filipina dgn orang asli di Semenanjung Tanah Melayu; 2. perbandingan, perumpamaan, ibarat: ~ yg diberikan dlm sajak-sajak itu banyak yg salah; 3. perbandingan dua ungkapan yg sama nilainya (dlm ilmu hisab, fizik, kimia, dll); ~ kimia perlambangan tindak balas kimia dgn menggunakan simbol unsur-unsur utk me-nandakan banyaknya bahan dan hasil tindak balas; penyamaan perbuatan menyamakan (menye-laraskan): perjanjian tentang ~ ejaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia; penyama sesuatu (orang, perkakas, dll) yg menyamakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sensasi | /sénsasi/ 1 sesuatu kejadian, keadaan dsb yg menggemparkan atau yg menarik perhatian ramai, menimbulkan rasa ingin tahu dsb: Kisah itu menjadi satu ~ dan ramai yg memperkatakannya. 2 dpt menimbulkan kegemparan, menarik perhatian, menimbulkan rasa ingin tahu dsb: Berita yg ~ itu tersiar dlm beberapa buah majalah dan menjadi tajuk perbualan. mensensasikan menjadikan, menyiarkan dsb sesuatu (berita, kisah dll) dlm bentuk sensasi: Akhbar memang pandai ~ berita-berita begitu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tertumbuk akal (fikiran) | sudah suntuk akal atau fikiran; tidak tahu apa yg hendak dilakukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |