Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata takutkan

Peribahasa

Takutkan tuma dibuangkan kain.

Bermaksud :

Takutkan bahaya yang kecil, keuntungan yang besar dilepaskan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jalan pintasjalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota;Kamus Dewan Edisi Keempat
pintas; jalan ~ jalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota; sepintas; ~ lalu a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak men­dalam (membaca, mengkaji dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ring­kas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar ~ lalu; memintas 1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu; 3. = memintasi memotong (meng­halang) perjalanan orang: sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll) orang: “manalah aku tahu,” Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi mencegah atau menghalang (cita­-cita, maksud, serangan musuh dll); 6. = me­mintasi melintasi, melalui, menjalani, meng­atasi: ~ segala kesulitan; memintaskan sl memintasi, mengatasi; pintasan 1. jalan yg paling dekat, jalan pintas; 2. penyeberangan jalan; kepintasan telah dipintasi (dilalui, dicegah, dll); pemintasan 1. perbuatan memintas (memintasi); 2. Mn tempat harimau selalu kelihat­an.Kamus Dewan Edisi Keempat
terpeluktak sengaja memeluk, dipeluk; takut di hantu, ~ ke bangkai prb kerana takutkan rugi sedikit lalu menderita kerugian yg banyak;Kamus Dewan Edisi Keempat
menakut-nakutkanmembuat sesuatu (me­ngugut dll) supaya takut: ia diugut-ugut dan ditakut-takutkan; ia mengherdik dan ~ budak-budakKamus Dewan Edisi Keempat
pijat-pijatsj kutu yg busuk baunya, kepinding, kutu busuk; kerana ~ mati tuma prb mendapat kesusahan kerana bersahabat dgn orang jahat; marahkan ~ kelambu dibakar, tidur terdedah prb kerana takutkan bahaya yg kecil keuntungan yg besar dibuang akhirnya diri sendiri yg merana; ~ menjadi kura-kura prb orang kecil (hina) menjadi orang besar (mulia).Kamus Dewan Edisi Keempat
pijat IIsj kutu yg busuk baunya, kepinding, kutu busuk; kerana ~ mati tuma prb mendapat kesusahan kerana bersahabat dgn orang jahat; marahkan ~ kelambu dibakar, tidur terdedah prb kerana takutkan bahaya yg kecil keuntungan yg besar dibuang akhirnya diri sendiri yg merana; ~ menjadi kura-kura prb orang kecil (hina) menjadi orang besar (mulia).Kamus Dewan Edisi Keempat
kempunan1. ingin benar (akan), selalu ingat (akan): ia ~ hendak mengetahui rahsia itu; 2. berasa kecewa (hampa) kerana tidak ter­capai sesuatu keinginan atau idaman: dicari-kannya juga buah yg dipesan oleh ayahnya itu kerana takutkan ayahnya ~ nanti; 3. dlm kesukaran (kebimbangan), dlm keadaan serba salah atau kebingungan, berasa sungguh malang (kerana sangat kecewa dll): lepas dr ~; menanggung ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tumasj binatang halus spt kutu (terdapat pd binatang dan juga manusia); perkuda ~ prb sesuatu yg mustahil akan diper­oleh; sembunyi ~ kepala tersorok ekor keli­hat­an prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg kurang baik dan menyangka tiada siapa yg mengetahui walhal diketahui semua orang; takutkan ~ dibuangkan kain prb sebab takut akan rugi yg sedikit lalu mendapat rugi yg lebih besar lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
peluk1. dakap, kapuk; bantal ~ bantal utk didakap, bantal golek (guling); 2. depa utk ukuran besar (benda bulat); berpeluk berdakap, berkapuk: Raja Puspa Dewi pun ~ bercium dgn adinda baginda; ~ tangan (tubuh) a) berdakap (bersilang) ta­ngan di dada; b) ki malas berusaha (bekerja); duduk ~ lutut a) duduk dgn tangannya mendakap lutut; b) ki malas berusaha (bekerja); berpeluk-pelukan, berpelukan saling ber­peluk: mereka ~ sebelum berpisah; memeluk mendakap, merangkul: maka baginda pun segeralah ~ dan mencium anak-anda baginda dgn tangisnya; ~ lutut a) men­dakap lutut; b) ki tidak membuat kerja apa-­apa; ~ agama menganut atau masuk sesuatu agama; terpeluk tak sengaja memeluk, dipeluk; takut di hantu, ~ ke bangkai prb kerana takutkan rugi sedikit lalu menderita kerugian yg banyak; pelukan perihal memeluk, dakapan: Soo Bee meratap serta merebahkan dirinya di dlm ~ ibunya; pemeluk 1. sebesar lingkungan tangan memeluk, depa (ukuran besar): si Badang boleh mencabut kayu-kayu dua tiga ~; 2. penganut atau pengikut agama: ~ agama Islam; sepemeluk sebesar lingkungan atau jangkauan tangan memeluk: Kumbai teringat lagi pd pokok sebesar ~ itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
bayang-bayang1. tempat yg tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda: jangan engkau makan dlm ~; 2. lembaga gelap yg wujud pd suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar: ~ orang; 3. gambar pd cermin (air dll): melihat ~ sendiri di air; 4. rupa yg tidak jelas dlm gelap: ternampak ~ orang datang dlm gelap; 5. ki gambaran dlm fikiran, khayal: sudah ada ~ dlm ingatanku;~ disangka tubuh prb mengharap sesuatu yg belum pasti; ~ sepanjang badan (tubuh) prb sesuatu yg dikerjakan hendaknya berpadanan dgn kekuatan diri; ~ tidak sepanjang badan prb berbuat sesuatu yg melebihi kemampuan; dimabuk ~ prb ingin akan sesuatu yg mustahil; takutkan ~ sendiri prb takut kerana perbuatan buruknya sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas