Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tali utk menggantung orang (yg dihukum mati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tali (kata nama)
Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;,
Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tali gantungtali utk menggantung orang (yg dihukum mati);Kamus Dewan Edisi Keempat
tali I1. serat yg dipintal panjang-panjang: ~ itu dibuat drpd sabut kelapa; 2. benda yg halus panjang-panjang utk mengikat sesuatu: bungkusan itu diikat dgn ~ pisang; ~ agas = ~ anggas = ~ kala = ~ keleleh = ~ senam = ~ singkil tali yg dipegang oleh perempuan ketika bersalin; ~ air a) saluran utk mengalirkan air ke sawah dll; b) = ~ arus aliran arus (air); c) ark pengairan (sawah dll); ~ alir tali kail utk menangkap buaya; ~ alit = ~ gasing = ~ sering tali utk memusingkan gasing; ~ ambin tali pengikat beban; ~ anduh kain dll yg digunakan utk menggantungkan tangan yg patah ke bahu; ~ api (api-api) tunam, murang, sumbu; ~ ari-ari tali pusat; ~ barut a) tali pembebat (pembarut); b) tali pinggang; c) ki orang yg menjadi ampama orang lain, barua; ~ batung selepang tempat menyisipkan peluru; ~ bawat tali yg diikatkan pd palang layar (utk menggerakkan layar supaya mendapat angin); ~ belati tali buatan Eropah (drpd sisal); ~ besi ark tali drpd besi, kabel; ~ bicara ark Id telefon; ~ bosa (kap) tali utk menahan kabel (bergoyang dll); ~ bubut tali utk menurun-naikkan layar; ~ cemat tali utk menunda (menarik) perahu dll; ~ dahi layar tali yg mengikat bahagian layar yg di sebelah atas; ~ dogang tali yg dipegang apabila hendak mengimbangkan perahu dgn badan; ~ duga (penduga) tali utk menentukan dalamnya laut; ~ gantung tali utk menggantung orang (yg dihukum mati); ~ kail tali tempat diikat mata kail; ~ kajai (kejai) tali leher kuda (kalung kuda); ~ kang (kekang, kendali, tum) tali utk mengemu­dikan kuda; ~ kelat a) tali utk menarik layar; b) tali utk menarik pohon yg ditebang; ~ keledar tali yg dipasang pd pinggang dsb utk keselamatan (dlm kapal terbang, kereta, dsb); ~ kendit (kemendit) tali pinggang (drpd kulit dll); ~ kipas tali yg berupa gelung yg dibuat drpd getah, bahan sintetik dsb yg memusingkan kipas utk menyejukkan enjin kereta dsb; ~ ladung tali tempat bergantung batu unting; ~ leher jalur kain sutera, linen dsb yg dipakai di bawah kolar kemeja dan tergantung di dada; ~ leher kupu-kupu tali leher yg diikat dgn cara simpul pulih; ~ lenggang tali utk me­negakkan tiang layar; ~ liung sj selempang tempat menyisip peluru; ~ pendarat tali yg menambatkan kapal dll ke pangkalan; ~ pendendang tali yg mengikatkan andang-andang pd tiang layar; ~ pengandak (setop, setu) tali utk mengecilkan layar; ~ pengang­guk tali utk menggantungkan layar; ~ perampat tali utk mengikat kemudi pd tiang goyang; ~ perimping (aris, eris, ris) tali pd tepi layar supaya layar jangan koyak; ~ persaudaraan hubungan persaudaraan; ~ perut a) usus; b) = ~ benang tali yg mengikat pelana (ringga) ke perut kuda (gajah); ~ pinggang tali utk mengikat seluar supaya jangan lucut (drpd kulit dll); ~ pupuh tali yg direntangkan utk menandakan kawasan la­rangan atau pantangan; ~ pusar Id a) = ~ pusat bahagian usus yg menghubungkan bayi dgn urinya; b) bahagian buah yg menghu­bungkan biji dgn kulit buahnya; ~ rafia a) tali drpd serat pelepah rafia; b) tali yg diperbuat drpd plastik dlm pelbagai warna utk mengikat barang, kotak dsb; ~ relap tali yg diberi berambu-rambu (berjurai-jurai) utk menghalau ikan; ~ sas tali yg mengikat pelana kuda supaya jangan tergelongsor ke hadapan; ~ sauh tali utk mengikat sauh; ~ sawar tali utk menghela kerbau; ~ sawat jalur tali bundar atau bulat yg digunakan utk menggerakkan bahagian tertentu mesin dsb; ~ semberang (sidai, penyidai kain) tali utk ampaian kain; ~ sepatu (kasut) tali utk mengikat kasut; ~ sira tangga drpd tali; ~ sifat a) tali hitam utk menandai kayu yg akan digergaji; b) tali pd batu unting; ~ suai tali yg menyangga layar; ~ tajuk tali utk mengikat dayung pd bibir perahu; ~ tandur tali utk menurun-naikkan bidai; ~ tangsi tali (benang) yg dilumas dgn lilin utk tali kail; ~-temali bermacam-macam tali di kapal (perahu); ~ tudung a) tali yg diikatkan ke dagu; b) jambang yg nipis sampai ke bawah dagu; ~ tep pita utk mengukur; ~ tunda tali utk menunda perahu dll; ~ ulang tali yg digunakan melalui beberapa kapi; ~ di dlm bungkusan, digerek tikus apa guna­nya prb seorang perempuan yg dlm pingitan telah melakukan perbuatan salah dgn diam-diam; ~ jangan putus, kaitan jangan sekah prb menyelesaikan sesuatu perkara hendaklah dgn seadil-adilnya; ~ yg tiga lembar itu tak suang-suang putus prb orang yg sekutu atau sebicara dlm sebarang hal ehwal itu selalu berjaya dlm pekerjaan; bagai ~ berlembar empat, bagai tungku sejerangan prb per­buatan yg dimesyuaratkan oleh empat orang atau difikirkan oleh seorang yg berilmu lagi berakal dan mahir tentulah jadi dgn sempurna; bagai menghela ~ jala prb melakukan sesuatu pekerjaan dgn hati-hati supaya tidak kerugi­an; digantung sehasta ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suaminya dgn tidak diberi belanja dan tidak juga diceraikan; sepanjang-panjang ~, sekenyang-kenyang banting prb telah habis ikhtiar (tidak ada daya upaya lagi); sepanjang-panjang ~, tidak sepanjang mulut manusia prb sesuatu rahsia jika diketahui orang sebentar itu juga akan tersiar ke mana-mana; setali bersambung (berhubung) menjadi satu, berhubungan; bertali 1. ada talinya, memakai tali: pd bahunya tersandang sebuah bungkusan kain yg diberi ~ panjang; 2. = ki sudah ber­tunang­an (gadis), berikat; ~ arus banyak sekali (orang lalu lalang dll); ~ darah ada perhubungan keluarga dgn; ~ boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing prb hal kejahatan yg cukup keterangan dan buktinya; diberi ~ panjang prb membiarkan memilih apa yg disukainya; tali-bertali bertali-tali; bertali-tali 1. ada kaitannya dgn, ber­hu­bung­an dgn: Ungku Tanjung itu ialah keluarga tali-bertali dgn Datuk Bendahara dan Yamtuan Besar; 2. sambung-menyambung, bersam­bung-sambung, terus-menerus, berterusan: di luar hujan masih ~; 3. berkait-kait, berjalin-jalin, berlibat-libat;bertalian ada kaitannya dgn, berhubungan, berkaitan: ketua-ketua agama mereka tidak lagi ~ atau berhubung dgn Paus di Rom; menali menangkap lembu (kuda dsb) dgn menggunakan tali: pertunjukan kemahiran ~ lembu, menunggang kuda liar dsb; mempertalikan 1. mengikatkan berbelit-belit: ia menyerah diri lalu dirantai di­per­tali-talikan; 2. mengait-ngaitkan dgn, meli­bat-libatkan dgn, memperhubung-hubung­kan, memperkaitkan, menjalin-jalin­kan: jangan di­pertalikan hal ini dgn perkara tadi; 3. meng­hubungkan (dgn), menyam­bungkan (dgn): jalan raya ini ~ Kuala Lumpur dgn Seremban; 4. menjadikan ber­tali-tali, me­nyambung-nyam­bungkan, meng­hubung­kan: bukankah yg ~ hati suami isteri itu kecintaan yg penuh diikat oleh kese­tiaan? 5. men­jo­doh­kan dgn, mengahwinkan: Ramli tidak ma­hu dipertali­kan dgn orang yg belum dilihatnya; talian 1. wayar dsb yg menjalinkan atau menghubungkan alat-alat atau pesawat-pesa­wat elektrik dsb: pastikan ~ mikrofon, alat pera­kam dsb semuanya teratur; 2. aliran (laluan atau sambungan) hubungan telefon; dalam ~ (Komp) a) berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer; b) berada dlm keadaan giat dan bersambung terus pd sistem utama komputer; luar ~ (Komp) ber­ada di luar kawalan atau tidak lagi bersambung dgn sistem utama komputer atau unit pemprosesan utama komputer; pertalian 1. perhubungan (kekeluargaan, persahabatan, dll) perkariban, sangkut paut: apa ~ kita dgn dia, maka ia hendak memberi aku barang-barang? 2. rangkaian yg mem­punyai nilaian yg sama (spt 2x + 5=11), per­samaan; ~ batin perhubungan yg tidak kelihatan; ~ darah perhubungan kekeluargaan; ~ silatu­rahim perhubungan persahabatan (persau­daraan); penali 1. sesuatu yg digunakan utk mengikat, pengikat; 2. ark takrif, kesimpulan.Kamus Dewan Edisi Keempat
teraju1 alat utk menimbang yg ter­­diri drpd dua biji piring yg digantungkan pd lengannya; neraca. 2 tali utk meng­gantung lampu; tali utk merentangkan khemah supaya tidak roboh dll. 3 tali atau benang yg diikatkan pd rangka layang-layang. 4 ki orang yg penting atau yg utama; ketua (pemimpin) se­suatu badan, pertubuhan dsb; yg tertinggi (ttg kuasa, pemerintahan dll). menerajui 1 memegang teraju sbg pemimpin; mengetuai: Beliau dilantik utk ~ bahagian yg baru dibentuk itu. 2 mendahului yg lain dlm pembangunan, sesuatu rekaan dsb: Syarikat tempatan ~ penciptaan mesin utk memudahkan hasil tanaman itu di­tuai. penerajuan perbuatan atau hal menerajui. peneraju orang atau pihak yg menerajui.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gantung; hukum ~ hukuman mati dgn mencerut leher dgn tali (yg terikat pd tiang); jambatan ~ titi yg tidak bertiang; kahwin ~ = nikah ~ perkahwinan yg belum lagi diumumkan (diraikan) dgn upacara persandingan; lampu ~ lampu yg disangkut (tidak berdiri); pusaka ~ waris yg belum diketahui pemiliknya; ~ kemudi sl cukai yg dikenakan di pelabuhan; ~ layar sl hadiah kpd orang yg menyelamatkan kapal yg hendak karam; bergantung 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan; ~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah; bergantung-gantung bergantung banyak-banyak di sana sini: jemuran yg ~ di balkoni apartmen itu memang mencacatkan pemandangan;bergantungan bergantung-gantung, bergantung banyak-banyak: ia memerhatikan gambar-gambar yg ~ di dinding;menggantung 1. menghukum mati dgn mencerut leher dgn tali yg terikat pd tiang; ~ diri membunuh diri dgn mencerutkan tali pd leher; 2. memasang (kelambu, tirai, dll) dgn menyangkutkan tali dll pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir; 3. menunda (perkara dll) hingga waktu yg lain (utk mendapat butir-butir yg lebih lanjut): perkara itu digantung utk sementara waktu; 4. menjadikan tidak berkuat kuasa atau sah dsb atau tidak dapat bertindak (bergiat dsb) sehingga diputuskan secara muktamad; ~ kerja (pekerjaan) tidak membenarkan atau menahan seseorang drpd melaksanakan tugasatau kerja rasminya buat sementara (biasanya sehingga selesai dijalankan sesuatu penyiasatan); ~ lesen menjadikan lesen (memandu, berniaga, dsb) hilang kuat kuasanya sehingga dibuat keputusan lain kemudiannya;~ raket berhenti sama sekali atau bersara drpd bermain sesuatu permainan yg menggunakan raket (spt badminton, tenis, dsb): selepas ~raketnya, nama beliau terus hilang dr dada akhbar; digantung tinggi dibuang jauh prb tidak berkuasa sedikit pun (lemah sekali);menggantungi 1. menjadikan (sesuatu) sbg tempat menggantungkan (sesuatu): pokok ru itu digantungi dgn lampu yg berbagai-bagai warnanya; 2. menggantung berulang-ulang;menggantungkan 1. menyangkutkan pd paku dll atau mengikatkan pd sesuatu dsb supaya terletak pd tempat yg tinggi, menjadikan bergantung: ia ~ semua kad Hari Raya pd tali yg direntang; 2. menyandarkan (nasib, pekerjaan, dll) pd, mengharapkan (pertolongan dll) drpd, meletakkan (harapan dsb): mereka ~ harapan hari depan mereka pd kejayaan Hanifah dlm pelajarannya; digantungkan tinggi, digalikan dalam prb perjanjian yg dibuat dgn syarat-syarat yg teguh; ~ kain kotor di muka pintu prb perihal perbuatan yg pandir yg memberi malu pd diri sendiri;mempergantungi menjadikan (seseorang) tempat bergantung: aku masih terkatung-katung dgn tiada tempat bergantung tetapi dipergantungi pula oleh orang lain;tergantung 1. telah digantung, tersangkut, terpaut: lampu itu ~ di loteng; 2. diserahkan, terserah (pd): hukuman yg akan dikenakan ~ pd hakim; gantungan 1. sesuatu yg digantung(kan); 2.alat utk menyangkut (menggantungkan) sesuatu;kebergantungan perihal (keadaan) bergantung (pd): sikap ~ pd orang lain;ketergantungan keadaan atau sifat (masih) bergantung (pd sesuatu): ini bererti wanita berkenaan perlu belajar berdikari dan bebas drpd ~ pd keluarga. ketidakbergantungan perihal (keadaan) tidak bergantung pd: ~ politik kawasan ygberpisah-pisah; pergantungan 1. alat atau tempat utk menggantung; 2. tempat bergantung (mis orang yg dipercayai atau yg boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan; 3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pd sesuatu): jelaslah ~ pd beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara;penggantungan 1. perihal menggantung; 2. tempat menggantung(kan) sesuatu, tempat menghukum gantung orang: ~ kain baju itu letaknya berhampiran dgn katil;penggantung digunakan utk menggantungkan sesuatu: tali ~ seluar.Kamus Dewan Edisi Keempat
jambatan1 titi besar yg dibina merentangi sungai dll utk lalu lintas kenderaan dan manusia: ~ gantung jambatan yg menggunakan tali utk menghubungkan kedua-dua belah tebing; ~ pelampung jambatan yg terapung di atas air. 2 ki orang dsb yg menghubungkan dua pihak; perantara; penghubung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jambat; jambatan 1 titi besar yg dibina merentangi sungai dll utk lalu lintas kenderaan dan manusia: ~ gantung jambatan yg menggunakan tali utk menghubungkan kedua-dua belah tebing; ~ pelampung jambatan yg terapung di atas air. 2 ki orang dsb yg menghubungkan dua pihak; perantara; penghubung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jambatan gantungjambatan yg hanya menggunakan tali utk menyambung kedua-dua tebing;Kamus Dewan Edisi Keempat
hukum gantunghukuman mati dgn mencerut leher dgn tali (yg terikat pd tiang);Kamus Dewan Edisi Keempat
hukum gantung (sampai mati)hukuman mati dgn menjerut leher orang yg dihukum dgn tali yg tersangkut pd tiang dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gantungtidak mempunyai sangga atau sokong dr bawah; tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: lampu ~; jambatan ~. hukum ~ (sampai mati) hukuman mati dgn menjerut leher orang yg dihukum dgn tali yg tersangkut pd tiang dll. bergantung 1 berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2 berharap pd bantuan orang utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu; mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg diberikan. menggantung 1 mencerut leher seseorang (sampai mati) dgn menggayutkannya pd tali yg tersangkut pd tiang dll: Pihak polis masih menyiasat siapa yg ~ gadis itu. 2 memasang (kelambu, tirai dll) dgn menyangkutkan tali dsb pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir. 3 menahan atau menangguhkan sesuatu hingga ke suatu masa yg sesuai spt sehingga cukup keterangan atau bukti, keadaan tenang dsb: Perkara itu terpaksa digantung buat sementara kerana yg dituduh tidak dpt hadir. 4 menyekat seseorang drpd menjalankan tugasnya dll: Tuan Pengurus telah ~ tiga orang kakitangannya kerana didapati tidak menjalankan kerja mereka dgn memuaskan. menggantungkan 1 menyangkutkan sesuatu pd; menjadikan bergantung: Kerana aku terlalu suka main layang-layang, bapa telah ~ tali layang-layang itu pd leherku. 2 menyerahkan halnya kpd; mengharapkan sesuatu drpd: Mereka ~ harapan masa depan mereka pd kejayaan anak yg sedang belajar di universiti. tergantung 1 sudah digantung atau digantungkan; dlm keadaan bergantung: Beberapa buah lukisan yg indah ~ di dinding ruang tamu. 2 diserahkan seluruhnya; terserah: Perkara ini ~ pd kemahuanmu sendiri. pergantungan perihal bergantung atau mengharapkan pertolongan (bantuan) orang lain: Ibu bapanya satu-satunya tempat ~nya. penggantungan perbuatan menggantung atau menggantungkan: ~ hiasan-hiasan itu memakan masa yg agak lama. penggantung alat atau tempat utk menggantung atau menggantungkan sesuatu: ~ baju.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas