| tanah suci | tanah atau negeri dianggap suci oleh penganut agama (spt Mekah bagi umat Islam dan Palestin bagi penganut agama Kristian dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| muktamar | Ar persidangan besar, kongres: salah satu drpd tujuan ibadat haji adalah utk menyatupadukan umat Islam melalui sebuah ~ Islam tahunan yg berlangsung di tanah suci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tahunan | 1. (berlaku atau diadakan) setiap tahun: salah satu drpd tujuan ibadat haji ialah utk menyatukan umat Islam melalui satu muktamar Islam ~ yg berlangsung di tanah suci; mesyuarat agung ~; penyata ~; 2. bp sudah bertahun-tahun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tabung haji | a) kumpulan wang yg disimpan oleh bakal haji; b) bp = Lembaga Urusan Tabung H~ perbadanan yg mengurus simpanan wang bakal-bakal Haji dan pemergian mereka ke Tanah Suci (Mekah); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| haji | 1. = fardu ~ rukun Islam yg kelima yg memerlukan seseorang Islam (yg cukup syaratnya) pergi ke Mekah dan melakukan beberapa ibadat yg berkaitan dgn fardu itu; mengerjakan ~ menunaikan fardu haji; 2. orang yg berangkat ke Mekah utk menunaikan fardu haji; jemaah ~ rombongan orang yg pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji; kapal ~ kapal yg membawa jemaah haji ke Mekah; Syeikh ~ orang yg mengurus hal-hal dan keperluan-keperluan jemaah haji (sewaktu mereka sedang menunaikan fardu haji); 3. gelaran atau panggilan bagi orang lelaki yg telah menunaikan fardu haji: H~ Khairuddin; bulan ~ bulan Zulhijah; fardu ~ kewajiban menunaikan haji; Hari Raya H~ hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah, Hari Raya Aidiladha; naik ~ pergi ke Mekah kerana menunaikan fardu haji; rukun ~ segala perbuatan yg mesti dilakukan supaya sah haji; tabung ~ a) kumpulan wang yg disimpan oleh bakal haji; b) bp = Lembaga Urusan Tabung H~ perbadanan yg mengurus simpanan wang bakal-bakal Haji dan pemergian mereka ke Tanah Suci (Mekah); ~ akbar (besar) ibadat haji yg wukufnya jatuh pd hari Jumaat; ~ badal orang yg menunaikan fardu haji utk orang lain yg sakit dll; ~ ifrad haji yg diikuti dgn umrah sebaik sahaja selesai ibadah haji dilaksanakan pd bulan haji; ~ mabrur ibadah haji yg dianggap sah, sempurna dan diterima Allah SWT kerana memenuhi segala rukun dan syarat (dapat mengekalkan sifat dan kelakuan yg baik dan terpuji selepas menunaikan haji); ~ mardud ibadah haji yg dianggap tidak sah dan tidak diterima Allah SWT (kerana sifat dan kelakuannya lebih buruk sebelum menunaikan haji); ~ qiran qiran; ~ sunat bp a) budak yg pergi ke Mekah mengikut orang naik haji ketika belum baligh; b) pergi naik haji sebelum baligh; ~ tamatuk haji yg dikerjakan setelah selesainya ibadah umrah pd bulan haji, dan dikenakan dam; ~ widak haji yg terakhir dikerjakan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum wafat; menghajikan menunaikan haji bagi pihak orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tanah | a) kawasan suci (Mekah, Madinah); b) tanah yg didiami tanpa kebenaran kerajaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tanah I | 1. lapisan bumi yg di atas sekali: ~ kaki tiang rumahnya pun digali, dibuangkan ke laut; 2. keadaan bumi di sesuatu tempat: daerah itu subur ~nya; 3. bahagian permukaan bumi yg diberi bersempadan: tiap-tiap seorang penduduk diberi ~ seluas lima ekar utk bercucuk tanam; 4. negeri, daerah, wilayah: T~ Melayu; T~ Lampung; 5. bahan-bahan bumi (pasir, batu, dll) sbg campuran dgn bahan yg lain: rumahnya tidak bertiang tinggi sbg rumah kita, ia cuma rumah ~ berdindingkan tanah liat atau tanah keras; 6. warna dasar (pd kain dll): warna ~ baju yg dipakainya itu hitam; ~ air a) negeri tempat seseorang dilahirkan; b) daerah yg di bawah sesuatu pemerintahan; ~ bendang tanah (utk) sawah; ~ beroya ark pasir yg hanyut; ~ besar tanah daratan yg luas sbg lawan pulau; ~ cempaka belerang kasar (ketul-ketul belerang yg diambil dr lombong); ~ dangkal tanah yg tidak subur; ~ datar = ~ pamah = ~ rata tanah yg rata (dataran); ~ daun = ~ labu ark tanah drpd daun-daun yg lama terpendam, humus; ~ dingin negeri yg berhawa dingin; ~ gambut = ~ hitam tanah yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg telah reput (banyak mengandungi karbon); ~ gembur tanah subur yg terdiri drpd campuran pasir dan tanah liat serta bahan-bahan organik lain; ~ goyang ark gempa bumi; ~ haram a) kawasan suci (Mekah, Madinah); b) tanah yg didiami tanpa kebenaran kerajaan; ~ hidup Id tanah yg diusahakan (ditanami); ~ jajahan negeri (daerah) yg dijajah oleh negara asing; ~ kampung perkarangan, kawasan rumah; ~ kebun tanah utk berkebun; ~ kerajaan a) tanah kepunyaan raja; b) tanah kepunyaan kerajaan; ~ kering a) tanah yg tidak diusahakan; b) huma, ladang; ~ kompeni tanah kerajaan di Negeri-Negeri Selat; ~ kongsi Id bahagian dr tanah persendirian yg tidak jadi tanah usaha; ~ kosong tanah yg tidak didiami atau diusahakan orang; ~ kuburan (mati, perkuburan) tanah tempat menanam orang mati (mayat); ~ kuripan ark tanah kepunyaan orang perseorangan; ~ kurus Id tanah yg tidak berapa subur; ~ lalang kawasan tanah tinggal yg dipenuhi lalang; ~ lanar (Geog) tanah dll yg dibawa oleh air; ~ lapang kawasan yg hanya ditumbuhi rumput, padang; ~ leluhur Id negeri asal orang-orang yg mendatang; ~ liat tanah yg terdiri drpd zarah-zarah halus batu-batan yg luluh hawa; ~ lombong kawasan tanah utk menambang (melombong); ~ mati a) tanah yg tidak diusahakan lagi; b) tanah kuburan (perkuburan); c) kawasan tanah tandus yg disebabkan hakisan di Amerika Utara; ~ menanjung (semenanjung) tanah yg menganjur ke laut, jazirah; T~ Mengandung Sri Menanti; ~ mentah Id tanah milik negara; ~ merah sj tanah liat berwarna merah yg mengandungi zat besi (biasanya digunakan utk membuat jalan); ~ milik tanah hak milik orang; ~ milik bebas tanah (ladang, estet) yg boleh dimiliki utk selama-lamanya; ~ nampal (napal) sj tanah liat yg boleh dimakan; ~ nap lumpur yg dibawa oleh air; ~ negara Id tanah kepunyaan kerajaan; ~ partikelir Id tanah milik tuan tanah (yg dibeli dr kompeni Belanda); ~ pegangan pajak tanah (ladang, estet) yg dipajakkan kpd seseorang (syarikat dsb) utk jangka masa tertentu; ~ penganjur tanah yg menganjur ke laut, tanjung; ~ pekat Id tanah liat; ~ pinggir tanah yg diberi kpd penduduk oleh kerajaan utk diusahakan (biasanya terletak di pinggir kampung); ~ pusaka tanah peninggalan nenek moyang, tanah yg diwarisi; ~ rap = ~ rat tanah yg telah siap utk ditanami; ~ raya benua; ~ sewa tanah yg disewakan (utk sewaan); ~ suci tanah atau negeri dianggap suci oleh penganut agama (spt Mekah bagi umat Islam dan Palestin bagi penganut agama Kristian dll); ~-tanih segala macam tanah; ~ tinggal tanah yg tidak ditanami atau didiami; ~ tol tanah yg diberi kebenaran duduk sementara; ~ tumpah darah tempat dilahirkan; ~ ulayah tanah hutan yg belum diusahakan tetapi sudah bertuan; ~ usaha Id tanah milik yg diusahakan orang lain; ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan umum; ~ lembah kandungan air, kayu bengkok titian kera prb tiap-tiap sesuatu sebab yg ada itu akan mendatangkan sebab yg lain; bagai ~ pelempar balam prb usaha yg tidak sungguh-sungguh jika berhasil syukur jika tidak, tidak mengapa; bukan ~ menjadi padi prb sia-sia sahaja berusaha meninggikan darjat sesuatu yg tidak berharga lagi; di mana ~ dipijak di situ langit dijunjung prb hendaklah sentiasa menurut adat negeri yg didiami; kalau digali ~ berbingkah, ~ berderai yg akan bertemu prb usahlah dicari sangat siapa yg salah siapa yg benar dlm perselisihan di kalangan keluarga, tetapi carilah jalan utk menyelesaikannya dgn baik; mendapati ~ tersirah prb mendapati mayat sudah dikuburkan; menimbun ~ yg tinggi, menggali ~ yg lekuk prb membantu orang kaya dan menganiayai orang miskin; bertanah 1. memiliki tanah, ada tanahnya: cara Melayu ~ ialah selagi petani-petani itu menunaikan syarat-syarat yg dikenakan kepadanya, ia tidak boleh diusir dr tanah itu; 2. dipenuhi tanah, diselaputi tanah: dia tidur dgn baju dan seluar yg ~; 3. ark berurat berakar, berakar berumbi; mengetanahkan 1. menurunkan ke tanah, membawa ke tanah; 2. ki menurunkan darjat (kehormatan dll); 3. mengebumikan (mayat), menguburkan: orang dr Pagai tidak akan melihat badan hamba diketanahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tayamum | Ar perbuatan menyapukan debu tanah yg suci pd muka dan dua tangan sbg ganti wuduk kerana tiada air atau berlakunya halangan menggunakan air, mis sakit: diwajibkan ~ sbg ganti wuduk atau mandi bagi orang-orang yg sakit yg tidak dapat meng-gunakan air; bertayamum melakukan tayamum: ada beberapa sebab yg membolehkan seseorang itu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| suci | 1. bersih (dr segi agama): makanan yg ~; 2. tidak berdosa, tidak bernoda, kudus, nirmala, soleh: orang yg ~; 3. bersifat keagamaan (ketuhanan): ayat ~; Kitab S~; Tanah S~ Mekah; 4. bersih drpd sebarang kejahatan atau keburukan (niat, perasaan, dll), murni: Tuhan hendak menyampaikan hajat hamba-Nya yg berniat ~ itu; hati yg ~; 5. bersih atau bebas (drpd kotoran dll): wajib baginya menggantikan kembali puasa yg tertinggal itu apabila ~ drpd haid; 6. sl tidak kotor (semak), bersih; bersuci 1. membersihkan diri sebelum mengerjakan sembahyang, wuduk; 2. membersihkan diri (drpd kekotoran): ~ drpd najis; 3. hidup suci; 4. bp berkhatan, bersunat; menyucikan 1. membersihkan diri (dr segi agama); 2. sl membersihkan diri drpd kekotoran (semak samun dll): maka Bendahara dan Laksamana pun menyuruh orang pergi ~ tanah itu; 3. membersihkan drpd segala yg keji (hati, fikiran, perasaan), memurnikan, menguduskan: hari ini orang meluhurkan jiwa, ~ hati selepas melalui percubaan Tuhan; 4. menganggap suci (mulia): ada orang yg ~ anjing; kesucian perihal suci; persucian perihal bersuci; penyucian perihal menyucikan, pembersihan; penyuci sesuatu yg digunakan ketika bersuci atau utk menyucikan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| suci | 1 bersih (dr segi agama); tidak najis: air ~; makanan ~. 2 (dlm hal yg berkaitan dgn agama) unggul; mulia: ayat ~; kitab ~; tanah ~. 3 tidak berdosa; tidak tercela atau tidak ternoda; soleh: orang ~; hidup ~. 4 bersih drpd segala rupa kejahatan, kekotoran dll: hati yg ~. bersuci 1 membersihkan diri sebelum bersembahyang; mengambil air sembahyang; berwuduk. 2 membersihkan diri drpd sebarang kekotoran. 3 berkhatan; bersunat. menyucikan 1 membuat sesuatu menjadi suci (dr segi agama). 2 membuat sesuatu menjadi bersih drpd sebarang kekotoran dll. kesucian keadaan suci; kebersihan. persucian hal bersuci. penyucian perbuatan (hal dsb) menyucikan. penyuci apa-apa yg digunakan ketika bersuci atau utk menyucikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |