| cek luput | cek yg sudah lepas tarikh lakunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cek (cék) I | perintah bertulis kpd bank supaya membayar wang sebanyak yg dinyatakan; ~ berpalang cek yg mempunyai dua garis selari (biasanya di sudut kiri sebelah atas muka cek) dan hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun pihak yg dituliskan namanya pd cek yg berkenaan; ~ kembara cek yg dibeli drpd bank dan boleh ditukar di luar negara utk mendapatkan mata wang asing; ~ kosong cek yg amaun atau penerimanya tidak dituliskan tetapi telah ditandatangani oleh pembayarnya; ~ lambung = ~ tendang cek yg tidak dapat dijelaskan kerana pihak yg mengeluarkannya tidak mempunyai wang yg cukup dlm akaun berkenaan; ~ luar cek yg bank pembayarnya berada di luar kawasan penjelasan bank pelanggan yg menerbitkan cek berkenaan; ~ luput cek yg sudah lepas tarikh lakunya; ~ pembawa cek yg boleh ditunaikan oleh pembawanya; ~ tempatan cek yg bank pembayarnya berada di kawasan penjelasan yg sama dgn bank pelanggan yg menerbitkan cek itu; ~ terbuka = ~ tunai cek (tidak berpalang) yg boleh ditukarkan kpd wang tunai oleh sesiapa saja yg mengemukakannya kpd bank. | Kamus Dewan Edisi Keempat |