| kepala berita | kata-kata terpenting sbg tajuk berita (yg secara ringkas membayangkan kandungan atau butiran berita); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kepala I | 1. bahagian tubuh (manusia atau binatang) drpd leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dll), hulu; sakit ~ sakit pd kepala (menyebabkan kepala berasa pening); 2. bahagian sesuatu yg di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali: ~ paku (skru, jarum peniti, dll); ~ perarakan; ~ surat; 3. ketua (pejabat, perkumpulan, pertubuhan, dll), pemimpin (negara dll), penghulu (kampung dll): lagaknya macam seorang ~ samseng yg ganas; banyak ~ negara yg dijangka akan datang memberi penghormatan kpd Churchill; 4. otak, akal, fikiran: nasihat itu tidak masuk di ~ budak itu; 5. orang (digunakan dlm perhitungan atau perkiraan): fitrah bagi tahun ini telah ditetapkan seringgit tiap-tiap satu ~; ~ air permulaan atau penghabisan air bah, lidah air; ~ angin a) angin yg mendahului angin ribut; b) (orang yg) mudah berubah perangainya (ada kalanya baik dan ada kalanya meradang); c) bp tidak berfikiran (berakal), bodoh; ~ arwah hidangan istimewa (utama) dlm kenduri arwah; ~ bahagian ketua bahagian pejabat dll; ~ bahu bahagian bahu yg menonjol dan bertemu dgn pangkal tangan; ~ batu keras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk ajar orang); ~ berat = berat ~ tidak tajam akalnya, tidak lekas memahami sesuatu; ~ berita kata-kata terpenting sbg tajuk berita (yg secara ringkas membayangkan kandungan atau butiran berita); ~ busung Id kepala membesar kerana rongga-rongga otak dimasuki benda cair; ~ daerah (desa, kampung, kuria, marga) orang (pegawai) yg mengetuai daerah (desa, kampung, kuria, marga); ~ dingin = dingin ~ penyabar (tenang, tidak lekas marah); ~ dua (orang yg) menyebelahi dua atau beberapa pihak (tidak menyokong atau setia kpd satu pihak sahaja); ~ gigi bahagian gigi sebelah atas (yg tidak tertanam di dalam daging); ~ kain (sarung) bahagian kain (sarung) yg coraknya berlainan drpd bahagian terbesar kain itu; ~ karangan tajuk karangan; ~ keluarga orang yg mengetuai sesuatu keluarga; ~ kereta api bahagian hadapan kereta api yg menarik gerabak-gerabaknya, lokomotif; ~ kodi a) = ~ perkodian kain (sarung) sbg contoh (diletakkan di atas susunan kain); b) ketua kumpulan orang jahat atau budak nakal; ~ kongsi ketua gerombolan jahat; ~ lakon pelakon terpenting dlm sesuatu lakonan atau cerita; ~ mayat Kl bahagian harta pusaka yg diterima oleh balu si mati; ~ negara ketua negara (spt raja atau presiden); ~ negeri a) ark ibu negeri, ibu kota; b) ketua negara (spt presiden dll); ~ paip bahagian paip air tempat air memancur keluar (boleh dibuka dan ditutup); ~ payung puncak payung (bahagian payung yg di atas sekali); ~ pasukan (perang) pemimpin pasukan (perang); ~ pengat Tr ketua sesuatu kumpulan (samseng, penjahat, dll); ~ pintu bahagian betul-betul di sebelah atas pintu; ~ pulau bahagian pulau yg tertinggi; ~ raja ark setem (tanda penjelasan bayaran pos dll); ~ regu pemimpin (ketua) regu; ~ ribut a) angin yg mula-mula bertiup (sebelum berlakunya ribut yg sebenar); b) Kl orang yg menimbulkan (memulakan) kekacauan; ~ santan santan (kelapa) yg pekat (diperoleh drpd perahan yg terawal); ~ sekolah guru besar (ketua guru-guru); ~ stasiun Id ketua stesen; ~ surat pendahuluan atau permulaan surat; ~ susu bahagian air susu yg kental (pekat); ~ tahun awal tahun; ~ tangga pangkal ibu tangga; ~ tiang bahagian atas tiang; ~ tingkap bahagian dinding betul-betul di sebelah atas tingkap; ~ tongkat hulu tongkat; ~ udang ki sangat bodoh; ~ sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain prb manusia berlain-lainan pendapat; diberi (di) bahu hendak (ke) ~ prb diturutkan sekali sahaja kemahuannya, ia terus meminta lagi (bkn seseorang yg dimanjakan); sakit ~ panjang rambut, patah selera banyak makan prb pd lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali; silap mata pecah ~ prb jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana; tidak tentu ~ ekor prb a) tidak tentu hujung pangkalnya; b) sangat gemuk atau tambun; berkepala mempunyai atau memakai kepala (dlm berbagai-bagai erti): maka dilihat Seri Rama seorang raksasa itu tiada ~ dan tiada bertangan; cerita tiada ~ cerita tidak berjudul (bertajuk); pasukan tidak ~ pasukan tidak berketua; ~ batu keras hati, sangat degil; mengepala berlaku atau memainkan peranan sbg kepala (pemimpin dll); mengepalai menjadi kepala (penghulu, ketua, pemimpin, dll) kpd, memimpin, mengetuai: lembaga yg baru ditubuhkan itu dikepalai oleh seorang ahli Parlimen; mengepalakan 1. mengangkat menjadi kepala (pemimpin dll), menjadikan kepala (ketua dsb); 2. sl mengenderai (menunggang) serta mengendalikan (gajah dll), menaiki dan memandu (kereta dll): maka Raja Kasim naik gajah yg bernama Juara Demang, Seri Nara Diraja ~ gajah; ~ pedati; 3. menanduk (bola): senaman yg memberikan kecekapan dlm menangkap, membuang, menendang dan ~ bola; pengepala orang yg mengepalai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merongrong | 1. memakan sedikit-sedikit tetapi tidak putus-putus; 2. ki selalu mengganggu atau menyusahkan orang (meminta wang, makanan, dll), merosakkan sedikit demi sedikit, merugikan sebab selalu rosak atau banyak makan wang: pemerintah selalu dirongrong hingga pekerjaan pembangunan rakyat yg lebih penting terbengkalai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rongrong | Jk; merongrong 1. memakan sedikit-sedikit tetapi tidak putus-putus; 2. ki selalu mengganggu atau menyusahkan orang (meminta wang, makanan, dll), merosakkan sedikit demi sedikit, merugikan sebab selalu rosak atau banyak makan wang: pemerintah selalu dirongrong hingga pekerjaan pembangunan rakyat yg lebih penting terbengkalai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| trivia | pelbagai fakta atau maklumat yg kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dlm sesuatu permainan atau kuiz: ~ sains, ~ sejarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mendaftarkan | memasukkan (mencatatkan) dlm daftar, mengurus supaya tercatat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mendaftar | , mendaftarkan memasukkan (mencatatkan) dlm daftar, mengurus supaya tercatat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pinggir | tepi: ~ jalan; ~ kota; ~ laut pantai; ~ sungai tebing sungai; meminggir pergi ke pinggir, menepi; meminggiri memberi berpinggir, berada (terletak, tumbuh dsb) di pinggir sesuatu: kawasan-kawasan sesak yg ~ kota; burung-burung yg menangkap serangga mempunyai mulut yg lebar dipinggiri rambut-rambut keras; meminggirkan mengesampingkan, mengetepikan: masyarakat semakin ~ bahasa Melayu; terpinggir ki sudah diketepikan kerana dianggap tidak penting: bukan sahaja ekonomi sosial semakin ~, tetapi jurang kemiskinan juga semakin nyata; keterpinggiran perihal atau keadaan terpinggir: kita mampu meramalkan ~ nasionalisme yg ditelan zaman; pinggiran 1. tepi, perbatasan: peneroka tanah ~; 2. ki tidak penting, kurang berpengaruh: Panglima Salleh, dlm menghadapi pergolakan sosial dan politik di daerahnya, bermula hanya sbg insan biasa dan ~; 3. tidak berapa (kurang) penting: masalah-masalah ~; peminggiran 1. perbuatan mengesampingkan atau mengetepikan: ~ bahasa Melayu sejak lima tahun yg lalu; 2. perbatasan atau sempadan negeri (kota dll): maka adalah di ~ negeri itu seorang peladang tiga beranak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| teraju | 1 alat utk menimbang yg terdiri drpd dua biji piring yg digantungkan pd lengannya; neraca. 2 tali utk menggantung lampu; tali utk merentangkan khemah supaya tidak roboh dll. 3 tali atau benang yg diikatkan pd rangka layang-layang. 4 ki orang yg penting atau yg utama; ketua (pemimpin) sesuatu badan, pertubuhan dsb; yg tertinggi (ttg kuasa, pemerintahan dll). menerajui 1 memegang teraju sbg pemimpin; mengetuai: Beliau dilantik utk ~ bahagian yg baru dibentuk itu. 2 mendahului yg lain dlm pembangunan, sesuatu rekaan dsb: Syarikat tempatan ~ penciptaan mesin utk memudahkan hasil tanaman itu dituai. penerajuan perbuatan atau hal menerajui. peneraju orang atau pihak yg menerajui. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kedudukan | 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |