| tergamam | menjadi gamam atau gugup: Dia ~ sebentar apabila melihat lembaga yg aneh itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tergamam | menjadi gamam, terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa, terpegun: dia tidak dapat membuat apa-apa kerana ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tergamam | menjadi gamam atau gugup: Dia ~ sebentar apabila melihat lembaga yg aneh itu. | Kamus Pelajar |
| gamam | 1. tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dll: dia menjadi ~; 2. = tergamam gelisah, ragu-ragu: dia menegur dgn suara ~;tergamam menjadi gamam, terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa, terpegun: dia tidak dapat membuat apa-apa kerana ~;kegamaman dlm keadaan gamam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tergemap | tercengang, tergamam: ketika mendengar berita itu, ~lah ia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terperanjat | tiba-tiba tergamam, terlompat dsb kerana melihat sesuatu yg tidak disangka-sangka; terkejut: Dia ~ melihat ayahnya berlumuran darah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| gemap | ; tergemap tercengang, tergamam: ketika mendengar berita itu, ~lah ia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terperanjat | tiba-tiba tergamam atau terlompat kerana melihat sesuatu yg tidak disangka-sangka; terkejut: Dia ~ melihat ayahnya berlumuran darah. | Kamus Pelajar |
| kaget | /kagét/ tiba-tiba tergamam kerana melihat sesuatu yg tidak disangka-sangka dsb; terperanjat; terkejut: Dia ~ melihat makhluk yg ganjil itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kaget | /kagét/ tiba-tiba tergamam kerana melihat sesuatu yg tidak disangka-sangka dsb; terperanjat; terkejut: Dia ~ melihat makhluk yg ganjil itu. | Kamus Pelajar |