Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lom.pat] | ترلومڤت

Definisi : 1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat: tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2. terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia itu ~ drpd mulut­nya, walau dlm berhandai-handai sekalipun; perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.lom.pat] | ترلومڤت

Definisi : 1 tidak sengaja (serta-merta) melompat; terloncat: Aminah ~ kerana terperanjat melihat sesuatu di kakinya. 2 terkeluar (perkataan dll): Dgn tidak disedarinya perkataan itu ~ dr bibirnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Burung tiung terlompat-lompat,
     Minum air dalam cerana;
Hendak cium tidak bertempat,
     Ada tempat orang punya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kuat gajah terdorong,
     kuat harimau terlompat-lompat.

Bermaksud :

Orang besar-besar yang membuat kesalahan kerana kekuasaannya. (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terlompat1 tidak sengaja (serta-merta) melompat; terloncat: Aminah ~ kerana terperanjat melihat sesuatu di kakinya. 2 terkeluar (perkataan dll): Dgn tidak disedarinya perkataan itu ~ dr bibirnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terlompat-lompatsl melompat-lompat: maka dua ekor kijang itu datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari;Kamus Dewan Edisi Keempat
terlompat1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat: tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2. terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia itu ~ drpd mulut­nya, walau dlm berhandai-handai sekalipun; perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan;Kamus Dewan Edisi Keempat
perkataannya terlompatterlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan;Kamus Dewan Edisi Keempat
terloncatterlompat, tidak sengaja atau tiba­-tiba meloncat: ia ~ mendengar letupan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
tunjang-tonjetterlompat-lompat ke sana ke mari;Kamus Dewan Edisi Keempat
terkinjattersentak, terlompat, terperanjat.Kamus Dewan Edisi Keempat
terkincak-kincakterlompat-lompat sambil menggerakkan kaki dan tangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kincak; terkincak-kincak terlompat-lompat sambil menggerakkan kaki dan tangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
terperanjattiba-tiba tergamam, terlompat dsb kerana melihat sesuatu yg tidak disangka-sangka; terkejut: Dia ~ melihat ayahnya berlumuran darah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234

Kembali ke atas