Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengumpamasl menaruh hormat (kpd), menghormati: jangan diperbuat segala pekerjaan yg tidak berbahasa dan tiada ~ kpd segala indera dan dewa;Kamus Dewan Edisi Keempat
berlafazdilafazkan, diucapkan: niat di hati yg tidak ~ sebenarnya tidak berbahasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
lafazAr 1. bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan dgn baik, sebutan atau ucapan yg baik: hendaklah kita memberi salam kpd orang yg kita temui sekurang-kurang ~nya ‘assalamualaikum’; 2. kata-kata yg disebut (diucap atau ditulis): maka berkenanlah ~ surat itu kpd Sultan Muzaffar Shah; berlafaz dilafazkan, diucapkan: niat di hati yg tidak ~ sebenarnya tidak berbahasa; melafazkan mengucapkan (kata, perkataan, doa, dll): beta sangat sukacita dapat ~ sepatah dua kata pd petang ini; terlafaz dapat dilafazkan: “Maaf, Mira!” hanya itu yg ~ olehnya; pelafazan perihal (proses) melafazkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelat(pélat) 1. kurang betul mengucapkan kata-kata, telor: orang Cina itu pandai benar berbahasa Melayu, tidak ~ sedikit pun; 2. cara atau gaya tertentu mengucapkan kata­kata: dia berbahasa Melayu ~ Kedah; ~ Kelantan.Kamus Dewan Edisi Keempat
umpama1. (sesuatu yg dijadikan) perban-dingan, ibarat, misal: yg disebutnya tadi hanya sbg ~ sahaja; 2. = ~nya sesuatu yg dijadikan contoh, misalnya: banyak kehasilan negeri Lampung, ~, terutama lada kecil atau merica dan karet; 3. = spt ~ = seumpama sama halnya dgn, tidak ubahnya spt, misalnya, sebagai: budak-budak ~ rebung, boleh di-lentur dan dibentuk; 4. sesuatu yg hanya dijadikan misalan sahaja (bukan sungguh-sungguh), andai: itu hanya ~, bukan sungguh-sungguh; 5. = ~ kata = ~nya = seumpama, umpamakan jika sekiranya, katakanlah kalau, seandainya, andai kata: ~ engkau banyak wang, apa yg hendak kaubuat?; seumpama hari hujan, ke mana kita hendak lari?; umpamakan engkau pergi merantau, bagaimana engkau menyesuaikan diri dgn masyarakat asing?; bukan (tidak) ~ lagi berlaku tidak sopan, tidak hormat lagi kpd; seumpama 1. sama seperti (sesuatu yg telah dinyatakan), serupa dgn: kehidupannya ber-gantung pd susu ibu ataupun cecair yg ~nya; 2. umpama; berumpama menggunakan umpama (ibarat, misal), bercakap dgn umpama; mengumpama sl menaruh hormat (kpd), menghormati: jangan diperbuat segala pekerjaan yg tidak berbahasa dan tiada ~ kpd segala indera dan dewa; mengumpamai 1. sl sama dgn, menyamai, menyerupai; 2. = mengumpamakan memberi hormat kpd, menghargai, menghormati; mengumpamakan 1. menganggap sama dgn, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), meng-ibaratkan, membandingkan (dgn): mata manu-sia bolehlah diumpamakan sbg sebuah kamera; 2. melakukan atau mengatakan sesuatu sbg contoh (sbg ulangan drpd yg telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dgn gaya dll): beliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri drpd tikaman pen-curi itu; 3. menganggap sbg misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifat-kan: aku umpamakan kau dikahwinkan dgn seorang pemuda dr bangsamu sendiri; 4. menunjukkan hormat (menghargai) spt yg selayaknya, menghormati (sebagaimana mesti-nya): segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku; terumpamakan dapat disamakan atau diban-dingkan dgn yg lain yg sepertinya: pantai putih bersih tak ~; perumpamaan 1. = umpamaan sesuatu yg dianggap sama dgn, ibarat, misal: dgn menggunakan ~ dan lambang, penyajak dapat memberi makna yg banyak dan ber­lapis-lapis pd ungkapan-ungkapan kata­­nya; 2. sj peribahasa yg berupa perbanding­an dgn sesuatu yg lain (umumnya me­ngandungi ajaran); 3. sesuatu yg dijadikan contoh (mis hal-hal yg telah berlaku dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
ambil; jangan ~ berat jangan pedulikan sangat; tidak ~ pusing tidak peduli; ambil-mengambil, berambil-ambilan 1. saling mengambil, saling menerima; 2. = seambilan kahwin-mengahwini (antara dua keluarga, kaum, dll); mengambil 1. memegang (memungut, me­me­tik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyim­pan sesuatu: dia ~ surat yg saya berikan itu dan menyimpannya di dlm laci; 2. meme­gang dan menarik dsb keluar (dr saku, beg, dll): ~ wang dr kocek; dia ~ sebentuk cincin dr kotak itu; 3. pergi ke sesuatu tempat dan kembali dgn membawa sesuatu atau seseorang yg dikehendaki (diperlukan dsb), mendapat­kan atau memperoleh (sesuatu yg diperlukan): ~ rotan di hutan; ~ air di perigi; dia ke hospital utk ~ ubat; pergi ke sekolah utk ~ anak; 4. memperoleh (membawa pergi dsb) sesuatu kepunyaan orang tanpa pengetahuan­nya atau dgn tidak mendapatkan kebenaran­nya: siapa agaknya yg telah ~ fail yg terletak di atas meja itu tadi? 5. menerima seseorang dlm sesuatu hubungan yg tertentu: dia sedia ~ Milah sbg isterinya; ~ Ahmad sbg rakan kongsi perniagaan; 6. menuliskan (keterang­an, penjelasan, dsb), mencatatkan: seorang pegawai polis sedang ~ keterangan drpd bebe­­rapa orang yg menyaksikan kejadian itu; 7. mengurangi: delapan diambil dua menjadi enam; 8. menerima (utk belajar, bekerja, dsb): syarikat itu akan ~ lebih ramai lagi pekerja bumiputera; 9. mempelajari, mengikuti: seseorang pelajar dikehendaki ~ sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; 10. menerima atau meniru (unsur kebudayaan asing dll): kalau mereka berbahasa Melayu, mungkin juga mereka akan ~ cara hidup Melayu; 11. menggunakan atau memenuhi (ruang, tempat, masa, dll): kisah perbicaraan itu ~ ruang melebihi dua halaman; ~ akan saudara menganggap spt saudara; ~ anak a) memungut anak, mengambil utk dijadikan anak; b) (Sumatera) peraturan per­kahwinan dgn si isteri tidak perlu keluar dr rumah orang tuanya; ~ angin menghirup hawa yg baik; ~ bahagian turut serta, menyertai; ~ bena peduli, mengambil endah; ~ berat memberikan perhatian (minat, layanan) yg istimewa (kpd atau terhadap sesuatu atau seseorang); ~ berkat mengambil tuah atau pengaruh baik (drpd orang tua, orang suci, dll); ~ contoh = ~ ibarat a) memberi sbg umpama; b) mencontohi; ~ di hati = ~ ke hati memasukkan di hati; ~ gambar membuat (menghasilkan) gambar dgn menggunakan kamera; ~ haluan menentukan haluan, mengarah; ~ hati a) memikat hati; b) berasa tersinggung, berasa kecil hati; ~ ingatan me­masukkan ke dlm ingatan; ~ jalan mengikuti (menempuh) sesuatu jalan; ~ keputusan memutuskan, menentukan; ~ kesempatan = ~ peluang menggunakan kesempatan (dgn sebaik-baiknya); ~ kira mempertimbangkan, memperhitungkan; ~ langkah a) mulai hen­dak berjalan (berlari, melompat, dll); b) mulai bertindak; ~ masa menggunakan (memer­lukan, memakan) masa; ~ menantu men­jadikan menantu; ~ muka berbuat sesuatu dgn maksud supaya dipuji; ~ nyawa menyebabkan mati, mematikan; ~ oper Id menerima drpd orang lain (utk dipakai, diberi, dll); ~ panjang a) menjadikan urusan panjang; b) memaafkan kesalahan-kesalahan; ~ peduli = ~ pusing mempedulikan, menghiraukan; ~ pekerja (kakitangan, pegawai) menerima atau men­dapatkan pekerja (kakitangan, pegawai) baru; ~ ringkas (simpan, singkat) meringkaskan, mengikhtisarkan; ~ semangat menarik se­mangat drpd badan orang (bkn bomoh dll); ~ sempena mengambil berkat (dr), di samping terdapatnya (berlakunya dsb) sesuatu yg baik; ~ senang menganggap senang (mudah) sahaja; ~ tahu mencari maklumat (khabar) ber­kenaan sesuatu, mengetahui; ~ tanah a) = ~ kota = ~ negeri merampas (tanah, kota, negeri); b) upacara dlm perayaan Hassan Husain; ~ teladan mencontohi, mengambil contoh; ~ tindakan mulai bertindak; ~ ujian a) menduduki sesuatu ujian (peperiksaan di sekolah, ujian memandu kereta, dll); b) Id memberi peperiksaan, memeriksa (guru dll); ~ untung memperoleh (mendapatkan) ke­untungan drpd sesuatu jualan; ~ upah mengerjakan (melakukan) sesuatu utk orang lain dgn atau utk mendapat upah; mengambilkan mengambil utk: ia ~ anak-nya buah-buahan; ambilan yg diambil, sesuatu (hasil) yg diambil: temasya Safar ialah ~ drpd adat Hindu; salah ~ salah sangka; pengambilan 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil, pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya; pengambil orang yg mengambil; ~ baha­gian orang yg mengambil bahagian, peserta.Kamus Dewan Edisi Keempat
cakap Ibicara, kata, kecek, tutur; ~ angin cakap yg tidak ada isi atau tidak betul (omong kosong); ~ mulut bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari (tidak dlm tulisan); ~ berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tiada suatu pun pekerjaan yg dilakukan; dengar ~ enggang, makan buah beluluk, dengar ~ orang, terjun masuk lubuk prb sesuatu pekerjaan itu kalau tidak difikirkan sendiri dgn betul-betul dan hanya mendengar cakap orang adalah mudarat akibatnya; mengalih kain payah juga ke ceruk, mengalih ~ di mata-mata sahaja prb memperkatakan sesuatu rahsia itu haruslah berhati-hati kerana buruk akibatnya kalau diperkatakan kpd orang yg tiada tentu; bercakap 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; bercakap-cakap 1. berbual-bual, beromong­omong; 2. bercakap atau berbincang tentang sesuatu tanpa bertindak atau melakukan sesuatu: terpulanglah kpd sarjana-sarjana di Malaysia sendiri utk memajukan bidang Pengajian Melayu, bukan sekadar ~ mengenainya sahaja; mencakapi ark mengajak berkata (dgn), menegur, menyapa; mencakapkan, mempercakapkan 1. mem­bicarakan, memperkatakan: O, itukah yg hendak dicakapkan tadi!; apa yg dipercakapkan oleh orang dua beranak ini? 2. menceritakan, memberitahukan, mengkha­barkan: kalau Idah cakapkan pd Kak Inah boleh, tapi takkan Kak Inah boleh buat apa-apa; 3. mengucapkan, menyebutkan, meng­gunakan bahasa: bahasa Melayu dicakapkan di Malaysia dan di Indonesia oleh lebih drpd 100 juta manusia; percakapan, cakapan 1. pertuturan: segala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar; 2. pembicaraan, perbualan, perunding­an: kemudian drpd itu ~ antara kedua-duanya melarat kpd beberapa perkara yg lain; 3. apa-apa yg dicakapkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cakapI apa-apa yg diucapkan; tutur; kata. ~ ajuk cakap spt yg dituturkan oleh penutur asalnya. ~ angin cakap yg tidak ada isi dan tidak berfaedah; omong kosong. ~ besar cakap yg membesar-besarkan diri sendiri. ~ mulut bahasa yg digunakan dlm perbualan sehari-hari. ~ pindah cakap yg sudah diubah bentuknya menjadi laporan. bercakap 1 menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2 menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. bercakap-cakap berbual-bual; beromong-omong: Ia sedang ~ dgn kawannya semasa saya tiba. mempercakapkan 1 bercakap(-cakap) ttg sesuatu; memperkatakan: Tidak sesiapa pun yg dibenarkan ~ hal-hal itu di khalayak ramai. 2 menggunakan sesuatu bahasa utk melahirkan atau utk menyatakan sesuatu; menuturkan sesuatu: Bahasa Melayu dipercakapkan oleh lebih drpd 100 juta manusia. percakapan 1 perbuatan atau hal bercakap; perbualan: ~ dan tingkah lakunya sopan dan tertib sekali. 2 apa-apa yg dipercakapkan: ~ mereka melarat dr satu perkara ke satu perkara hingga larut malam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mahirterlatih utk mengerjakan sesuatu, ce­kap, lancar, pandai: orang Cina itu masih belum ~ berbahasa Melayu; memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: agak sukar bagi peserta jika tidak memiliki atau ~ kepandaian ter-tentu, spt kreativiti atau kemahiran meng-gunakan komputer; penguasaan bahasa bukan sekadar ~ aspek linguistik sesebuah bahasa; memahirkan melatih seseorang supaya ce­kap, mempelajari dgn sungguh-sungguh supaya mahir: pelajar akan didedahkan pd latihan yg dapat ~ mereka dlm menghadapi peperiksaan sebenar; kemahiran kecekapan, kepandaian: ~ Fer-nando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka; berkemahiran mempunyai kemahiran, ma­hir: dan tentu ramai calon di situ yg lebih ~, lebih layak, fikirnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pandai1 lekas mengerti serta faham akan sesuatu yg diajarkan; tidak bodoh; cerdik: Dlm darjahnya, dialah yg paling ~. 2 tahu serta dpt melakukan sesuatu; mahir: Bapa saya ~ berbahasa Jerman. 3 orang yg mahir dlm sesuatu pekerjaan; tukang: ~ emas tukang emas. memandai-mandai berbuat sesuatu mengikut fikiran sendiri; berbuat sekehendak hati; berlagak pandai: Jika tidak tahu, tak usahlah ~. kepandaian keadaan atau sifat pandai; kebolehan serta kemahiran; kecerdikan: Dgn ~ memanah itulah, askar Mesir dpt mengalahkan negeri Parsi pd zaman dahulu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas