| sambil lewa | tidak bersungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu dll), sambil-sambilan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lewa I | (léwa); sambil ~ tidak bersungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu dll), sambil-sambilan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| beruntung-untungan | berserah kpd nasib semata-mata (tidak bersungguh-sungguh mengharapkan hasil). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| beruntung-untungan | berserah kpd nasib semata-mata (tidak bersungguh-sungguh mengharapkan hasil). | Kamus Pelajar |
| bermudah-mudah | menganggap senang sahaja sesuatu pekerjaan, mengerjakan dgn tidak bersungguh-sungguh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| untung | beruntung-untungan berserah kpd nasib semata-mata (tidak bersungguh-sungguh mengharapkan hasil). | Kamus Pelajar |
| sepintas lalu | a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak mendalam (membaca, mengkaji dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ringkas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar ~ lalu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sepintas | ; ~ lalu a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak mendalam (membaca, mengkaji dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ringkas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar ~ lalu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bermain-main | 1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguhsungguh, berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lalai | 1 tidak berhati-hati atau tidak bersungguh-sungguh melakukan sesuatu: Ketika memandu, janganlah ~, nanti berlanggar. | Kamus Pelajar |