| jelita I | cantik, elok, molek: dr tingkap rumahnya itu dia dapat melihat seorang gadis ~ sedang menunggu bas; kejelitaan perihal jelita, kecantikan: dia terpesona dgn ~ gadis kampung itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lamban | Mn tidak cepat (bekerja dll), tidak cergas, kelesa, lambat, lemah: dgn ~, dikatupnya kembali tingkap cermin itu; kelambanan keadaan lamban: ~ plot novel itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tonjol | bengkak (pd kulit, dahi, dll), benjol, jendul; bertonjol, bertonjol-tonjol berbenjol-benjol, berjendul(-jendul): jerawat bertonjol-tonjol di mukanya; menonjol 1. merupakan tonjol, berbenjol, berjendul: kelihatan jelas tulang-tulang ~ keluar; 2. menganjur (menjorok) keluar, menjenguk keluar, menjengul, menyembul: tiba-tiba kepalanya ~ keluar dr tingkap; ia ~ keluar tingkap melihat-lihat kalau-kalau ada orang datang; 3. kelihatan jelas mencolok mata, sangat nyata: yg segera ~ ialah sifat sensasi pengarang; nasihatnya tidak begitu ~ spt pengarang-pengarang Melayu; kesalahan-kesalahan yg ~; menonjolkan 1. menjorokkan, menyorong-kan (ke muka): kutonjolkan empu jariku ke atas utk mengatakan semuanya berjalan baik; keretanya itu ditonjolkan ke depan hingga terkena dinding rumahnya; 2. menge-luarkan supaya dilihat (nampak), menampak-kan (diri dll), menyembulkan, muncul: ~ kepala melalui tingkap; 3. mengemukakan (supaya diketahui dll), menjadikan jelas kelihatan, memperlihat-lihatkan, menyodor-kan: ia seorang yg suka menonjol-nonjolkan dirinya; kulit buku DBP juga hendaklah melambangkan identiti DBP dan sekali gus ~ siri, jenis, peringkat dan kategori buku; tertonjol teranjur, tersembul: perutnya kelihatan ~; tonjolan sesuatu yg menonjol (ditonjolkan); penonjolan perihal menonjolkan: ~nya dlm filem itu sungguh berkesan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kisi I | ; kisi-kisi 1. batang-batang drpd kayu atau logam (besi dll) yg dipasang berdiri (pd tingkap dll), jeruji, terali, kekisi: penjara yg ada sekarang ini berpuluh-puluh jendelanya, dan ~nya semuanya drpd besi; 2. palang (drpd kayu dll) yg menghubungkan gandar (pusat) roda dgn lingkarannya; 3. celah (pintu dll); berkisi 1. = berkisi-kisi memakai (mempunyai) kisi-kisi: setiap tingkap rumah itu ~; 2. = ~ kpd bertumpu (berpusat) pd. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meniup | 1. mengeluarkan nafas (udara), meng-hembus: langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia memarakkan api dgn ~nya; 2. membunyikan (alat bunyian dll) dgn menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulutnya ~ serunai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyembur (bomoh yg memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menjiprat mukaku; 4. = meniup-niup ki membangkitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau telah berusaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kisi-kisi | 1. batang-batang drpd kayu atau logam (besi dll) yg dipasang berdiri (pd tingkap dll), jeruji, terali, kekisi: penjara yg ada sekarang ini berpuluh-puluh jendelanya, dan ~nya semuanya drpd besi; 2. palang (drpd kayu dll) yg menghubungkan gandar (pusat) roda dgn lingkarannya; 3. celah (pintu dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kepak | 1. sayap: ayam jantan itu mengibar-ngibarkan ~nya; ~ burung; ~ kupu-kupu; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai sayap; ~ pintu daun pintu; berkepak 1. mempunyai kepak, bersayap (burung, agas, dll): setengah-setengah haiwan yg ~ tidak dapat terbang; ada burung yg ~ besar dan ada yg ~ kecil; 2. berdaun (bkn pintu, tingkap): pintu ~ dua; 3. = berkepak-kepak mengibarkan kepak (spt ayam jantan yg hendak berkokok); mengepak-ngepak = terkepak-kepak berkepak-kepak, mengibar-ngibarkan kepak (sayap); mengepak-ngepakkan mengibar-ngibarkan (sayap). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lintang | 1. lebar (sesuatu kawasan), lwn panjang atau bujur: kawasan itu luasnya 10 meter persegi, panjangnya 5 meter, berapakah jarak ~nya? 2. mengikut lebar sesuatu benda (garisan, potongan, dll), malang: keratan ~; kayu ~; 3. ark pemidang yg mengikut lebar sesuatu benda (daun pintu, tingkap, dll); ~ bujur a) garisan dr sudut ke sudut; b) pergi atau berlari ke segenap arah; ~-kedak tidak teratur (letak sesuatu dll); ~-pukang a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang; melintang 1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll), malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru membalut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak; 3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); melintangi 1. menghalangi, menyekat, merintangi; 2. memberi tentangan (kpd pendapat, fikiran orang, dll), membantah, menyangkal; melintangkan meletakkan (supaya) melintang, meletakkan mengikut lintang sesuatu benda: tegakkan sebatang silinder dan kemudian lintangkan pembaris di tepi silinder itu; terlintang 1. terletak melintang, dlm keadaan melintang: terbujur lalu, ~ patah; 2. terhalang, terintang, tertahan: siapa engkau yg ~ dihadapanku ini? lintangan sesuatu yg melintang, galangan, halangan; pelintangan perihal (perbuatan dsb) melintang atau melintangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kilat I | 1. cahaya yg memancar di langit (biasanya sebelum guruh berbunyi): ~ sabung-menyabung, guruh berbunyi bertalu-talu menandakan hujan akan turun; secepat (spt) ~ sangat pantas; 2. cahaya sesuatu yg berkilau (gilap): ~ pisau; ~ sepatu; 3. sangat cepat atau pantas: keputusan ~ keputusan yg dibuat dgn seketika (tanpa berfikir atau berbincang panjang); kereta api ~ kereta api yg berjalan sangat deras; kursus ~ kursus yg tamat dlm masa yg singkat; ~ beliung sudah di kaki, ~ pisau sudah ke tangan, ~ cermin sudah ke muka prb orang yg bijaksana segera memahami kias (sindiran) orang; ~ di dlm kilau, kabus di dlm hujan prb dlm percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya; bagai ~ senja, bagai petir tunggal prb perihal kepantasan dan kegagahan seseorang pahlawan; hilang ~ dlm kilau prb tidak kelihatan lagi kebijaksanaan (kemuliaan dll) seseorang apabila sudah dikelilingi oleh orang-orang yg pandai (mulia dll); sekilat sekilas, sesaat, sekejap, seketika: matanya ke tingkap ~, kemudian ke muka Abdul Fakar semula; berkilat 1. memancarkan kilat, mengeluarkan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat bersinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); berkilat-kilatan berkilat-kilat, berkilauan: mata lembing berceracakan ke udara memantulkan sinar yg ~;berkilatan berkilat-kilat: ~lah lampu pemotret beberapa kali; mengilat 1. memancar (bercahaya) spt kilat, berkilat: kilat ~ sekali di langit, guruh menyusulnya; kelihatan beberapa orang serdadu Jepun yg berbayonet tajam ~; 2. pantas sekali, kelihatan sesaat sahaja: larinya ~; mengilatkan 1. memancarkan (mengeluarkan) cahaya spt kilat; 2. menjadikan berkilat (berkilap), mengilapkan: kayu itu dikerat elok-elok, dilicinkan dan dikilatkan; 3. = mengilat-ngilatkan membayangkan (tujuan dll), menyatakan sesuatu secara tidak langsung, menyindirkan: maka oleh bendahara sbg dikilat-kilatkan pd raja, akan laksamana juga disebutnya; terkilat kelihatan seketika sahaja, terbayang sejurus (dlm ingatan dll): ia mengingat-ingatkan rupa perempuan muda yg ~ tadi; dlm kenangannya, ~ gambaran yg mengharukan; ~ dlm hati terlintas dlm hati; ~ pd mukanya kelihatan terbayang pd mukanya; ikan ~ jala tiba prb sangat cepat bertindak (mengerti maksud kata-kata orang); ~ ikan di air, sudah tahu jantan betinanya prb sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang; kilatan kilat: ~ batu berlian boleh menentukan nilainya; pengilat bahan utk mengilatkan (menjadikan sesuatu kelihatan berkilat): ~ bibir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tertumpah | 1. telah ditumpahkan atau tumpah: air di dlm gelas itu berkocak, malah ada yg ~ ke bawah; 2. ki telah diberikan kpd, tercurahkan: dia masuk bilangan anak-anak yg pandai, sehingga kasih sayang gurunya ~ kepadanya; 3. ki tertumpu: dia memandang ke arah daun tingkap yg ke-gelapan, tempat ~nya bayangan api pelita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |