| kompromi | persetujuan atau penyelesaian yg berdasarkan tolak ansur atau jalan tengah (antara dua tuntutan yg bertentangan): penyelesaian itu merupakan satu ~ antara pihak majikan dan kesatuan pekerja; berkompromi bersetuju atau mencapai persetujuan (kesepakatan dsb) dgn cara bertolak ansur (dlm pertikaian dll): pertikaian itu tidak dapat diselesaikan kerana kedua-dua pihak enggan ~; mengkompromikan menyatakan persetujuan atau kesepakatan dgn unsur lain sehingga mencemarkan prinsip, pegangan hidup: penganut agama Islam dilarang ~ prinsip hidup mereka dgn mana-mana fahaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tolak ansur | saling menuruti (memberi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tolak ansur | saling memberi dan menerima. | Kamus Pelajar |
| tolak; kereta ~ | tolak ansur saling memberi dan menerima. | Kamus Pelajar |
| berkompromi | bersetuju atau mencapai persetujuan (kesepakatan dsb) dgn cara bertolak ansur (dlm pertikaian dll): pertikaian itu tidak dapat diselesaikan kerana kedua-dua pihak enggan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berformulakan | berdasarkan atau mempunyai sesuatu sbg formula: penyelesaian sesuatu masalah mestilah ~ sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara pihak yg terlibat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tolak ansur | saling memberi dan menerima. bertolak-ansur bersikap mahu berlebih kurang; bersikap mahu saling memberi dan menerima. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kundur | sj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera; ~ tikus sj tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, Melothria affinis; ~ tidak melata pergi, labu tidak melata mari prb persetujuan hendaklah berdasarkan tolak ansur dan persahabatan haruslah datangnya drpd kedua-dua belah pihak; kalau spt ~ labu, boleh dibelah prb utk menegaskan kebenaran atau kejujuran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| musyawarah | Ar perundingan dgn pihak-pihak lain utk menyelesaikan masalah atau mencapai persetujuan: MBIM boleh mengadakan forum ~ kebahasaan antara Malaysia dgn Indonesia; kesediaan menyelesaikan masa-lah secara ~ dgn perasaan terbuka dan ber-tolak ansur; bermusyawarah berunding, bermesyuarat: satu ciri yg ketara dlm masyarakat timur ialah konsep gotong-royong dan ~ utk menye-lesaikan masalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| konsesi | (konsési) 1. hak atau keizinan yg diberikan kpd syarikat dll utk menggunakan sesuatu kawasan bagi tujuan melombong (membalak dll): dua buah syarikat asing telah diberi ~ utk melombong besi di beberapa kawasan; pihak berkuasa negeri boleh juga memberi ~ kawasan kayu balak; 2. tolak ansur (dlm tuntutan, perundingan, dll): persetujuan akhirnya tercapai setelah kedua-dua pihak membuat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |