| trup | pasukan tentera yg terdiri drpd 30 hingga 40 orang anggota. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| trup | 1. sebahagian drpd skuadron, yg terdiri drpd 30 hingga 40 orang anggota; 2. kata arahan yg merujuk kpd kumpulan askar dlm tentera darat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bateri II | unit tentera yg dilengkapi dgn meriam dan kenderaan: satu trup ~ telah bergerak ke Pos Legap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| eselon | (éselon) 1. tingkat pangkat (kedudukan) dlm sesuatu organisasi, masyarakat dsb: ~ atasan; 2. formasi yg terdiri drpd beberapa kapal terbang, kapal atau trup dsb yg bergerak berturut-turut dan ke sisi antara satu sama lain dlm susunan spt tangga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| skuadron | 1. unit tentera udara yg terdiri drpd 10 hingga 18 buah pesawat terbang; 2. pasukan tentera darat yg terdiri drpd lebih kurang 100 orang anggota, merupakan sebahagian drpd rejimen, dan biasanya dibahagikan kpd tiga trup; 3. unit tentera laut yg terdiri drpd dua buah kapal atau lebih yg sama jenisnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |