| hubung | ; berhubung 1. berangkai, bersambung, beruntun (antara satu dgn lain); huruf tulis yg ~ huruf tulis yg bersambung; 2. berkaitan dgn, berkenaan (dgn): ia berusaha menyelesaikan segala urusan yg ~ dgn tanahnya; kebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatan-kegiatan yg ~ dgn agama; 3. oleh sebab, kerana: ~ dgn kurangnya ahli yg datang, maka mesyuarat ditangguhkan; 4. bertukar-tukar (berita, fikiran, dll) dgn berbagai-bagai jalan: sekarang kita dapat ~ dgn saudara-mara di Medan menerusi telefon radio; bahasa ialah alat bagi manusia ~ dgn manusia lain; ~ puntung = putus ~ bp (merokok) bersambung-sambung (hampir habis rokok yg satu disambung pula dgn rokok lain); berhubungan 1. ada sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan; menghubung menyambung sesuatu dgn yg lain (bukan bermakna menambah panjang): tali ini boleh dipakai utk ~ galah; menghubungi 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa; menghubungkan 1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; hubungan 1. sambungan, rangkaian: jikalau ada tersalah bahasanya atau aturan perkataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak; 2. hasil berhubung: kalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus; 3. kaitan, pertalian, sangkut paut: utk mempereratkan ~ persaudaraan Islam; dlm ~ ini berkenaan apa yg telah dinyatakan (diterangkan) atau yg sedang dibincangkan; ~ darah hubungan kekeluargaan; ~ diplomatik hubungan dgn perantaraan perwakilan (diplomat) antara negara-negara di dunia; ~ dua hala hubungan antara dua pihak yg secara langsung tidak melibatkan pihak lain; ~ batin = ~ jenis = ~ kelamin = ~ seks persetubuhan; ~ nyawa kekasih, kesayangan, buah hati; ~ ras (Ant) hubungan sosial yg terjalin antara anggota masyarakat yg berlainan keturunan atau bangsa dlm sesebuah masyarakat atau negara; sehubungan berkaitan dgn, bersangkutan dgn; perhubungan 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai perantaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kementerian yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-perkara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalamnya; ~ awam amalan menjalinkan, menggalakkan atau memupuk semangat muhibah, kemesraan, imej yg baik dsb di kalangan orang ramai oleh atau terhadap sesebuah syarikat, firma, institusi dsb; ~ darah pertalian kekeluargaan; ~ perindustrian urusan perhubungan antara pihak majikan dgn para pekerja dlm industri, biasanya melibatkan aspek-aspek perundingan secara kolektif dsb; penghubungan perihal atau perbuatan menghubungkan; penghubung (alat, orang, dll) yg menghubung(kan); kata ~ kata yg digunakan utk menghubungkan dua kata atau dua ayat; tanda ~ garis utk menghubungkan kata atau suku kata; perwira ~ Id pegawai perhubungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tulis | ; batu ~ a) papan batu (utk menyurat); b) = batu bertulis batu bersurat, prasasti; bilik ~ bilik tempat menyurat (membaca dll); buku ~ = kitab ~ buku kosong utk menyurat; kain ~ kain batik; kapur ~ kapur utk menyurat pd papan hitam dll; mesin ~ alat untuk menaip, mesin taip; spt ~ di atas air prb nasihat yg baik itu tidaklah berguna kpd orang yg memang jahat; bertulis ada tulisannya, sudah ditulis, bersurat: surat yg ~ dgn huruf Jawi; batu ~ batu tulis; ~ tangan disurat dgn tangan; menulis 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; tulis-menulis perihal menulis (mengarang dll), karang-mengarang; menulisi menulis (menyurat) pd: jangan ditulisi buku ini; menuliskan 1. menulis sesuatu di, mencatatkan: dia meminta kertas drpd jururawat, lalu ~ namanya; 2. menggunakan sesuatu utk menulis, menulis dgn (pensel dll): bagaimana hendak ~ pensel yg tumpul ini? 3. menceritakan dgn menulis, mengarangkan, menyuratkan: cerita ini kutuliskan secara roman sejarah; 4. menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: dia meminta saya ~nya sepucuk surat; 5. membuatkan gambar (peta dll), menggambarkan, melukiskan: inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini; tertulis telah atau sudah ditulis, tercatat, tersurat: harga yg ~ pd peti itu ialah RM7.50 sen; tulisan 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg ditulis, cara menulis: rupa ~mu spt cakar ayam; dgn ~ dgn ditulis (tidak dgn kata-kata); 2. hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell? 3. sl sesuatu yg digambarkan, gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5. sesuatu yg ditakdirkan, nasib, suratan; ~ cepat Id trengkas; ~ Jawi tulisan yg memakai huruf-huruf Jawi; ~ nasib suratan takdir; ~ Rumi tulisan yg memakai huruf-huruf Rumi; ~ tangan tulisan yg ditulis dgn tangan (tidak ditaip atau dicetak); penulisan perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (mengarang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; penulis 1. orang yg menulis: siapa ~ surat ini? 2. pengarang (novel, cerpen, dll), penyair, penyajak: hampir semua orang yg hadir pd majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka; 3. panitera, setiausaha, sekretaris; ~ cepat jurutrengkas; 4. sl orang yg melukis (meng-gambar), penggambar, pelukis: setelah dilihat oleh segala Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan; ~ tamu tokoh khas yg diundang oleh sesebuah institusi, badan dsb utk menghasilkan karya tulisan yg berupa novel, puisi dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tulis; bertulis | 1 hasil drpd menulis; sesuatu yg ditulis: ~nya cantik dan bersih. | Kamus Pelajar |
| tulis; bertulis | 2 menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: Saya telah ~nya sepucuk surat. | Kamus Pelajar |
| tulis | ; bertulis mempunyai tulisan; ada tulisannya; bersurat: Kertas itu sudah ~. menulis 1 membuat huruf dll dgn menggunakan kalam, pensel, pena dll: Murid-murid darjah satu baru saja belajar ~ A, B, C. 2 menyatakan fikiran atau perasaan dgn tulisan; mengarang. 3 membuat kain batik dgn tangan; membatik dgn tangan. tulis-menulis hal-hal menulis, mengarang dsb. menulisi menulis atau mencatat pd: Ia ~ kertas itu dgn pena. menuliskan 1 menggunakan sesuatu utk menulis: Ia tidak dpt ~ pena itu kerana tidak berdakwat. 2 menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: Saya telah ~nya sepucuk surat. tertulis sudah atau telah ditulis; tercatat. tulisan 1 hasil drpd menulis; sesuatu yg ditulis: ~nya cantik dan bersih. 2 hasil karangan dlm bentuk prosa atau puisi: ~ Enid Blyton sangat disukai oleh kanak-kanak. 3 kain yg dibatik (dgn tangan), bukan dicetak. penulisan perbuatan (hal dsb) menulis atau mengarang. penulis 1 orang yg menulis. 2 pengarang sesuatu hasil sastera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tandatangan | nama (ringkasan nama) yg ditulis oleh orang itu sendiri: pengantin lelaki itu pun menurunkan ~nya ke dlm buku Daftar Perkahwinan; ~ balas a) tandatangan yg diturunkan pd sesuatu dokumen, kontrak dsb yg sudah pun ditandatangani oleh orang lain; b) (Eko) tandatangan ejen berlesen atau wakilnya ke atas polisi insurans utk menjadikannya sebuah kontrak yg sah di sisi undang-undang; ~ ringkas tandatangan dgn huruf pertama (awal) nama sendiri; bertandatangan ada tandatangannya, sudah dibubuh tandatangan; menandatangani menurunkan (membubuh) tandatangan pd: dlm bulan Mei 1606, orang Belanda ~ satu perjanjian dgn negeri Johor; penandatanganan perihal menandatangani (surat, perjanjian, dsb): ~ perjanjian persahabatan antara kedua-dua buah negara tersebut telah dilangsungkan di Kuala Lumpur; penandatangan orang yg menandatangani (surat, perjanjian, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rim I | kuantiti kertas yg berjumlah 480 helai (biasanya kertas tulis) atau 500 helai (biasanya kertas cetak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pakai | 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; dipakai bp didengar (diberi perhatian): teguranku tidak sedikit pun ~nya; berpakai 1. = berpakai-pakai (sedang) mengenakan pakaian: kira-kira pukul lima petang, Rijnhaard telah berpakai-pakai; 2. Mn masih dijalankan (digunakan), masih terus berlaku; memakai 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. menggunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); memakaikan 1. mengenakan baju dll pd: ia telah dipakaikan pula baju dan seluar yg labuh dan besar; 2. menggunakan (mempergunakan) pd: diberinya sebilah keris yg bernama Tanjung Lada, maka dipakaikan oleh Apu itu kpd anaknya; 3. ark memakai; terpakai 1. dipakai: apa yg telah disebutkan tentang sistem otot dahulu ~ juga pd sistem saraf; 2. sudah dipakai: wang yg ~ hanya sebahagian sahaja; pakaian 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (dilakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; berpakaian 1. ada pakaiannya, memakai pakaian: seorang muda ~ rapi; 2. mengenakan pakaian; pemakaian 1. perihal (perbuatan, cara, dsb) memakai atau menggunakan, penggunaan: berbagai-bagai perkara yg sering menimbulkan kekeliruan dr segi ~ dibincangkan secara terperinci; ~ bahasa; ~ pesawat jet; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; sepemakaian selengkap pakaian dll; pemakai 1. (orang dll) yg memakai atau menggunakan: ~ bahasa; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; 3. orang yg suka menghias diri: dia tu memang ~ orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ingatan | 1 sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran: Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2 kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~nya masih kuat. 3 perhatian: Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa alat tulis sendiri. 4 ist bahagian dlm komputer yg menyimpan data atau maklumat, dan data atau maklumat tsb boleh didapatkan kembali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| ingatan | 1. sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran:Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2. kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~ nya masih kuat. 3. perhatian:Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa ala tulis sendiri. | Kamus Pelajar |