| nanti II | tunggu; ~ sebentar tunggu sebentar; menanti 1. menunggu (ketibaan sesuatu): ia sedang ~ di sana; 2. tersedia utk dihadiahkan (diberikan dsb): hadiah wang tunai RM100 000 ~ kampung yg dipilih sbg yg tercantik dan terbersih; menanti-nanti sentiasa (lama) menanti, menunggu-nunggu: dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang; menantikan menunggu ketibaan sesuatu (orang, waktu, dll), menunggu akan: maka Radin Kelang pun berdiri menghunus keris ~ orang mengamuk itu; ia ~ hari malam, sangat lama rasanya; menanti-nantikan menunggu-nunggu ketibaan sesuatu, menunggu-nunggu akan: orang yg telah lama hilang dilarikan si pengayau dinanti-nantikan; ternanti-nanti, nanti-nantian menunggu-nunggu dgn penuh harapan, selalu berharap: ibu tirinya memang ~ hendak mendengar buah fikirannya; ibu telah ~ agaknya; ~ bagai berlakikan raja prb a) perihal orang yg berhajat kpd seseorang yg tidak sangat berkehendak kepadanya; b) menantikan pertolongan orang yg banyak pekerjaannya; penantian 1. perihal menanti: ~ itu membingungkan dan mencemaskan; Encik Ramli beku dlm ~; pertunangan selama enam bulan bukanlah suatu ~ yg singkat bagi orang yg sedang mabuk cinta; 2. tempat menanti (menunggu); penanti (orang) yg menanti, penunggu, penyambut tetamu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tunggu | ; bertunggu sedang menjaga; berjaga; berkawal. menunggu 1 menjaga supaya selamat (ttg rumah, orang sakit dll): Sudah dua malam ia tidak tidur kerana ~ anaknya yg sakit itu. 2 menanti ketibaan sesuatu (spt tetamu, kereta api): Sudah lama ia ~ kereta api tetapi belum juga sampai. ~ masa menanti hingga tiba masanya. 3 mendiami atau menduduki sesuatu tempat: Sudah lima tahun ia ~ pondok itu. menunggu-nunggu sentiasa menunggu; lama menunggu: Ia masih ~ kepulangan suaminya. menunggukan 1 menjaga atau mengawal sesuatu utk orang lain. 2 menunggu sesuatu yg akan terjadi; menantikan sesuatu. tertunggu-tunggu dlm keadaan menunggu-nunggu. penungguan perbuatan atau hal menunggu; penantian. penunggu 1 orang yg menunggu, mengawal dsb; pengawal; penjaga. 2 orang yg menunggu atau yg menanti utk menyambut kedatangan tetamu dll. 3 orang yg mendiami atau yg menghuni sesuatu tempat. 4 hantu atau puaka yg kononnya menunggu (mendiami) sesuatu tempat: Pokok besar itu dikatakan ada ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tunggu III | Mn; menunggu 1. meminta kembali (barang yg telah diberikan dll); 2. meminta supaya dijelaskan hutang, menagih; 3. menuntut (janji). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tunggu II | ; burung ~ taman sj burung, Terpsiphone incii. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tunggu kejap | nanti sebentar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tunggu(wait) | 1. Ciri pemprosesan yang memaksa sesuatu proses berhenti sehingga capaian atau pencarian data selesai sebelum meneruskan pengerjaannya. 2. Nama suruhan bahasa aras rendah yang membuatkan proses menunggu untuk suatu masa tertentu. | Kamus Komputer |
| tunggu; bertunggu | 4 hantu atau puaka yg kononnya menunggu (mendiami) sesuatu tempat: Pokok besar itu dikatakan orang ada ~nya. | Kamus Pelajar |
| tunggu; bertunggu | 3 orang yg mendiami atau yg menghuni sesuatu tempat. | Kamus Pelajar |
| tunggu; bertunggu | 2 orang yg menunggu atau yg menanti utk menyambut kedatangan tetamu dll. | Kamus Pelajar |
| tunggu; bertunggu | 1 orang yg menunggu, mengawal dsb; pengawal; penjaga. | Kamus Pelajar |