| mencampuri | 1 bercampur dgn: Tidak mungkin minyak dpt ~ air. 2 turut memasuki hal orang lain: Itu urusan mereka, tidak usah kita ~nya. 3 bergaul atau menggabungkan diri dgn: Jangan sekali-kali ~ orang jahat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mencampuri | 1. bercampur dgn: Tidak mungkin minyak dpt ~ air. 2. turut memasuki hal orang lain: Itu urusan mereka, tidak usah kita ~nya. 3. bergaul atau menggabungkan diri dgn: Jangan sekali-kali ~ orang jahat. | Kamus Pelajar |
| campur | kira-kira ~ kira-kira menjumlahkan sesuatu angka dgn angka-angka lain supaya menjadi lebih banyak (spt 5 + 5 = 10; 3 + 3 + 2 = 8). ~ tangan a. turut serta dlm urusan orang lain. b. turut serta melakukan sesuatu. bercampur 1. bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Minyak dgn air tidak akan ~. 2. berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. mencampur membuat kira-kira campur. mencampuri 1. bercampur dgn: Tidak mungkin minyak dpt ~ air. 2. turut memasuki hal orang lain: Itu urusan mereka, tidak usah kita ~nya. 3. bergaul atau menggabungkan diri dgn: Jangan sekali-kali ~ orang jahat. mencampurkan 1. menambahkan sesuatu pd sesuatu yg lain supaya bercampur: Kalau minum teh, saya suka ~ air limau sedikit. 2. mengumpulkan atau menyatukan (dua tiga jenis dll) supaya bercampur: Kerana kekurangan beras, mereka terpaksa ~ beras dgn jagung ketika bertanak. 3. mengira berapa jumlah besarnya (ttg angka yg ditambahkan kpd angka-angka lain); menjumlahkan: Si Ali sedang sibuk ~ markah yg diperolehnya dlm peperiksaan yg telah diadakan itu. campuran 1. sesuatu yg sudah bercampur. 2. benda-benda yg dicampurkan. percampuran 1. keadaan bercampur. 2. perbuatan atau hal bercampur dgn orang lain; pergaulan. pencampuran perbuatan atau hal mencampurkan. campur aduk; bercampur aduk bercampur benar dgn tidak menentu; (sudah) bergaul atau berkacau benar;bercampur baur. mencampuradukkan menjadikan bercampur aduk. campur baur; bercampur baur 1. bercampur dgn tidak menentu; bercampur aduk. 2. berkumpul dan berbaik-baik (selaku sahabat, suami isteri dsb); bergaul: Saya sudah ~ dgn mereka sejak sepuluh tahun yg lalu. mencampurbaurkan menjadikan bercampur baur; mencampuradukkan. campur bicara, = campur mulut; bercampur bicara, = bercampur mulut 1. turut berbicara; turut berkata-kata. 2. turut memasuki urusan orang lain. campur gaul; bercampur gaul berkumpul dan berbaik-baik (sbg sahabat dsb); bergaul; bermesra (sbg suami isteri). | Kamus Pelajar |
| campur | ; kira-kira ~ kira-kira menjumlahkan sesuatu angka dgn angka-angka lain supaya menjadi lebih banyak (spt 5 + 5 = 10; 3 + 3 + 2 = 8). ~ tangan a. turut serta dlm urusan orang lain. b. turut serta melakukan sesuatu. bercampur 1 bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Minyak dgn air tidak akan ~. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. mencampur membuat kira-kira campur. mencampuri 1 bercampur dgn: Tidak mungkin minyak dpt ~ air. 2 turut memasuki hal orang lain: Itu urusan mereka, tidak usah kita ~nya. 3 bergaul atau menggabungkan diri dgn: Jangan sekali-kali ~ orang jahat. mencampurkan 1 menambahkan sesuatu pd sesuatu yg lain supaya bercampur: Kalau minum teh, saya suka ~ air limau sedikit. 2 mengumpulkan atau menyatukan (dua tiga jenis dll) supaya bercampur: Kerana kekurangan beras, mereka terpaksa ~ beras dgn jagung ketika bertanak. 3 mengira berapa jumlah besarnya (ttg angka yg ditambahkan kpd angka-angka lain); menjumlahkan: Si Ali sedang sibuk ~ markah yg diperolehnya dlm peperiksaan yg telah diadakan itu. campuran 1 sesuatu yg sudah bercampur. 2 benda-benda yg dicampurkan. percampuran 1 keadaan bercampur. 2 perbuatan atau hal bercampur dgn orang lain; pergaulan. pencampuran perbuatan atau hal mencampurkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bimbang | berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yg tidak diingini berlaku, khuatir, risau: perasaan ~nya itu akhirnya bertukar menjadi perasaan takut pula; seluruh keluarganya ~ apabila dia tidak pulang-pulang; tak usah ~, gula di dlm mulut, bila hendak telan, telan prb apa yg dikhuatirkan lagi, benda itu sudah dlm milik kita; berbimbang; ~ hati berasa bimbang (khuatir, risau); membimbangkan menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan: ugutan perempuan itu ~ hatinya; pandangannya itu ~ Hilmi;kebimbangan perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan: setelah kejadian itu, dia tetap dlm ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cepat | 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah; ~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; secepat; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; cepat-cepat dgn pantas sekali, dgn sangat cepat: Mak Limah ~ mengesat air matanya dgn hujung lengan baju kurungnya yg lusuh; mereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat utk pergi ke sekolah; secepat-cepatnya secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya; bercepat-cepat, bersecepat, bersicepat 1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang; mencepat menjadi cepat; mencepatkan 1. melakukan (mengerjakan dll) dgn cepat, menderaskan, mengencangkan: aku pun ~ langkahku; 2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu: rumah yg ~ mereka kaya; mempercepat menjadikan lebih cepat; cepatan kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu, pecutan; kecepatan 1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat; pencepatan perihal mencepatkan; pencepat alat utk mencepatkan atau mempercepat gerakan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kawan | 1 kumpulan binatang (spt kambing, lembu); gerombolan (penjahat, perompak dll): Ketika merayau-rayau di dlm hutan, dia telah bertemu dgn se~ gajah. Se~ penjahat bersembunyi di dlm hutan. 2 sahabat; teman; rakan; pengikut: Ali dan ~-~nya berkelah di tepi pantai. 3 sesuatu yg dimakan dgn sesuatu sbg pelengkap; jodoh: ~ sirih apa-apa yg dimakan dgn sirih (pinang, gambir dll). 4 orang yg bersama-sama melakukan sesuatu: ~ sekerja orang yg sama-sama bekerja dlm satu pejabat. berkawan 1 = berkawan-kawan berkelompok-kelompok; beramai-ramai: Gajah biasanya hidup ~ di dlm hutan. 2 bersahabat; berteman: Dia jahat, tak usah ~ dgn dia. mengawan melakukan hubungan jenis (bkn binatang). mengawani menemani: Gadis itulah yg ~nya apabila suaminya keluar bekerja pd waktu malam. kawanan sekumpulan binatang; segerombolan penjahat dsb: ~ penyamun. pengawanan perihal atau perbuatan mengawan: Proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bunga | 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg biasanya berwarna-warni dan akan menjadi buah: Jangan dipetik ~ itu. 2 gambar atau lukisan sbg perhiasan pd kain dsb: Kain batik ini cantik sungguh ~nya. 3 = ~ wang wang yg diperoleh kerana meminjamkan wang atau kerana memberikan modal; keuntungan drpd modal; faedah: Pinjaman itu telah dikenakan ~ sebanyak lima peratus. 4 ki sesuatu yg dianggap cantik atau menarik: Saodah merupakan ~ yg sedang mekar di kampung itu. 5 tanda atau alamat bermulanya sesuatu: Sudah tampak ~nya bahawa peperangan akan meletus di daerah itu. 6 corak yg timbul pd bahagian luar tayar (utk mencengkam jalan dsb); corak yg timbul pd getah keping (utk mempercepat proses pengeringan): ~ tayar. ~ api a. percikan atau cetusan api. b. sj mercun yg mengeluarkan api yg beraneka rupa dan warna. ~ bahasa kata-kata yg terdiri drpd kiasan dsb utk menyedapkan percakapan atau karangan. ~ bibir a. kata-kata yg manis. b. sesuatu yg selalu dipercakapkan orang. ~ karang sj tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd batu karang. ~ kertas a. bunga yg dibuat drpd kertas. b. nama sj pokok atau bunganya (bunganya tipis), Bougainvillea spp.. ~ kuku bahagian kuku yg keputih-putihan pd pangkal kuku. ~ lagu kata-kata dlm lagu, biasanya yg terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu. ~ lawang a. = ~ pala kulit bunga pala (Myristica fragrans) yg digunakan sbg rempah. b. buah sj pokok yg berbentuk spt bintang (Illicium verum) yg digunakan sbg rempah. ~ mas a. bunga hiasan yg dibuat drpd mas. b. ufti dlm bentuk bunga yg dibuat drpd mas. ~ melur (pekan) nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Jasminum grandiflorum. ~ pamor corak pamor pd bilah keris yg berpamor. ~ pecah periuk a. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna jingga atau merah tua), Ixora coccinea. b. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna ungu kemerah-merahan), Ixora incarnata. c. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna putih), Ixora odorata. ~ rampai campuran carikan beberapa jenis bunga dan daun-daunan yg harum baunya. ~ raya a. nama sj pokok renek atau bunganya, Hibiscus rosa sinensis. b. ki perempuan lacur. ~ raya dadu nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih pd waktu pagi dan berubah menjadi merah pd waktu tengah hari), Hibiscus mutabilis. ~ serunai nama sj herba atau bunganya (bunganya berwarna kuning), Weldelia biflora. ~ tanah lapisan tanah yg di atas sekali serta subur pula. ~ tanjung nama sj pohon atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Mimosops elengi. ~ telur telur yg diwarnai atau tidak serta diberi bertangkai atau berbekas dan dihadiahkan kpd tetamu yg hadir dlm majlis perkahwinan dsb. bunga-bungaan 1 berbagai-bagai jenis bunga: Kayu-kayan dan ~ ditanam di taman itu. 2 bunga tiruan yg dibuat drpd kertas dsb: Pintu gerbang itu dihias dgn ~ kertas. berbunga 1 ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2 = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3 mendapat bunga atau faedah: Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4 menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. membunga 1 menyerupai bunga bentuknya. 2 membuat corak yg berjalur-jalur pd getah keping dgn menggunakan mesin getah. 3 melarik gambar bunga pd sesuatu yg ditukangi. membungai 1 menghias sesuatu dgn bunga; mengindahkan dgn bunga. 2 menjadikan sesuatu lebih indah atau cantik; menghias. 3 memberikan atau membayar bunga wang. membungakan meminjamkan wang dgn mengenakan bunga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bunga | 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg biasanya berwarna-warni dan akan menjadi buah: Jangan dipetik ~ itu. 2. gambar atau lukisan sbg perhiasan pd kain dsb: Kain batik ini cantik sungguh ~ nya. 3. = ~ wang wang yg diperoleh kerana meminjamkan wang atau kerana memberikan modal; keuntungan drpd modal; faedah: Pinjaman itu telah dikenakan ~ sebanyak lima peratus. 4. ki sesuatu yg dianggap cantik atau menarik: Saodah merupakan ~ yg sedang mekar di kampung itu. 5. tanda atau alamat bermulanya sesuatu: Sudah tampak ~nya bahawa peperangan akan meletus di daerah itu. 6. corak yg timbul pd bahagian luar tayar (utk mencengkam jalan dsb); corak yg timbul pd getah keping (utk mempercepat proses pengeringan): ~ tayar. ~ api a. percikan atau cetusan api. b. sj mercun yg mengeluarkan api yg beraneka rupa dan warna. ~ bahasa kata-kata yg terdiri drpd kiasan dsb utk menyedapkan percakapan atau karangan. ~ bibir a. kata-kata yg manis. b. sesuatu yg selalu dipercakapkan orang. ~ karang sj tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd batu karang. ~ kertas a. bunga yg dibuat drpd kertas. b. nama sj pokok atau bunganya (bunganya tipis), Bougainvillea spp.. ~ kuku bahagian kuku yg keputih-putihan pd pangkal kuku. ~ lawang a. = ~ pala kulit bunga pala (Myristica fragrans) yg digunakan sbg rempah. b. buah sj pokok yg berbentuk spt bintang (Illicium verum) yg digunakan sbg rempah. ~ mas a. bunga hiasan yg dibuat drpd mas. b. ufti dlm bentuk bunga yg dibuat drpd mas. ~ melur (pekan) nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum),Jasminum grandiflorum. ~ pamor corak pamor pd bilah keris yg berpamor. ~ pecah periuk a. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna jingga atau merah tua), Ixora coccinea. b. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna ungu kemerah-merahan), Ixora incarnata. c. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna putih), Ixora odorata. ~ rampai campuran carikan beberapa jenis bunga dan daun-daunan yg harum baunya. ~ raya a. nama sj pokok renek atau bunganya, Hibiscus rosa-si-nensis. b. ki perempuan lacur. ~ raya dadu nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih pd waktu pagi dan berubah menjadi merah pd waktu tengah hari),Hibiscus mutabilis. ~ serunai nama sj herba atau bunganya (bunganya berwarna kuning), Weldelia biflora. ~ tanah lapisan tanah yg di atas sekali serta subur pula. ~ tanjung nama sj pohon atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Mimosops elengi. ~ telur telur yg diwarnai atau tidak serta diberi bertangkai atau berbekas dan dihadiahkan kpd tetamu yg hadir dlm majlis perkahwinan dsb. bunga-bungaan 1. berbagai-bagai jenis bunga: Kayu-kayan dan ~ ditanam di taman itu. 2. bunga tiruan yg dibuat drpd kertas dsb: Pintu gerbang itu dihias dgn ~ kertas. berbunga 1. ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2. = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3. mendapat bunga atau faedah:Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4. menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. membunga 1. menyerupai bunga bentuknya. 2. membuat corak yg berjalur-jalur pd getah keping dgn menggunakan mesin getah. 3. melarik gambar bunga pd sesuatu yg ditukangi. membungai 1. menghias sesuatu dgn bunga; mengindahkan dgn bunga. 2. menjadikan sesuatu lebih indah atau cantik; menghias. 3. memberikan atau membayar bunga wang. membungakan meminjamkan wang dgn mengenakan bunga. | Kamus Pelajar |
| kawan | 1. kumpulan binatang (spt kambing, lembu dll); gerombolan (penjahat, perompak dll): Ketika merayau-rayau di dlm hutan, dia telah bertemu dgn se~ gajah. Se~ penjahat bersembunyi di dlm hutan. 2. sahabat; teman; rakan; pengikut: Ali dan ~-~ nya berkelah di tepi pantai. 3. sesuatu yg dimakan dgn sesuatu sbg pelengkap; jodoh: ~ sirih apa-apa yg dimakan dgn sirih (spt pinang, gambir dll). 4. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu: ~ sekerja orang yg sama-sama bekerja dlm satu pejabat. berkawan 1 = berkawan-kawan berkelompok-kelompok; beramai-ramai: Gajah biasanya hidup ~ di dlm hutan. 2. bersahabat; berteman: Dia jahat, tak usah ~ dgn dia. mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn binatang). menemani: Gadis itulah yg ~nya apabila suaminya keluar bekerja pd waktu malam. kawanan sekumpulan binatang; segerombolan penjahat dsb: ~ penyamun. | Kamus Pelajar |