| rakaman menegak(vertical recording) | Teknik merakamkan data pada bahantara storan dengan menindan bit data di atas satu sama lain berbanding dengan cara biasa yang merakamkan bit secara berdampingan. Kaedah ini membolehkan lebih banyak data disimpan dalam storan. | Kamus Komputer |
| penyepaduan menegak(vertical integration) | Penyepaduan yang dilakukan untuk meningkatkan sistem yang sedia ada dengan menggunakan sistem yang lebih baru atau yang lebih berkuasa tinggi daripada sistem yang sedia ada. | Kamus Komputer |
| penatalan menegak(vertical scrolling) | Proses menggerakkan paparan kandungan sesuatu dokumen ke atas atau ke bawah tingkap paparan mengikut pilihan pengguna. | Kamus Komputer |
| pemikiran menegak(vertical thinking) | Cara berfikir yang digunakan dalam sistem cerdas yang membina kesimpulan, bermula dengan satu fakta dan kemudian disokong atau dibidas oleh fakta lain yang diperoleh secara berjujukan mengikut masa. | Kamus Komputer |