| mainan | 1. benda yg digunakan (oleh kanak-kanak) utk bermain: anak-nya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg kelihatan spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~;3. sesuatu yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajar-lah dibantu dgn ilmu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mainan, main- | mainan 1. benda yg digunakan (oleh kanak-kanak) utk bermain: anak-nya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg kelihatan spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~;3. sesuatu yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajar-lah dibantu dgn ilmu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| main I | 1. sesuatu yg dilakukan utk bersenangsenang atau bersuka-suka (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak): ~ bola; ~ gasing; ~ guli; ~ jongkang-jongket; ~ tenis; 2. = bermain berbuat sesuatu utk menyukakan atau menyenangkan hati (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak): jangan ~ di tengah hujan nanti demam; 3. bp melakukan sesuatu dgn sesuka hati (tidak bersungguh-sungguh, sewenang-wenang): dia kini telah pandai ~-~ sabar; 4. berjudi: ~ judi; ~ tikam ekor; 5. mempertunjukkan wayang (sandiwara dll); 6. Id bp bekerja (utk mencari nafkah); 7. sl kebijaksanaan (dlm mengerjakan sesuatu), kepandaian, muslihat: tiada mengapa, lihatkan juga oleh sau-daraku ~ si Tuah dgn seterusnya; ~ angin selalu berubah (berputar belit) percakapannya; ~ gila berkelakuan (berbuat sesuatu) tidak senonoh atau kurang sopan; ~ kasar bp bertindak atau bercakap kasar; ~ kayu = ~ muda bp bersuka-sukaan (berseronok-seronok) dgn perempuan; ~ kayu tiga berpura-pura berbuat baik dgn tujuan berbuat jahat; ~ mata a) mengerling-ngerling (menjelingkan) mata; b) memberi isyarat dgn mata; ~ pantai sj perayaan memuja pantai; ~ pe-rempuan bermukah dgn perempuan; ~ re-butan berebut hadiah yg digantungkan pd tiang yg dilicinkan; ~ siku (sikut) a) menyinggung dgn siku; b) menipu dll ke sana sini; ~ sunglap a) main silap mata; b) mengenakan tipu muslihat (kpd), memperdaya; ~ tangan memukul dgn tangan; ~ tempel bp meminta pertolongan kpd orang yg berkuasa; ~ undi a) main loteri; b) ark main dadu; bukan ~ sungguh, sangat; bermain 1. melakukan sesuatu utk bersenang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan mengganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan menggunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) perempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; bermain-main 1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguhsungguh, berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja; memainkan 1. melakukan sesuatu dgn suatu benda selaku bermain-main atau bersuka-suka: ~ lembing; 2. melagukan nyanyian dgn bunyibunyian: ~ lagu keroncong; 3. membunyikan alat bunyi-bunyian: budak itu telah pandai ~ piano; 4. menayangkan (wayang dll): filem ini pernah dimainkan tahun lepas; 5. melakonkan (sandiwara, drama, dll): Badan Keluarga Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam; 6. memegang peranan sbg (dlm sandiwara, drama, dll): ia ~ watak ayah dlm drama itu; ~ peranan a) berlakon sbg; b) ki mengambil bahagian dlm; mempermainkan, memain-mainkan 1. bermain-main dgn, menggunakan sesuatu utk bermain-main (sbg permainan): ia tunduk dan jarinya kelihatan sedang memain-mainkan tepi tikar mengkuang; datuk itu bermisai panjang, tiada lepas tangannya dr misai, dimain-mainkannya; 2. memperlakukan utk bersenang-senang (mencari untung dll): jangan ~ anak gadis orang; mereka dipermainkan sahaja oleh majikan mereka; 3. memainkan (sandiwara, wayang, dll): Dalang Surung Rana pun berhenti di bawah pohon beringin, serta ~ wayangnya; 4. memperolok-olokkan, mempersendakan, menyindir-nyindir, mengeji-ngeji: maka ba-nyaklah tingkah lakunya yg jenaka di-permainkan oleh orang kampung akan dia; awak banyak dosa, awak selalu ~ Islam; mainan, main-mainan 1. benda yg digunakan (oleh kanak-kanak) utk bermain: anak-nya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg kelihatan spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~;3. sesuatu yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajar-lah dibantu dgn ilmu; permain sl teman bermain, orang yg menyukakan hati orang lain (dlm istana dll): kanak-kanak itu diambil akan ~ supaya ramai istana hamba; maka ada seorang budak bongkok ~ mandudari, maka budak bongkok itu dipanah Seri Rama; permainan 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan bermain (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadikan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (memakai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; sepermainan sama-sama bermain: kami ~ semasa kecil; pemain 1. orang yg bermain (bola, piano, dll), pelakon (drama dll): ~ biola; 2. orang yg suka bermain judi: wang permulaan di-terima lebih banyak drpd yg biasa, yg ~ boleh bermain di tikar judi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mesti | 1. tidak boleh tidak, wajib: kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti; 2. tentu, pasti: apa Kamal buat ~lah Aini tahu; 3. patut, wajar: ketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan pertanyaan menurut ~ nya; semestinya 1. sepatutnya, sewajarnya: sudah ~lah ayah tidak mahu mengikut kata-kataku; 2. sebenarnya, sememangnya: ke-padanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa kebahagiaan; memestikan 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan; termesti dimestikan (diwajibkan); kemestian 1. sesuatu yg dimestikan, kewajiban; 2. ketentuan, ketetapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kena | 1. bersentuh(an) dgn, berlanggar(an) dgn, lekat pd, terhantuk (terpukul dsb) pd: lututnya luka kerana ~ serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi; tikamannya itu ~ pd bahu lawannya; pemandu kereta itu cuba mengelakkan budak itu tetapi keretanya ~ tiang elektrik; 2. tepat pd sasarannya (bkn lontaran, tembakan, dsb), tidak menyimpang drpd sasarannya: dilemparkannya sebiji batu ~ kepala anjing itu; tembakannya tidak ~ dan musuh itu lepas lari; 3. ditimpa (sesuatu), mendapat (beroleh, diberi, menderita) sesuatu; ~ apa = apa ~ a) ditimpa apa; b) apa sebab, mengapa; ~ buat kena sihir (orang); ~ hujan ditimpa hujan; ~ penyakit demam kepialu mendapat (menderita) penyakit demam kepialu; ~ upah beroleh atau diberi upah (utk melakukan sesuatu); 4. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan (dan sama maksudnya dgn awalan ter atau di pd kata kerja); ~ marah dimarahi; ~ pukul dipukul; ~ tangan ditangani (dipukul dgn tangan); ~ tipu tertipu, ditipu; 5. tidak bebas (terlepas, terkecuali) drpd, dibebankan (diwajibkan) mematuhi peraturan (menanggung bayaran dll): semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu; 6. berpadanan atau berpatutan (bkn harga, tawaran, dll), cocok atau sesuai (dgn yg dikehendaki, yg sepatutnya, dsb), sesuai atau tepat sekali (dgn sesuatu, seseorang): kalau ~ harganya saya jual juga rumah ini; barang apa yg tidak ~ pd hatinya disuruhnya ubah atau gantikan; pakaian yg indah itu ~ pula dgn orang yg memakainya; ~ gayanya = ~ (dgn) jalannya cocok atau sesuai caranya; ~ pd tempatnya berpadanan, sesuai benar, tepat sekali; 7. terpaksa (membuat dll sesuatu): oleh sebab ibunya sakit, ~lah dia seorang diri mengurus rumah tangga; ia merungut kerana tiap-tiap hari ~ bangun pagi-pagi; ~ andeka ditimpa daulat (mendapat bencana kerana menderhaka kpd raja, pemerintah, dll); ~ ekor mendapat wang sbg hasil drpd cabutan nombor-nombor akhiran loteri (berasaskan keputusan lumba kuda); ~ emas menerima rasuah (wang suap); ~ hati a) jatuh cinta (pd); b) kesal, menyesal; ~ loteri mendapat hadiah kerana nombor tiket yg dibeli sama dgn nombor cabutan loteri; ~ miang a) lekat miang (buluh dll) pd bahagian tubuh; b) = ~ tempias ki mendapat bencana akibat perbuatan (kelakuan) buruk orang lain; ~ setan dirasuk setan; ~ tali kena tipu (ditipu); ~ batang hidung sendiri prb menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dll); ~-~ spt santan bergula, tak ~-~ bagai antan pukul kepala prb sesuatu perbuatan (perkataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan; kalau ~ tampar, biar dgn tangan yg bercincin, kalau kena tendang, biar dgn kaki yg berkasut prb kalau berbantah janganlah dgn orang yg jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yg berpanjangan; berkena ada hubungan kerabat (kekeluargaan) dgn: dia tu ~ dgn ayah saudara saya; berkenaan 1. berhubungan, berkaitan, bersangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan; mengena 1. tepat kena pd sasaran, matlamat, yg dituju, dll: tembakannya ~ dan harimau itu rebah tersungkur; 2. memperoleh tangkapan (bkn jerat, perangkap, umpan), mendapat (hasil tangkapan dsb): 3. mendatangkan hasil atau kesan yg dikehendaki atau diharapkan (bkn muslihat atau tipu daya): perangkapku pun ~ juga seekor kancil besar; kerana ia tahu umpannya sekarang ~, ia mencari muslihat lain lagi utk langkah selanjutnya; kena-mengena 1. ada sangkut pautnya (hubungannya, kaitannya, dll): apa ~nya perkara ini dgn ayahnya?; orang yg diawasi itu sebenarnya ada ~ dgn penipuan yg berlaku itu; 2. ada hubungan kekeluargaan (persaudaraan), berkerabat: ia ~ dgn saya kerana ia berkahwin dgn sepupu saya; mengenai 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; mengenakan 1. menyebabkan kena atau menghalakan supaya kena (pd sesuatu sasaran): tembakan itu dikenakan pd kakinya; 2. melekatkan, memasangkan: ~ kancing baju; ~ kunci pintu; 3. menjadikan sbg kewajiban (bkn undang-undang, peraturan, dsb), mewajibkan, menjadikan tanggungan atau bebanan (bkn bayaran, cukai, dsb), mempertanggungkan: undang-undang darurat ini akan dikenakan pd setengah-setengah kawasan sahaja; kesatuan akan ~ bayaran yg rendah kpd semua ahlinya yg ingin mengikuti kursus ini; 4. a) memakaikan (baju, kasut, dll) pd diri sendiri atau pd diri orang lain: ia berdiri di hadapan cermin sambil ~ baju barunya; tiada peraturan tertentu tentang cara ~ pe-warna mata; b) menyarungkan (cincin): ~ cincin pd jari tunangnya; 5. = mengena-ngenakan mempermainkan, memperdaya, menipu: selalu sahaja dia hendak ~ kita dgn berbagai-bagai tipu helahnya; ~ tangan kpd ki a) menghukum dll; b) memukul dgn tangan, menangani; ~ baju di badan maka sesuai prb menimbangkan baik buruk perbuatan orang lain berasaskan perasaan atau sifat diri sendiri; terkena 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menyesal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (diganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama tertipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; perkenakan menyuruh seseorang memperdaya (menipu) orang lain: ~ saja Mat Dali tu, biar dia bodoh macam kongkang; pengenaan perihal mengenakan, perbuatan mengenai atau mengenakan: ~ cukai yg tinggi pd barang-barang tersebut dianggap tidak wajar; ~ pantang larang adalah utk mengelakkan drpd memudaratkan lagi keadaan seseorang pesakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |