| ukuran kerja(work measurement) | Kaedah untuk menentukan kaitan di antara jumlah kerja yang dijalankan dengan tenaga manusia atau mesin, atau kedua-duanya sekali, yang digunakan bagi penentuan nilai daya pengeluaran proses atau sistem. | Kamus Komputer |
| kitar kerja(work cycle) | Siri aturan atau gerakan yang harus dijalankan untuk melaksanakan tugas atau untuk menghasilkan output. | Kamus Komputer |
| kawasan kerja(work area) | 1. Lihat ruang kerja. 2. Tempat tumpuan bagi sesuatu bidang tugas. | Kamus Komputer |
| beban kerja(work load) | Jumlah tugas yang perlu dikerjakan oleh proses atau sistem dalam tempoh tertentu. | Kamus Komputer |
| kerja pengetahuan(knowledge work) | Pekerjaan yang memerlukan daya berfikir dan biasanya berkisar pada kegiatan pengumpulan, pemprosesan, dan penyebaran pengetahuan. | Kamus Komputer |
| baris gilir kerja(work queue) | Susunan atau senarai tugas yang perlu dikerjakan oleh proses atau sistem. Oleh sebab masa memproses lebih lambat daripada masa tibanya tugas, maka tugas digilirkan mengikut tertib ketibaannya. Dalam sistem pemproses berbilang, tugas diambil oleh pemproses sokongan dan dibarisgilirkan untuk diproses oleh pemproses utama bagi mempercepet pemprosesan keseluruhan sistem. | Kamus Komputer |