Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Puisi
 

Pergi ke teluk turun mandi,
     Turun mandi Kuala Kelantan;
Racun bisa makan tak mati,
     Inikan pula mabuk santan.


Lihat selanjutnya...(127)
Peribahasa

Naik seperti semut,
     turun seperti ribut.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi).

 

Lihat selanjutnya...(28)

623

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Seukur berbaur, bertopeng bercerai.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa seukur berbaur, bertopeng bercerai. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun.Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bercerun tinggi dan curam, yang biasanya terdapat sebuah sungai mengalir di sepanjang dasarnya. (HID) canyon wind (angin ngarai) 1. Angin gunung yang bertiup di ngarai, iaitu angin aliran udara yang turun di ngarai pada waktu malam akibat penyejukan tebing ngarai. Cerun nga- rai yang curam boleh menyebabkan angin ngarai bertiup kencang. 2. Angin yang terubah suai kerana terpaksa melalui ngarai atau apabila diperlukan. Tujuan pemasangannya adalah untuk melindungi formasi daripada pencemar- an simen dan untuk menyimen sebahagian daripada selongsong, iaitu selong - song yang terletak pada bahagian atas raga. Buburan simen dipam turun me- lalui selongsong dan keluar ke anulus melalui lubang-lubang yang disediakan pada selongsong di atas raga simen. (KEJ) cement bond (ikatan simen) Daya lekatan antara selongsong dengan simen dan

Kembali ke atas